Memaparkan catatan dengan label drawing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drawing. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Anatomi badan perempuan

Anatomi perempuan adalah subjek yang paling lama untuk penulis kuasai. Dah bermacam-macam buku yang penulis baca tapi masih gagal kuasai anatomi badan perempuan ni.

Kenapa belajar anatomi badan perempuan?
  • Untuk elakkan daripada melukis perempuan yang berbadan macam lelaki.
  • Memahami perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan
  • Menghargai fungsi dan kelebihan yang ada padan fizikal perempuan
  • Melatih diri untuk menguasai garisan.

Penulis sering jadikan perempuan berbadan kurus sebagai rujukan. Mungkin lepas ni penulis akan jadikan perempuan yang gemuk berisi chubby comel sebagai rujukan pulak. Ada sesiapa yang ingin menawarkan diri? (Keluar tanduk)

Sumber rujukan : Pretty Girl Thread DeviantArt. 18 tahun ke atas sahaja.

Khamis, 8 November 2012

Awan putih di langit biru

Sudah dekat seminggu bandar Kota Langit ni dilimpahi dengan air rahmat yang mencurah-curah. Penulis teringin merasakan kepanasan cahaya matahari menyapa pipi di waktu pagi.

Awan putih di langit biru yang penulis lukis kali ini adalah luahan rasa agak hujan di Kota Langit ini reda buat seketika.

Adobe Photoshop CS4 dengan Wacom tablet.

Jumaat, 2 November 2012

Kegilaan kepada tablet


Penulis sempat mencuba Samsung Galaxy Note 10.1 yang baru baru-baru ni. Holy Shnitzels, gajet ni mula menjadi antara top gajet yang penulis kena beli sebelum 2013.

Segalanya tentang Galaxy Note 10.1 adalah just right. S-Pen yang responsif, saiz skrin yang besar, serta permukaan yang licin membuat pengalaman melukis dan mengambil nota semakin menyeronokkan.

Kalau penulis cukup duit nanti, penulis nak terus beli dan melukis potret depan Pasar Seni..

Opss, dah masuk waktu Azan. Masa untuk pergi masjid.

Khamis, 1 November 2012

Ahad, 28 Oktober 2012

Lukisan Hyperealist - Robin Eley





Petikan daripada sebuah blog:
No, you're not looking at a photograph of a woman donning a large piece of saran wrap like a cape. What you see is, in fact, a hyperrealistic painting of a woman with an equally realistic sheer sheet of plastic, creasing and clinging to her body. London-born, Australia-based artist Robin Eley is the painter behind these highly sensual renderings that crave close inspection to appreciate their fine craftsmanship. 
The large-scale oil paintings are expertly executed on Belgian linen and immediately draw the viewers attention with its, at times, risqué content. Using the naked form covered in a translucent material also raises many questions. What is the meaning behind the man-made element coating the man himself, yet truly concealing nothing? How does one interpret the work? 
Eley says, "Inspired by history, I extract from the present. Artifacts and textures that reflect the beauty and nobility of decline and question the modern obsession with perfection. While my subjects and technique are intentionally very real, the context in which they are painted is less defined."
Ada banyak lagi hasil karya beliau di www.robineley.com/. Penulis tekankan di sini bahawa tidak semua karya beliau sesuai untuk tatapan umum (e.g kanak-kanak).

Sumber : My Modern Met, Design You Trust, Free York

Isnin, 27 Ogos 2012

Koleksi karya baru – Rear lamp series

reventonThumbPenulis sekarang sedang cari inspirasi baru untuk berkarya. Penulis akan memulakan koleksi karya baru bertemakan kenderaan. Namanya Rear lamp series; ia merupakan siri lukisan/lakaran lampu belakang kereta.
Kenapa lukis lampu belakang kereta?
Kerana lampu belakang kereta merupakan bahagian yang paling kerap dilihat oleh pemandu yang lain. Ia merupakan sebahagian daripada identti kenderaan tersebut. Pada masa yang sama ia juga berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu di belakang.
Lampu belakang kenderaan adalah contoh gabungan yang baik antara fungsi dan bentuk (form & function). Sambung baca untuk lihat lukisan/lakaran yang penulis telah hasilkan.

Khamis, 22 Mac 2012

Sumber Inspirasi 6 – Lakaran Pensil Realistik

Ketagih dengan media digital? Malas melukis dengan pensil? Media tradisional tak boleh hasilkan karya yang menarik? Fikir semula..

Dipetik daripada : Link

Jumaat, 16 Mac 2012

Sumber Inspirasi 4 – Matte painting oleh Wayne Haag

Kali ini penulis nak perkenalkan seorang legend dalam bidang ilustrasi – Wayne Haag.

Wayne Haag menamatkan pengajian dariRoyal Melbourne Institute of Technology pada tahun 1994 dalam bidang Illustrative Photography. Beliau terlibat dalam beberapa projek besar seperti Lord of The RIngs dan juga bekerja di Weta FX di New Zealand.

Berikut adalah beberapa hasil karya beliau:































Takkan baca je? Komen sikit..

Link