Selasa, 4 September 2012

Review OS Meego untuk netbook

Penulis nak berkongsi satu OS (operating system) yang dibangunkan oleh Linux/Nokia - MeeGo. MeeGo merupakan OS yang menggunakan sumber terbuka untuk netbook, telefon pintar,  tablet dan televisyen pintar.

Penulis berkesempatan untuk mencuba MeeGo untuk netbook dan ingin berkongsi pengalaman sepanjang menggunakan netbook ni.
Pertama sekali penulis puji sistem OS MeeGo yang ringan dan responsif. Antara muka (UI) MeeGo juga ringkas dan kemas tetapi tidak mengabaikan fungsi pengguna. Penggunaan icon yang berwarna ceria juga memberikan pengalaman berbeza semasa menggunakan netbook MeeGo ini.


Panel Myzone akan memaparkan status Facebbok atau Twitter serta memaparkan fail-fail yang pernah dibuka sebelum ini. Ia juga mempunya shortcut untuk calendar serta aplikasi yang sering digunakan.


Panel Zone adalah umpama multiple desktop. Ini kerana setiap aplikasi akan dibuka secara fullscreen. Ini satu perkara yang bagus untuk netbook yang mempunyai saiz skrin yang kecil, tidak seperti komputer desktop atau laptop.


Panel Application yang ringkas. Setiap aplikasi disusun mengikut kategori untuk memudahkan pengguna.


Panel Status untuk post status Facebook atau Twitter. Fungsi Facebook diintergrasikan dalam OS MeeGo. Tak perlu buka website semata-mata untuk post status Facebook.


Panel People untuk chat dan juga messaging. Kita boleh tambah pelbagai akaun dan chatting dengan pelbagai protokol serentak.



Network panel untuk tetapan network dan wifi. Ringkas dan menarik.



Control panel yang ringkas tetapi sesuai untuk pengguna biasa.

Jadi bagaimana? Berani mencuba OS MeeGo?

2 ulasan:

  1. meego harmattan takde update ke?

    BalasPadam
  2. Meego dah takder update. Semua developer dah join Tizen. Lebih cool daripada Meego dan Android..

    BalasPadam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link