Khamis, 30 Ogos 2012

Main game dengan Google Maps

Bosan main Farmville dan Bubble Safari? Meh try main Cube.

Objektifnya mudah sahaja: Cuba pergi dari A ke B dengan menggunakan mouse. Bunyi macam senangkan?

Cuba dulu baru tahu. Jangan anggap game ni senang macam game Café World tu..

Ini merupakan satu projek ekeperimen untuk Chrome. Pastikan browser menyokong HTML5. Malangnya game ni tak boleh dimainkan dalam smartphone (buat masa ni).

Sejauh mana anda lepas game ni? Jangan segan untuk berkongsi dalam ruangan komen di bawah. Selamat mencuba.

Rabu, 29 Ogos 2012

Latihan untuk tajamkan kepekaan pada warna

Kalau hendak jadi pelukis, seseorang perlu ada kemahiran mewarna. Akan tetapi bagaimana hendak mengasah skill mewarna? Satu caranya adalah dengan berlatih kepekaan kepada warna.

Selasa, 28 Ogos 2012

Tiada lagi imej resolusi tinggi


Setelah hampir dua bulan penulis bertapa dan membuat pertimbangan, akhirnya penulis membuat keputusan untuk tidak meletakkan imej beresolusi tinggi di dalam blog ini.

Isnin, 27 Ogos 2012

Koleksi karya baru – Rear lamp series

reventonThumbPenulis sekarang sedang cari inspirasi baru untuk berkarya. Penulis akan memulakan koleksi karya baru bertemakan kenderaan. Namanya Rear lamp series; ia merupakan siri lukisan/lakaran lampu belakang kereta.
Kenapa lukis lampu belakang kereta?
Kerana lampu belakang kereta merupakan bahagian yang paling kerap dilihat oleh pemandu yang lain. Ia merupakan sebahagian daripada identti kenderaan tersebut. Pada masa yang sama ia juga berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu di belakang.
Lampu belakang kenderaan adalah contoh gabungan yang baik antara fungsi dan bentuk (form & function). Sambung baca untuk lihat lukisan/lakaran yang penulis telah hasilkan.

Selasa, 21 Ogos 2012

Font minggu ini: Trebuchet MS

Font Trebuchet di LRT Maluri

Trebuchet MS adalah font sans serif yang direka oleh Vincent Connare pada tahun 1996. Ia dipanggil ‘Trebuchet’ yang bermaksud ‘lastik gergasi’.

TrebuchetMS

Antara ciri-ciri font Trebuchet MS:

  • Huruf M yang condong sebanyak 10º daripada garis menegak.
  • Huruf Q yang mempunyai ‘ekor’.
  • Huruf A yang agak rendah.
  • Titik pada huruf i dan j adalah berbentuk bulatan.
  • Hujung huruf l yang sedikit melengkung.

Microsoft merujuk Terbuchet MS sebagai font yang baik untuk laman web.

Font Trebuchet juga merupakan font untuk title bar bagi Windows XP.

Trebuchet MS merupakan font default bagi Windows sejak WIndows 2000. Ia juga boleh didapati dalam Mac OS X dan iOS.

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca!

Map picture

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog penulis. Jemput datang beraya di rumah penulis di Kuala Kangsar. Teruskan bersama blog Hikayat Pereka Grafik Picisan.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Font minggu ini: Arial & Helvetica (keputusan)

Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?

Arial-Helvetica_thumb

Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?

Khamis, 16 Ogos 2012

Rabu, 15 Ogos 2012

Iftar di Sunway Pyramid

Review untuk filem Seram Sejuk akan penulis muatkan di blog Kidd’s Playground.

Selasa, 14 Ogos 2012

Font minggu ini: Arial & Helvetica

Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?

Arial Helvetica

Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?

Penulis akan beri jawapannya dalam 2 hari.

Isnin, 13 Ogos 2012

Denliner

Penulis baru je habis tonton Kamen Rider Den-O semalam (dengan movie nya sekali). Entah macam mana penulis rasa gatal tangan nak melukis Denliner yang futuristik ni.

Selepas 30 minit melukis menggunakan MyPaint dalam N900 penulis, maka ini lah hasilnya:

DenLiner

Efek gradient dan cropping penulis buat dalam Photoshop. Lepas ni nak sambung Kamen Rider lain pulak.

Henshin!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Font minggu ini: Facebook

facebook-logo-blue

Logo Facebook adalah antara logo yang dikenali ramai. Sekali imbas je dah tahu ni logo Facebook. Mungkin ramai yang cuba untuk create balik logo Facebook ni, tapi tak tahu jenis font yang digunakan.

Rabu, 8 Ogos 2012

Font minggu ini: Rockwell

Kali ini penulis nak perkenalkan font yang agak elegan dan menonjol; Rockwell. Rockwell termasuk dalam kategori font slab serif dengan serif lurus, tidak seperti font serif yang lain. Ciri unik ini menjadikan font Rockwell sesuai untuk text yang pendek atau menu laman web.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan font Rockwell:

05-18_squared_eye_typeintro

rockwell

rockwell_545_01_d16507i89

Rockwell-2

Tips berkaitan font Rockwell:

  • Rockwell bukan tergolong dalam web-safe font. Font Rockwell di install bersama program Microsoft Office.
  • Jangan gunakan Rockwell untuk text yang panjang. Elakkan penggunaan Rockwell dalam perenggan.
  • Rockwell ada pelbagai variasi seperti Rockwell Extra Bold dan Rockwell Condensed.
  • Rockwell adalah pilihan yang baik untuk image typography.

Selasa, 7 Ogos 2012

Serupa tapi tak sama

Sedang penulis update content untuk TV Finas, penulis terjumpa satu poster filem tempatan bertajuk “You Believe in Ghost?”.

You Beleive In Ghost - P

Penulis terasa macam biasa tengok gambar dalam poster ni. Jadi penulis pun bertanya pada pakcik Google. Pakcik Google pun tunjukkan gambar ini:

What_the_Hell__by_yellow_stock

Nampak sama kan? Takkan pereka poster filem ni ambil gambar dari Deviantart untuk dijadikan poster? Penulis cuba analisa gambar ni dalam Photoshop dan ini hasilnya:

analisaGambar

Sama sehingga ke helaian rambut yang terakhir. Penulis tak tahu jika si pereka poster ini sudah meminta izin daripada si empunya gambar. Kepada para designer sekalian, berhati-hati sebelum menggunakan gambar dari internet. Jangan ingat gambar dalam Google Images dan Deviantart itu boleh digunakan sesuka hati.

Jumaat, 3 Ogos 2012

The most annoying thing - Duckface

Beri seorang gadis sebuah kamera, apa yang akan korang dapat? Satu perkara je – Duckface. Duckface everywhere.

Fenomena Duckface ni bukan lagi satu misteri – hampir semua orang tahu apa itu Duckface dan ramai yang telah berjaya mengaplikasikan konsep Duckface dalam profile picture MukaBuku.

Penulis tiada masalah dengan sesiapa yang nak ikut fahaman Duckface tu. Cuma penulis rasa menyampah bila ada orang gunakan Duckface untuk buat video promosi diri sendiri budget macam cute.

Amaran – video dibawah boleh menyebabkan batal puasa sebab muntah berdarah.

Tak cukup dengan tu, ada video parody lagi. What the helicoper..

 

 

Dan video parody terbaik jatuh kepada..

Tahniah kepada semua video uploader kerana berjaya membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai sense of humor dan kesedaran kepada barah Duckface ni. Nak tengok lagi banyak parody? Klik kat sini.

Khamis, 2 Ogos 2012

Quick sketch Gunung Berapi

Penulis baru lepas tengok National Geographic pasal gunung berapi. Penulis terus capai N900 dan conteng guna MyPaint.

Volcano

Penulis masih struggle dalam pemilihan warna tapi penulis akan terus berlatih untuk baiki skill melukis.

Rabu, 1 Ogos 2012

Godek-godek CSS dalam MukaBuku

Jangan harap la ada orang nak komen banyak-banyak kalau penulis buat status MukaBuku macam tu..

Takkan baca je? Komen sikit..

Link