Isnin, 31 Oktober 2011

Edit foto dalam browser dengan Pixlr

Rasa teringin nak melukis tapi malas nak bukak Photoshop/Painter? Nak edit foto tapi komputer kat cybercafe takder Photoshop? Ada banyak masa terluang dan terasa nak berkarya dalam browser?

Jawapannya adalah Pixlr. Pixlr adalah laman web yang menawarkan aplikasi untuk edit (atau melukis) gambar secara online. Tak perlu pendaftaran atau download, buka je website dan terus boleh guna. Fungsinya seakan sama seperti Photoshop cuma bezanya kita tak perlu install Photoshop kalau nak guna.

Pixlr juga ada aplikasi untuk iPad dan Android. So sesapa yang berminat nak cuba boleh download sendiri di laman web Pixlr. Jadi tunggu apa lagi? Cuba la sendiri dan kongsi pengalaman pembaca dengan memberi komen di bawah.

Ahad, 30 Oktober 2011

Typography dengan Wordle

Wordle adalah satu laman web yang menawarkan kemudahan untuk menghasilkan typography dengan menaip perkataan atau ambil teks dari laman web. Perkataan yang besar menandakan perkataan yang paling kerap digunakan dan perkataan yang kecil merupakan perkataan yang kurang digunakan.

Gambar di atas menunjukkan typography dengan menggunakan perkataan yang penulis ambil daripada blog ini. Jadi semacam satu karya seni pulak.

Pada sesiapa yang minat untuk mencuba, boleh lah melawat laman web Wordle dan dapatkan sumber inspirasi untuk projek typography. Selamat mencuba.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Storyboard "Perempuan, Hujan dan Kematian"

Storyboard "Perempuan, Hujan dan Kematian" penulis hasilkan pada penghujung tahun 2009 untuk sebuah produksi drama. Penulis tak tahu apa status produksi drama tu tapi rasanya tak salah kalau penulis sertakan storyboard cerita tu kat blog penulis ni.

Sedikit info tentang storyboard ni: Storyboard ni penulis hasilkan dalam masa 2 hari beserta dengan rekaan watak. Panel storyboard dilukis menggunakan perisian Flash dengan tablet Genius 8x6 (tablet lama). Stail lukisan hitam dan putih dalam storyboard ni merupakan inspirasi daripada grafik novel "Sin City" oleh Frank Miller.

Ok, cukuplah penulis berceloteh. Klik pada setiap panel untuk melihat dalam mode lightbox. Enjoy.

Lakaran gadis tudung

Sesekali mencuci mata dengan melukis gadis ayu yang bertudung...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Storyboard - Batman Stair Scene

Sekarang penulis dah mula tertarik dengan Batman. Cinematography dan jalan cerita yang padat dengan aksi membuatkan penulis terpanggil untuk melakarkan storyboard untuk salah satu scene dalam animasi Batman: Gotham Knight.

Enjoy.

Khamis, 27 Oktober 2011

Sharing di Facebook is caring?

Sejak dua menjak ni penulis kerap sangat dapat notification di Facebook. Kawan-kawan (?) penulis semakin aktif berkongsi maklumat di Facebook. Ada yang sharing kata-kata pujangga. Tak kurang juga yang sharing gambar-gambar cute. Tapi kebanyakannya berkongsi tentang pengetahuan dan juga kontroversi.

Penulis bukan marah kalau kawan-kawan Facebook tu nak berkongsi maklumat. Bahkan berkongsi maklumat ni adalah perkara yang baik. Kita saling mengingatkan. Tetapi perkongsian ini juga mendatang kesan negatif kepada si pengongsi dan juga audiens yang dikongsinya.

Penulis ambil contoh kes budak yang kena langgar dengan van dan tiada orang yang sudi menolong di China baru-baru ini. Ramai giler yang post status dan juga upload video yang menunjukkan rakaman bagaimana budak tu kena langgar. Ramai jugak yang share sambil tag kawan-kawan mereka seuruh tengok video tu. Dan masing-masing memberikan komen-komen yang penulis rasa agak keterlaluan. Ada yang kata orang cina tidak ada hati perut, sanggup biarkan budak tu tanpa bantuan.

Tidak lama kemudian, ada orang share dan beritahu kenapa tiada orang yang tolong budak yang kena langgar tu. Rupa-rupanya jika ada orang yang menolong orang lain yang dalam kesusahan, si penolong tu kena bertanggungjawab ke atas si mangsa termasuk menanggung pembiayaan bil hospital dan juga kos sara hidup. Tambahan pula si penolong mungkin akan menjadi mangsa penipuan dan penculikan.

Persoalannya, bagaimana dengan komentar-komentar yang diberikan kepada kaum cina yang secara terang membidas mengapa mereka tidak mempunyai sebarang belas kasihan? Tindakan menolong orang lain merupakan satu amalan mulia di kalangan masyarakat Malaysia, tetapi tindakan menolong orang lain merupakan sesuatu yang cuba dielakkan oleh masyarakat di China. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu salah kerana betul dan salah adalah sesuatu yang sangat subjektif dalam masyarakat majmuk.

Bagaimana pula dengan orang yang share 'maklumat' dan 'pengetahuan' di Facebook?

Apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, dia akan rasa 'benda macam ni kena kongsi dengan kawan-kawan'. Jadi mereka pun tekan butang share dan publish kat wall kawan-kawan Facebook. Masalahnya, hampir 50% maklumat yang dikongsikan itu adalah maklumat yang tidak tepat atau bias. Jangan minum Coke dengan Mentos? Lame. Jangan pakai contact lens bila bakar BBQ? Busted. Jumpa bangkai ikan duyung? Palsu semata.

Penulis kadang-kadang rasa kasihan dengan kawan-kawan yang cuba post atau share knowledge tapi akhirnya akan menampakkan kecetekan akal mereka sendiri. It's uncool to show you are cool.

Jadi lain kali sebelum share kat Facebook (atau forward email) tolong buat kajian dulu dan jangan terima segala maklumat melulu dan memb*bi buta. Internet adalah sumber maklumat tetapi maklumat yang sampai dan tak bernilai yang lebih senang menarik perhatian orang ramai.

Extra: Pautan untuk kenalpasti kesasihan sebarang berita/maklumat yang diperolehi di internet.

Rabu, 26 Oktober 2011

Pengumuman penting

Salam kepada semua pembaca setia blog Hikayat Seorang Pereka Grafik Picisan ni. Untuk memudahkan pengurusan dan blog serta memberi pengalaman membaca blog yang lebih baik kepada pembaca semua, penulis akan dedikasikan blog ini kepada item dan tulisan berkaitan dengan grafik design atau seni visual sahaja. Sebarang post dan rencana berkaitan dengan gajet, perisian, review filem  dan sebagainya akan dipaparkan di Kidd's Playground.

Jika ada pembaca yang mahu follow blog tersebut, boleh lah berbuat demikian. Penulis memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

Terima kasih dan teruskan membaca post di blog Hikayat Pereka Grafik Picisan!

Selasa, 25 Oktober 2011

Test drive fungsi Timeline dalam Facebook

Timeline adalah fungsi baru dalam Facebook untuk paparan profile. Profile page si pengguna akan dibentangkan seperti sebuah jalur masa yang panjang dan akan disertakan dengan beberapa milestone atau peristiwa yang berlaku.

Penulis sertakan video promosi untuk Timeline khas buat pembaca setia semua:

Nampak menarik? Nak cuba Timeline? Malangnya Timeline masih lagi dalam fasa percubaan dan hanya untuk developer sahaja. Menurut satu sumber, Timeline mungkin akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Tapi jangan risau. Pembaca boleh cuba apply jadi developer Facebook dan cuba sendiri Timeline sebelum orang lain. Cara untuk menjadi developer Facebook boleh didapati di sini.

Selepas itu, anda boleh cuba dan rasa bangga kerana berjaya hack mencuba sesuatu yang baru. Print screen dan tayang pada kawan-kawan. Biarkan api cemburu mereka meluap-luap dan nikmati hidup anda selangkah di hadapan orang lain.

TimeLine

So, U JELLY?

Isnin, 24 Oktober 2011

Ahad, 23 Oktober 2011

Photoshop Smart Objects

Apa itu Photoshop Smart Objects?

“Smart Objects are layers that contain image data from raster or vector images, such as Photoshop or Illustrator files. Smart Objects preserve an image’s source content with all its original characteristics, enabling you to perform nondestructive editing to the layer.”

Secara ringkasnya, Smart Objects adalah layer vector di dalam Photoshop. Kenapa kita perlukan layer vector dalam Photoshop? Bayangkan senario berikut:

Anda ada sebuah foto artis yang baru diambil daripada kamera D-SLR. Foto yang mempunyai kualiti imej yang tinggi. Anda crop gambar artis tersebut dan buang background, letakkan dalam file baru sebagai sebuah layer baru. Anda resize gambar artis tersebut kira-kira 50% daripada saiz asal dan save sebagai PSD dan tunjukkan kepada klien/bos. Setakat ini segalanya berjalan lancar.

Katakan anda perlu buat sedikit perubahan kepada fail tersebut. Gambar artis tersebut perlu dibesarkan 75% dan digelapkan sedikit sebanyak 25%. ‘Okay’ kata anda dan besarkan gambar tersebut dan pada masa itu anda akan perasan: ‘Jika gambar ni dibesarkan lagi, pecah la. Takkan nak kena trace dan buang background semula’.

Di sinilah Smart Objects datang membantu. Apabila satu-satu layer ditukarkan menjadi Smart Object, Photoshop akan menyimpan saiz asal layer tersebut. Jadi tak kira berapa kali kita ubah/edit/resize/transform layer tersebut, imej dalam layer tersebut tidak akan rosak/pecah. Rujuk kepada video di bawah:

 

Smart Object adalah salah satu fungsi dalam Photoshop yang dapat meningkatkan produktiviti graphic designer. Cubalah sendiri dan jika ada pengalaman yang ingin dikongsi bersama, tulis di ruangan komen di bawah. Selamat mencuba.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Cara pantas untuk blogging

Ada seorang pembaca bertanya: "Macam mana kau boleh update blog dengan cepat? Bila kau tulis blog ni?"

Sebenarnya takder cara yang pantas untuk menulis blog, cuma gunakan kemudahan yang ada untuk mencepatkan kerja-kerja blogging ni. Penulis cerita tentang software dulu.

Secara tradisionalnya, blogger kena login ke... well... Blogger.com dan dari situ baru la mulakan kerja-kerja menulis. Masalahnya, kalau tiada internet, tak dapat la nak login dalam Blogger dan tak dapat la nak tulis blog. So ada cara ke nak tulis blog walaupun ketika offline?

Caranya dengan guna offline blog editor seperti Windows Live Writer atau Scribefire untuk tulis blog. Bila dah ada internet connection, boleh terus publish. Kalau tak mahu susah-susah install software, boleh terus tulis blog guna Microsoft Word dan save. Bila ada internet, just copy-paste ke dalam blogger. Tak perlu susah-susah nak menulis semula kandungan blog. Jimat masa dan tenaga.

Lagi satu cara untuk blog dengan pantas adalah dengan menjadikan ia satu habit. Ada yang update blog 2 kali sehari. Ada yang update sebulan sekali. Apa pun pastikan kita maintain blog kita supaya pembaca tidak bosan dan (harapnya) akan datang semula pada masa akan datang.

Kalau tiada masa nak update blog setiap minggu, apa kata tulis post banyak-banyak dan setkan supaya post tu publish setiap minggu. Luangkan masa selama beberapa minit dan tulis 2-3 post. Selepas itu setkan setiap post tu untuk publish selang 2 hari. Dengan cara tu kita tak perlu nak publish post baru selama 6 hari.

Ada sebarang idea dan pendapat untuk blogging dengan pantas? Jangan segan untuk berkongsi. Komen je di ruangan di bawah.

Pemilihan subjek dalam lukisan

Seringkali bila penulis melukis sesuatu, akan ada orang yang bertanya “Ko lukis apa tu?”. Penulis dengan selamba menjawab: “Aku tak lukis apa-apa. Cuma conteng-conteng je”. Dia akan membalas: “Aik? Takkan ko sendiri tak tahu apa yang kau lukis?”

Perlukah seorang pelukis mengetahui apakah subjek yang dilukisnya? Sudah tentu. Tetapi kadang-kadang subjek yang ingin dilukis BUKAN sebuah objek. Macam mana tu?

Kebanyakan pelukis-pelukis baru akan memilih objek sebagai subjek lukisan. Buah epal, pokok, kereta, manusia, permandangan – semua dikategorikan sebagai objek.

Akan tetapi ada pelukis yang cenderung untuk merakam IDEA – objek merupakan perkara nombor dua. Menjadikan warna sebagai subjek utama dalam lukisan merupakan trademark kepada Mark Rothko. Monet merakamkan permainan cahaya ke atas permukaan objek dan biasanya akan melukis objek yang sama dengan cahaya yang berbeza.

Claude Monet, Le Grand Canal – Oil on canvas

Dan basically itulah yang cuba penulis lakukan sekarang. Selain daripada melukis objek, penulis juga cuba belajar untuk merakamkan cahaya serta basic form. Penulis tidak berharap untuk menghasilkan satu lukisan yang cantik, tapi lebih kepada untuk membina pemahaman dan kesedaran dalam lukisan.

Untuk lukisan di bawah pula, penulis lebih kepada mengkaji warna dan shading. Setakat ini penulis sudah berani menolak teori warna secara berperingkat dan digantikan dengan teori warna moden.

Barbarian Warrior

RoboBurst

WaterColor

character005

24-7-2010 v02

Lupa nak beritahu, sekarang penulis mula berminat dengan Round Brush Tool dalam Photoshop dan cuba untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan satu layer.

Ada sebarang pendapat? Jangan segan-segan bagi komen di bawah.

Khamis, 20 Oktober 2011

Quick Sketch

QuickSketch

Yay! Tiada lagi outline. Satu perkembangan yang baik. Quote daripada ~AnabellaML:

NO TRACING OK!!!!!!!!!!!!!!!
KALAU ANDA SUKA MELUKIS POTRET DIGITAL,TOLONG JANGAN TRACING,ITU NAMANYA MENIPU..TIDAKKAH ANDA RASA IA MENIPU ORG YG MELIHATNYA? LUKIS SAJALAH!TAK KIRA POTRET DIGITAL TU SAMA ATAU X DGN YG ASAL JANJI KITA YANG LUKIS. ITU PRINSIP SAYA.TERIMA KASIH

Thanx for the tips..

Rabu, 19 Oktober 2011

Tips - Kekalkan layer daripada Illustrator kepada Photoshop

export02

Katakan anda mendesign grafik dengan menggunakan Illustrator. Selepas itu anda mahu transfer fail Illustrator tu kepada Photoshop. Anda boleh import fail Illustrator tu terus dari Photoshop, tapi semua layers akan di flatten kan. Dan semua designer tahu bahawa layer yang dah di flatten kan adalah sesuatu yang tidak baik.

Jadi bagaimana untuk kekalkan layers dalam file Illustrator apabila kita menggunakan Photoshop?

Takkan baca je? Komen sikit..

Link