Jumaat, 27 Julai 2012

Webdesign menggunakan Adobe Fireworks

Cons

01 Index

Laman web ni masih lagi dalam pembinaan.

Khamis, 26 Julai 2012

Jolicloud – OS ala Chromebook

Jolicloud adalah operating system OS berasaskan Linux dan sesuai untuk netbook dan pengguna yang sering menggunakan internet. Hampir keseluruhan paparan antaramuka Jolicloud adalah browser dengan menggunakan HTML5. Oleh kerana kerana ia menggunakan browser, saiz instalasi adalah kecil dan ia boot dengan sangat cepat (kira-kira 15 saat).

Pengguna boleh menggunakan web apps untuk membuat tugasan seharian. Ada pelbagai web apps yang boleh dipilih sepert Gmail, Wikipedia, Facebook chat dan Google Docs. Tidak seperti laman web, web apps boleh dibuka walaupun ketika offline. Dan ianya percuma. Cool huh?

Untuk download web apps yang baru, klik pada panel Apps (butang bertanda “+”) dan pilih daripada pelbagai jenis web apps. Kira macam Android Market la.

Belum bersedia untuk gunakan Joli OS sepenuhnya? Sayang nak tinggalkan Windows 7? Tiada masalah. Joli OS boleh diinstall secara dual boot. Jadi perisian Windows dan sebarang file di dalamnya tidak terusik. Bila dah sedia nak gunakan Jolicloud sepenuhnya, pengguna boleh pilih format dan jadikan Joli OS sebagai OS utama.

 

Penulis memang gemar dengan perisian OS percuma. Bukan sahaja ianya mudah, malah penulis boleh tweak dan setting setiap bahagian OS untuk menghasilkan komputer yang betul-betul menepati citarasa penulis.

Download dari sini. Selamat mencuba.

Pada masa akan datang, penulis akan cuba guna Windows 8 Metro pulak.

Rabu, 25 Julai 2012

Design mockup laman web dengan Adobe Fireworks

Penulis sering mencari perisian yang membolehkan designer untuk membuat mockup laman web dengan cepat dan mudah. Sebelum ini penulis menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk buat layout laman web. Akan tetapi Illustrator tidak berapa mesra dengan fail bitmap walaupun fail Illustrator adalah kecil dan mudah untuk diedit.

Selepas jemu gunakan Illustrator, penulis gunakan Adobe Photoshop untuk buat mockup website. Tetapi masalah dengan Adobe Photoshop pulak adalah susah nak hasilkan layout yang clean. Tambahan pula Photoshop tak sesuai untuk fail yang mempunyai banyak layer.

Tak berapa lama kemudian penulis cuba gunakan Adobe Fireworks. Akhirnya, satu software yang boleh handle vector dan bitmap tanpa perlu buka perisian lain. Hasilnya satu artwork yang sharp dan sebijik macam final design.

01 CCAM Index

Klik imej untuk lihat dengan saiz lebih besar.

Part yang paling best adalah kita boleh export artwork/design dalam bentuk HTML dan CSS. Memang cool perabis.

Ada pembaca yang pernah cuba perisian ni? Ada komen atau mahu berkongsi pengalaman? Jangan segan-segan untuk berikan komen di ruangan di bawah. Selamat mendesign.

Selasa, 24 Julai 2012

5 salah faham berkaitan dengan pereka grafik

At work
Ramai yang sering salah tafsir berkaitan dengan design dan seni reka bentuk. Ada juga designer yang selalu keliru berkaitan asas design dan prinsip rekaan. Penulis akan terangkan 5 salah faham berkaitan dengan pereka grafik.

1. Kerjaya sebagai designer/pereka grafik memang popular

Ramai yang anggap kerjaya designer ni popular dan glamor. Walaupun secara idealnya kerjaya designer ni memang popular, tapi realitinya susah nak jadi designer; apatah lagi nak jadi designer yang kaya. Jangan target untuk jadi budak grafik untuk publishing/printing. Kat situ memang neraka bagi budak grafik. Cuba kejar bidang kreatif (animasi, ilustrasi, CGI dan web design). Sekurang-kurangnya tak perlu tergesa-gesa nak kejar deadline.

2. Gambar dalam Google images adalah percuma dan boleh digunakan untuk diletakkan dalam design.

Maaf jika penulis katakan, sebenarnya kita tak boleh gunakan gambar dalam Google Images kerana kebanyakan gambar yang disenaraikan mempunyai hakcipta. Cuba perhatikan betul-betul.
Cabal
Pastikan kita lebih berhati-hati apabila menggunakan gambar daripada internet. Kalau kena saman, naya je.

3. Tak boleh cari makan kalau jadi freelance designer.

Boleh hidup dengan jadi freelance designer dengan syarat ikut disiplin dan komitmen dengan etika kerja. Walaupun begitu, penulis tidak galakkan sesiapa untuk jadi feelance designer.

4. Designer kena selalu ikut pakai baju yang bergaya dan ikut trend.

Walaupun ada designer yang suka pakai baju ikut fesyen semasa, tapi kebanyakan designer lebih suka pakai baju yang biasa. Ada syarikat yang tetapkan semua staff pakai baju kemeja lengan panjang bertali leher (termasuk designer). Ada juga syarikat yang beri kelonggaran agar semua staff pakai baju biasa asalkan berkolar.

5. Designer kena ada komputer power.

Secara amnya memang betul. Tetapi yang lebih penting adalah skill designer tu sendiri. Kalau setakat komputer je power, tak guna jugak. Penulis pernah design guna komputer Windows XP dengan 256MB RAM dan 64MB graphic card. Boleh je buat design guna Illustrator CS.
70161
Then again, kalau ada komputer yang laju ada baiknya. Kerja design akan siap dengan lebih cepat dan banyak masa dapat dijimatkan daripada tunggu Photoshop tu dok loading.

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433

BannerRamadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca setia blog Hikayat Pereka Grafik Picisan. I love you all!

Khamis, 19 Julai 2012

Tips untuk jadi pereka grafik

Nak jadi designer? Tak tahu macam mana nak jadi designer? Penulis akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjadi seorang pereka grafik

Dapatkan pendidikan formal dalam Graphic Design.

Kebanyakan syarikat di Malaysia mementingkan pencapaian akademik sebelum diterima bekerja. At least dapatkan sijil kursus Photoshop atau diploma.

Beli buku grafik.

Tambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia senireka dan rekabentuk. Bukan semua ilmu boleh didapati dari internet.

Jadi pengumpul/simpan library sendiri.

Jika jumpa gambar/foto yang boleh dijadikan rujukan, copy dalam hard disk dan organize supaya senang untuk dicari kelak. Ia boleh menjadi sumber rujukan atau inspirasi pada masa akan datang. Patung action figure tidak termasuk dalam kategori ini.

Join forum dan topik yang berkaitan dengan seni/rekabentuk.

Ambil ilmu daripada otai-otai dan para sifoo. Pergh.com dan Putera adalah forum yang masih aktif. Kalau ada yang tak jelas, tanya je kat forum. Malu bertanya sesat jalan.

Ambil gambar banyak-banyak.

Study gambar yang diambil dan kenalpasti kelemahan daripada gambar tu. Perbaiki kemahiran mengambil gambar. Ia adalah latihan yang baik untuk menajamkan tumpuan dan komposisi. Share dengan orang lain dan dapatkan komen.

Jangan takut dengan kritikan.

Tak ramai designer yang boleh menerima kritikan. Ramai juga yang susah nak mengaku kelemahan sendiri. Dalam dunia pekerjaan sebenar, kritikan daripada klien adalah benda yang tidak boleh dielakkan. Sapa yang tak bengang kalau design yang kita buat dengan susah payah tu dikomen sesedap rasa. Lepas tu kena ubah plak. Anggap je semua komen dan kritikan tu macam ubat makjun yang pahit tapi perlu ditelan untuk memajukan diri.

Cuba baiki design yang lama.

Jika ada masa terluang, cuba lihat semula project design yang pernah dibuat dan cuba buat semula projek tu. Jangan rasa malu dengan projek yang lama. Cuba kenalpasti masalah dalam design yang lama dan elakkan ia daripada berlaku dalam design akan datang.

Buat lakaran dalam skethbook.

Designer kena pandai menterjemahkan idea dalam bentuk lukisan yang boleh difahami oleh orang lain. Sketchbook adalah medium yang amat sesuai untuk menyimpan idea dan ia sekaligus membantu kemahiran melukis.

Rabu, 18 Julai 2012

Clients from Hell 2

Penulis minta bayaran lepas siapkan design website.

Klien: Saya kena bayar untuk design website ni ker?

Penulis: Ya, sebab saya dah gunakan masa dan tenaga saya untuk siapkan kerja ini.

Klien: Tapi awak kan freelance. Saya ingatkan awak buat kerja design ni free..

Penulis: ...

Selasa, 17 Julai 2012

Clients from Hell 1

Penulis meminta bayaran selepas membuat design untuk seorang klien

Klien: Awak mintak saya bayar untuk design ni ke?

Penulis: Ya. Saya dah siapkan design seperti yang saudara minta dan saya meminta bayaran untuk khidmat saya.

Klien: Tapi awak cuma buat semua design ni guna komputer je. Takkan guna komputer pun nak kena cas (charge) jugak. Kerja senang je ni..

Penulis: Kalau macam tu, saudara boleh buat design ni sendiri. Tak perlulah saudara gunakan khidmat saya, kan?

Penulis tutup semua program dan komputer dan kembalikan pendrive tanpa sebarang design di dalammnya.

Isnin, 16 Julai 2012

Long time no post

Baru beberapa minggu penulis tak update blog, macam-macam benda berlaku dalam blog ni; website Letscrate dah tak buat free service sekaligus menghilangkan banner dan beberapa link download menjadi broken, bilangan pageview menurun, chat widget Shoutmix & Meebo dah tak berfungsi dan bilangan fan di page Facebook meningkat. Wait, itu sepatutnya good news kan?

Rasanya dah sampai masa untuk penulis buat spring clean dan update design blog ni supaya lebih fresh dan modern. Penulis juga akan fokuskan isi kandungan kepada tips and tricks untuk pereka grafik atau student art supaya mereka akan dapat 'sesuatu' daripada blog ni (pinjam ayat daripada kartunis Ayie jap).

Jika pembaca ada sebarang komen atau pertanyaan untuk diajukan kepada penulis, jangan segan-segan untuk berbuat demikian. penulis boleh dihubungi melalui Mukabuku atau Google+.

Sementara itu penulis nak sambung cari widget GIF untuk diletakkan dalam blog ni..

Takkan baca je? Komen sikit..

Link