Rabu, 20 Oktober 2010

Costum Brush

Malam ni terasa sangat panas sehingga rasa susah hendak tido. Semua member-member di ruang sembang dah lama offline. Aku buka browser dan mula download beberapa brush tambahan untuk Photoshop CS4. Akhirnya aku dapat koleksi brush yang agak sempoi dari Saejin yang berasal dari Korea. Blog beliau - http://saejinoh.blogspot.com/

brush01 Download dari sini: http://www.mediafire.com/?ynnamhwjz20

Setakat ni, inilah costum brush terbaik pernah aku jumpa unuk digital painting. Lupakan koleksi brush air atau awan yang nampak sangat menipu nyer. Aku belum try semua brush dalam ni tapi dari beberapa hasil cubaan sebelum ni, brush ni agak baik. Aku cuba brush ‘Penciller’ dan ‘Sparkling Vampires’ dan aku sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya.

penciller

Sejak akhir-akhir ni aku dapati aku lebih kerap menggunakan Photoshop berbanding software lain. Painter pun aku dah uninstall. Sketchbook Pro pun dah jarang buka. Maybe komputer aku lebih sesuai dengan Photoshop nie.

Lepas ni aku akan tunjukkan artwork yang menggunakan brush ni. Later.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link