Isnin, 20 Disember 2010

Warna untuk highlight dan shadow

Setiap kali aku nak buat painting aku sering menghadapi masalah ni: Apakah warna untuk highlight dan shadow? Highlight warna putih ker? Shadow warna hitam ker? Aku dah refer banyak artwork orang lain tapi tak jumpa jawapan yang jelas.

Sampai la aku jumpa artwork ni.
Aku dapati bahawa highlight yang guna warna panas akan mempunyai shadow warna sejuk. Kalau macam tu, adakah highlight warna sejuk akan menghasilkan shadow warna panas?
Yup.. tepat sekali. Actually method ni bukan lah foolproof tapi lebih kepada satu method yang boleh digunakan kalau menghadapi art block dan tak tahu nak pilih warna apa.

Satu lagi warna untuk shadow adalah warna yang lebih saturated berbanding warna background.
Clearly warna hitam bukanlah warna yang sesuai untuk shadow dan aku cuba buang 'fahaman' hitam untuk shadow dan putih untuk highlight.

Banyak lagi yang aku kena pelajari pasal warna nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link