Isnin, 26 Disember 2011

Phone N900



Seperti mana yang penulis telah sedia maklum, penulis baru je tukar telefon daripada Nokia 5300 kepada Nokia N900. Pertukaran ini bukan sesuatu yang mudah kerana penulis jarang sangat menukar telefon melainkan jika ada peristiwa atau aktiviti tertentu: Nokia pertama yang penulis dapat adalah selepas penulis abis SPM, Nokia 3310 penulis beli bila masuk USM, Nokia 5330 dibeli dengan duit gaji pertama; dan Nokia N900 ini dibeli sempena perkahwinan penulis dengan, well, isteri penulis (duh..).

Persoalan pertama yang penulis terima bila orang tengok telefon N900 ini adalah: kenapa N900? Kenapa bukan Android?

Untuk menjawap persoalan tu, ia berbalik kepada list apa yang penulis nak dalam sesebuah device atau gajet. Penulis suka chatting dan perlukan device yang boleh memudahkan 'aktiviti' chat penulis. Penulis ada wifi dan perlukan device yang boleh disambungkan dengan wifi. Penulis banyak guna emel dan perlukan device yang boleh terima dan hantar emel. Penulis mahukan device yang boleh intergrate contact dan calendar dengan seamless dan syncronized tak kira di mana sahaja. Device tu juga perlu boleh download dan install apps.

Tapi semua fungsi tu ada dalam telefon Android. Kenapa penulis pilih Maemo Nokia N900 gak?

Pertama sekali, N900 bukanlah sebuah telefon. Ia adalah sebuah internet tablet dan mobile computer. Sama seperti Nokia N Series yang lain (ingat lagi N95 dan N800?). Ia lebih kepada Communicator tapi dengan fungsi buat panggilan. So no wonder N900 tidak perfect sebagai sebuah telefon.

Yang kedua, N900 menggunakan OS Linux. Android juga sebahagian dari Linux tetapi N900 gunakan library, dependency dan repository sepertimana distro Linux yang lain.

Tapi fungsi N900 yang berjaya kalahkan phone Android yang lain adalah touch screen yang ada pressure sensitive. Sangat perfect untuk melukis outdoor dan sketching. Penulis cuba compare dengan Samsung Galaxy Note, tapi rasanya Galaxy Note besar sangat (skrin pun terang giler). Respon time pun lambat sket, walaupun guna processor 1.4GHz.

Lepas gunakan N900 ni selama 2 minggu, penulis dapat rasakan produktiviti penulis semakin meningkat. Dah kurang masa online kat Facebook (sebab post dan contact Facebook merge sekali dengan contact dalam phone), aktiviti blogging makin aktif, nak chat pun senang. Cuma probz bila orang call sebab kena touch skrin untuk angkat phone.

Anyway, penulis puas hati sangat dengan N900 ni dan maybe penulis akan gunakan phone ni untuk masa yang lama. Ok, masa untuk sambung melukis dengan MyPaint plak..

P/S: Nokia 5300 penulis dah jadi alam clock dan sebagai kamera untuk ambil gambar sahaja. Thanx 5300..

Jumaat, 23 Disember 2011

Blogging dengan Soundcloud

Kadang-kadang penulis rasa lagi senang kalau penulis bercakap dan meluahkan idea dengan kata-kata berbanding dengan menulis di skrin komputer. Bukan penulis tidak suka menulis, tetapi ada sesetengah idea yang lebih mudah diluahkan dengan percakapan. Bercakap dan berkata-kata adalah lebih laju daripada menekan-nekan butang di papan keyboard. Kalau lambat sket, idea dah hilang..

Sekarang penulis tengah cuba bereksperimen dengan SoundCloud dan cuba untuk intergrasikan dengan Blogger untuk pengalaman blogging yang lebih menarik.

Penulis cuba mencari widget dan gadget untuk dimasukkan ke dalam blog penulis. Hopefully penulis dapat habiskan syllabus Seni Visual ni dengan lebih cepat. Boleh la penulis berfalsafah dengan bahasa-bahasa tinggi dan berbunga-bunga pasni..

Elemen seni - Rupa

Okay, lepas puas bergelumang dengan garisan, kali ini kita berkenalan dengan rupa plak. Rupa, atau dalam bahasa Jawa dipanggil sebagai 'shape' merupakan garisan yang bertemu dikedua hujungnya. Rupa terbahagi kepada 3 iaitu rupa organik, rupa geometri dan rupa gabungan organik dan geometri. 
Seperti mana ciri dan personaliti yang terdapat dalam garisan, rupa juga mempunyai makna dan definisi yang tersendiri. Rupa geometri misalnya, memberikan impresi stabil, kaku, teguh, tegas dan mapan. Rupa organik pula memberi impresi ketenangan, pengulangan dan juga keharmonian.

Dalam post akan datang penulis akan tunjukkan beberapa ilustrasi berkaitan dengan rupa dan bentuk.

Khamis, 22 Disember 2011

Workstation penulis di tempat kerja

Pernah tertanya-tanya apakah jenis komputer yang penulis gunakan untuk buat kerja-kerja grafik? Jangan risau, penulis akan beritahu sekejap lagi. Buat masa ni, kita tengok gambar dulu...

Penulis gunakan komputer dengan processor AMD X3 2.70GHz dengan 2GB RAM DDR3, Windows 7 32-bit dan grafik Nvidia DDR3 1GB. Hard disk penulis plak 500GB internal + 160GB internal + 250GB external + 2TB portable. So far hard disk penulis dah 75% penuh. Kena beli hard disk baru lepas nie..

Wacom Bamboo penulis dah lama tak berusik sebab penulis sekarang melukis dengan N900.

P/S: Penulis memang suka makan roti dengan Mayo masa buat kerja..

Rabu, 21 Disember 2011

Lukisan sebab order tak sampai-sampai

Dekat sejam tunggu order makan tak sampai-sampai. Sempat siapkan lukisan potret kawan sendiri lagi..
SketchFaizul
VivaSketch
Lepas ni nak buat lukisan berwarna plak...

Maaf, tiada lagi ShoutMix chat widget.

Apabila penulis berblog, penulis cuma mengharapkan untuk menyampaikan idea dan pandangan tentang seni dan grafik supaya dapat dikongsi dengan pembaca blog yang lain. Penulis juga percaya bahawa hubungan antara blogger (penulis blog) dan pembaca perlu diwujudkan supaya ia tidak menjadi hubungan satu hala semata.

Atas kesedaran itu maka penulis menyediakan platform seperti ruangan komen, emel, facebook page, dan chat supaya pembaca dapat berinteraksi dengan penulis secara langsung. Penulis juga cuba mengelakkan sebarang bentuk validation dan pengesahan seperti captcha kerana penulis percaya ia membantutkan usaha untuk memberikan sumbangan idea secara telus.

Malangnya, platform tersebut sering disalahgunakan oleh segelintir pembaca untuk kepuasan peribadi atau cubaan untuk mendapatkan keuntungan. Apabila aktiviti yang melibatkan cubaan mengaut keuntungan ini mula menggugat blog dan sensitiviti penulis, maka sudah tiba masanya untuk penulis menghentikan platform ini.

Orang kata jika kebebasan yang diberikan sering disalahguna, kita perlu menarik balik kebebasan itu. Atas kesedaran itu, maka secara rasminya mulai esok, penulis akan menutup platform seperti chat widget dan emel. Pembaca boleh berinteraksi dengan penulis dengan menggunakan ruangan komen atau facebook page.

Harapnya penulis dapat berkarya dan melukis dengan lebih tenang selepas ini...

Selasa, 20 Disember 2011

Design layout website

Dalam sedar tak sedar dah dekat 2 bulan penulis design website. So far penulis dan buat 2 3 design website sepanjang bekerja kat Kota Langit nie.So untuk entry kali ni penulis nak kongsi beberapa design website yang penulis buat.


Kat atas ni design untuk portal Muzium Tekstil Negara. Portal ni akan dilancarkan tak lama lagi. Tapi penulis sendiri tak tahu URL untuk portal ni lagi. Hurmm..



Last sekali adalah redesign portal FINAS. Masih lagi dalam fasa mencari idea tapi dari arah tuju sekarang lebih kepada nak memudahkan layout dan kurangkan clutter dalam portal FINAS sekarang. Kalau nak buat perbandingan, lihat portal FINAS sekarang ni.

Kalau ada sebarang perkembangan terbaru, penulis akan ceritakan lagi.

Isnin, 19 Disember 2011

Lakaran abstrak

Suatu hari, adik ipar penulis gunakan N900 penulis untuk buat contengan dalam MyPaint. Entah bagaimana lakaran yang dihasilkan ada nilai estetika. Garisan, warna dan olahan jalinannya sangat menarik. Adakah ini bermakna orang yang tiada bakat juga boleh menghasilkan karya seni?


Penulis biarkan persoalan itu kepada pembaca.

Sabtu, 17 Disember 2011

Lakaran waktu makan kenduri


Satu lagi lakaran bila ternampak design jam yang pelik.


Itu sahaja buat masa ini.

Jumaat, 16 Disember 2011

Lakaran dengan garisan

Kebanyakan pelukis muda akan cuba mulakan lukisan dengan melakarkan garisan luar, atau outline. Walaupun cara ni tak salah, tapi godaan untuk memadamkan outline akan bertambah, dan sebarang usaha memadamkan outline akan merosakkan lukisan yang hampir siap.

Satu cara untuk mengatasi masalah outline ni adalah dengan mengabaikan outline sekaligus. Buat lakaran berdasarkan bentuk dan rupa. Cuba gambarkan bentuk subjek dan rakamkan nilai value. Kaedah ini akan membuka dimensi baru dalam menghasilkan lukisan.

Rabu, 14 Disember 2011

Sketches waktu lunch

Sketching dengan MyPaint sementara tunggu lunch sampai.
I love MyPaint & N900!!

Lukisan MyPaint dengan N900

Cubaan untuk upload drawing dari MyPaint ke blog menggunakan N900.
Kalau tiada masalah, nanti penulis upload lagi.

Selasa, 13 Disember 2011

My new little gadget: Nokia N900

Penulis baru beli phone baru, Nokia model N900. Sangat laju dan sangat canggih. Lebih kepada komputer berbanding daripada telefon. Walaupun pada mulanya penulis teringin nak pakai Samsung Galaxy Note, tapi Galaxy Note tu besar sangat. N900 kecil sedikit dan ada keypad untuk memudahkan kerja-kerja menchatting dan micro-blogging.

Satu lagi, penulis boleh lukis menggunakan N900 dengan MyPaint. Satu pengalaman baru melukis outdoor. Penulis akan update lebih banyak drawing selepas ni.

Nampaknya minat melukis tidak terhenti walaupun selepas bergelar suami..

Takkan baca je? Komen sikit..

Link