Jumaat, 7 Disember 2012
Sumber Inspirasi: Lakaran automotif

Rabu, 5 Disember 2012
OMG, ada orang buat animasi Portal!
Dengar khabarnya, filem animasi Portal bertajuk Companionship sedang dalam pembikinan. Dengan melihat daripada beberapa keping gambar yang disebarkan, kualiti animasi ini hampir setanding dengan animasi Pixar dan Dreamworks. Ini satu berita baik ni!
Sementara tunggu filem ni siap, apa kata cuci mata dulu dengan beberapa screenshot di bawah ni.
Lepaskan geram dengan animasi Portal versi 2D.
Sumber : Lambda Generation, Game Informer, dan DeviantArt.
Sumber Inspirasi: Koleksi name card

Khamis, 29 November 2012
Bila dah takde kerja

Khamis, 25 Oktober 2012
Ilusi warna
Satu persoalan yang ingin penulis tujukan kepada pembaca: Bagaimana kita hendak menilai satu-satu warna jika mata kita sering terpedaya dengan ilusi optik seperti ini. Adakah kita hendak percaya kepada warna yang kita nampak (melalui mata) atau warna seperti mana yang kita tahu (menerusi fikiran)?
Khamis, 30 Ogos 2012
Main game dengan Google Maps
Bosan main Farmville dan Bubble Safari? Meh try main Cube.
Objektifnya mudah sahaja: Cuba pergi dari A ke B dengan menggunakan mouse. Bunyi macam senangkan?
Cuba dulu baru tahu. Jangan anggap game ni senang macam game Café World tu..
Ini merupakan satu projek ekeperimen untuk Chrome. Pastikan browser menyokong HTML5. Malangnya game ni tak boleh dimainkan dalam smartphone (buat masa ni).
Sejauh mana anda lepas game ni? Jangan segan untuk berkongsi dalam ruangan komen di bawah. Selamat mencuba.
Jumaat, 10 Ogos 2012
Font minggu ini: Facebook
Logo Facebook adalah antara logo yang dikenali ramai. Sekali imbas je dah tahu ni logo Facebook. Mungkin ramai yang cuba untuk create balik logo Facebook ni, tapi tak tahu jenis font yang digunakan.

Khamis, 9 Ogos 2012
Duckface. Duckface everywhere
Selasa, 7 Ogos 2012
Serupa tapi tak sama
Sedang penulis update content untuk TV Finas, penulis terjumpa satu poster filem tempatan bertajuk “You Believe in Ghost?”.
Penulis terasa macam biasa tengok gambar dalam poster ni. Jadi penulis pun bertanya pada pakcik Google. Pakcik Google pun tunjukkan gambar ini:
Nampak sama kan? Takkan pereka poster filem ni ambil gambar dari Deviantart untuk dijadikan poster? Penulis cuba analisa gambar ni dalam Photoshop dan ini hasilnya:
Sama sehingga ke helaian rambut yang terakhir. Penulis tak tahu jika si pereka poster ini sudah meminta izin daripada si empunya gambar. Kepada para designer sekalian, berhati-hati sebelum menggunakan gambar dari internet. Jangan ingat gambar dalam Google Images dan Deviantart itu boleh digunakan sesuka hati.

Jumaat, 3 Ogos 2012
The most annoying thing - Duckface
Beri seorang gadis sebuah kamera, apa yang akan korang dapat? Satu perkara je – Duckface. Duckface everywhere.
Fenomena Duckface ni bukan lagi satu misteri – hampir semua orang tahu apa itu Duckface dan ramai yang telah berjaya mengaplikasikan konsep Duckface dalam profile picture MukaBuku.
Penulis tiada masalah dengan sesiapa yang nak ikut fahaman Duckface tu. Cuma penulis rasa menyampah bila ada orang gunakan Duckface untuk buat video promosi diri sendiri budget macam cute.
Amaran – video dibawah boleh menyebabkan batal puasa sebab muntah berdarah.
Tak cukup dengan tu, ada video parody lagi. What the helicoper..
Dan video parody terbaik jatuh kepada..
Tahniah kepada semua video uploader kerana berjaya membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai sense of humor dan kesedaran kepada barah Duckface ni. Nak tengok lagi banyak parody? Klik kat sini.
Rabu, 1 Ogos 2012
Godek-godek CSS dalam MukaBuku
Jumaat, 27 Julai 2012
Webdesign menggunakan Adobe Fireworks
Rabu, 25 Julai 2012
Design mockup laman web dengan Adobe Fireworks
Penulis sering mencari perisian yang membolehkan designer untuk membuat mockup laman web dengan cepat dan mudah. Sebelum ini penulis menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk buat layout laman web. Akan tetapi Illustrator tidak berapa mesra dengan fail bitmap walaupun fail Illustrator adalah kecil dan mudah untuk diedit.
Selepas jemu gunakan Illustrator, penulis gunakan Adobe Photoshop untuk buat mockup website. Tetapi masalah dengan Adobe Photoshop pulak adalah susah nak hasilkan layout yang clean. Tambahan pula Photoshop tak sesuai untuk fail yang mempunyai banyak layer.
Tak berapa lama kemudian penulis cuba gunakan Adobe Fireworks. Akhirnya, satu software yang boleh handle vector dan bitmap tanpa perlu buka perisian lain. Hasilnya satu artwork yang sharp dan sebijik macam final design.
Klik imej untuk lihat dengan saiz lebih besar.
Part yang paling best adalah kita boleh export artwork/design dalam bentuk HTML dan CSS. Memang cool perabis.
Ada pembaca yang pernah cuba perisian ni? Ada komen atau mahu berkongsi pengalaman? Jangan segan-segan untuk berikan komen di ruangan di bawah. Selamat mendesign.
Khamis, 21 Jun 2012
Download dengan JDownloader
Aktiviti mendownload sangat pantas dengan menggunakan JDownloader. Lihat saja speed dan file size tu. Lepas ni boleh layan download Running Man tanpa henti. No more streaming.
Khamis, 29 Mac 2012
Sumber Inspirasi 10 - Lukisan Hyperealistik
Selasa, 27 Mac 2012
Sumber Inspirasi 9 - Fotografi Makro Sang Semut (tanpa Photoshop)
Penulis difahamkan semua 'model' semut yang beliau gunakan adalah semut hidup. Akan tetapipenulis tak tahu macam mana beliau boleh suruh semut-semut tu posing macam tu. Entah-entah beliau seorang ant wisperer? (Dum dum dummmmmm).
Frankly speaking, foto macam ni lebih marvelous daripada macrophotography close-up daun atau rama-rama kat hujung bunga.
Dipetik daripada: Link
Nak tengok macrophotography lain? Klik sini.