Selasa, 28 Februari 2012

Contengan Digital 3

Red Mountain
Digital Oil Impasto
1600 x 1200 px

Rasa syok pulak bila bermain-main dengan medium tradisional ni. RIndu pada bau busuk cat minyak yang melekat dan susah nak kering tu.

Rabu, 22 Februari 2012

Design mobile apps


Projek tahun lepas. Masih dalam pembangunan dan development. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian..

Selasa, 21 Februari 2012

Preview Komik AI episod 2

Dekat 6 bulan projek komik ni tergendala. Penulis baru je lepas buat draf untuk episod dua. Nantikan sambungan pengembaraan Kudos dalam sebulan dua nanti. (Sabar je la).

Isnin, 20 Februari 2012

Contengan digital 2



penulis sukakan warna yang terang dan sapuan berus yang jelas. No more smudge atau blur.

MyPaint 0.9 dan N900 - 20 minit

Ahad, 19 Februari 2012

Susahnya melukis dalam LRT



KLCC - dilukis dalam LRT aliran Ampang. Nak buat garisan lurus pun susah.

Selasa, 14 Februari 2012

MyPaint 1.0.0 dah tiba


Setelah sekian lama menanti perkembangan terbaru dari perisian kegemaran penulis ni, akhirnya MyPaint 1.0.0 tiba.

Banyak perkembangan dan penambahbaikan dalam MyPaint versi terbaru ni. Ruangkerja yang lebih kemas, lebih responsif dan lagi banyak pilihan brush!

Rupa GUI MyPaint pun dah kelihatan semakin ringkas dan rasa seperti versi Photohop yang lebih mudah.

Untuk download MyPaint, klik sini. Lepas tu jangan lupa buat contengan di atas kanvas digital..

Isnin, 13 Februari 2012

Logo Photohop yang baru?

Pertama kali penulis nampak logo ni, penulis terdiam sekejap. Hati kecil penulis berbisik perlahan "Syarikat mana yang still guna icon web 2.0 ni. Sangat tahun 2000..". Untuk menambah lagi elemen kejutan, penulis dapati logo ini adalah logo..

ADOBE PHOTOSHOP 2.0!

Penulis tak pasti samada logo ini logo mockup student praktikal Adobe atau logo dari user Deviantart, tapi yang pastinya efek gel dan aqua ala Mac OS X tu kelihatan sangat ketara. Penulis paling tak tahan dengan lubang kat tengah tu.

Penulis boleh cuba menjadi rasional sejeap. Mungkin logo ini mewakili huruf P yang stylize. Mungkin warna biru aqua tu adalah warna tema baru bagi Photoshop. Mungkin..

Tapi seriuously, makin lama penulis tengok logo ni, makin rasa tak masuk akal. Kenapa perlu berbentuk macam icon iChat? Apakah motif logo tu macam rupa bentuk dialog? Ada fungsi chatting kah?

Bagi penulis, ini bukanlah logo/icon yang penulis nak tengok untuk jangka masa yang lama. Penulis tak boleh bayangkan kalau logo Photoshop ni ada dekat desktop/start menu penulis.

Penulis sambung lain kali pulak. Mata penulis rasa macam nak terbakar bila tengok logo ni lelama..

Khamis, 9 Februari 2012

Outdoor painting - Jalan Loke Yew

Permandangan waktu senja dari depan rumah.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link