Khamis, 29 Mac 2012

Sumber Inspirasi 10 - Lukisan Hyperealistik

Penulis pernah post tentang lukisan hyperealist kat sini, tapi kali ini penulis nak tunjukkan lukisan hyperealist oleh pelukis lain pulak. Lukisan ini dihasilkan oleh Jason da Graaf. Beliau menggunakan fotografi sebagai rujukan dan menggabungkan skill lukisan beliau dan fotografi atas permukaan kanvas. Hasilnya: Lukisan yang nempak hidup dan penuh detail sehingga sukar untuk diklasifikasikan sebagai lukisan lagi.



Selasa, 27 Mac 2012

Sumber Inspirasi 9 - Fotografi Makro Sang Semut (tanpa Photoshop)

Fotografi Siri 'Ant Stories' oleh jurugambar Russia, Andrei Pavlov. Beliau mengambil gambar yang menakjubkan tanpa menggunakan Photoshop. Wah, macam mana tu?




























Penulis difahamkan semua 'model' semut yang beliau gunakan adalah semut hidup. Akan tetapipenulis tak tahu macam mana beliau boleh suruh semut-semut tu posing macam tu. Entah-entah beliau seorang ant wisperer? (Dum dum dummmmmm).

Frankly speaking, foto macam ni lebih marvelous daripada macrophotography close-up daun atau rama-rama kat hujung bunga.

Dipetik daripada: Link
Nak tengok macrophotography lain? Klik sini.

Isnin, 26 Mac 2012

Sumber Inspirasi 8 - Lukisan Potret daripada Air Kopi

Artis tempatan Hong Yi melukis potret penyanyi kegemaran beliau dengan menggunakan air kopi. Marvelous! Potret yang unik ini mengambil kira-kira 12 jam untuk disiapkan.






Nampaknya beliau perlu siapkan lukisan tu cepat-cepat takut air kopi tu dihurung dek semut. Penulis tak pasti beliau gunakan kopi apa untuk buat air kopi tu. Hopefully bukan kopi dari Starbucks.

Satu lagi bukti bahawa daya kreativiti manusia itu tidak terbatas. Orang Malaysia tu.. Terbaeeeekkkkkk...

Dipetik daripada : Link

Jumaat, 23 Mac 2012

Sumber Inspirasi 7 - Seni Kaligrafi Islam

Bila sebut tentang seni kaligrafi Islam, ramai yang terbayangkan tulisan arab dengan pen/berus atas kertas putih. Akan tetapi dengan perkembangan teknologi dan perisian grafik, seni kaligrafi Islam sudah melangkah ke satu tahap yang baru. Mari kita lihat beberapa karya seni kaligrafi moden yang penulis petik daripada Deviantart.















Dipetik daripada: DeviantART

Takkan baca je? Komen sikit..

Link