Perspektif di dalam dunia
Perspektif linear (linear perspective) bermula dengan represenstasi dunia nyata tapi kadang-kala ia kelihatan seperti mengikut peraturan geometri yang abstrak. Ia boleh digunakan untuk melukis dunia 3 dimensi di ruang yang tidak terhad dengan menyusun segalanya di satu titik pemerhati (viewpoint).
Jika korang pernah melukis menggunakan perspektif, maka pendekatan perspektif linear yang aku nak terangkan ni mungkin kelihatan pelik dan janggal. Tutorial perspektif yang lain biasanya memberi pendekatan kepada objek yang hendak dilukis. Penekanan dalam perspektif linear adalah pemerhati (viewer): perspektif linear adalah imej dua dimensi pada titik pemerhati (viewpoint) dan arah penglihatan (direction of view). Perspektif linear boleh dikatan sebagai cara kita melihat dunia dan ia berkaitan dengan asas penglihatan mata kita. Aku akan terangkan beberapa asas tentang bagaimana kita melihat satu-satu objek dan cuba menghasilkan imej atas permukaan 2D dan seterusnya aku akan terangkan bagaimana beberapa kelemahan dan had dalam perspektif boleh digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja seni dan artistik.
Mungkin ada baiknya aku tidak hasilkan tutorial '”cara untuk melukis” atas kesedaran bahawa seseorang itu perlu ada asas pemahaman tentang pembinaan perspektif. Untuk memahami apa itu perspektif, seseorang perlu sedar bahawa ia sentiasa ada sekeliling kita dan segala benda – meskipun tiada bangunan atau garis lurus tidak kelihatan.
Jalinan (Texture) di dalam ruang
Bagaimana kita melihat? Kita melihat sesuatu imej apabila cahaya yang terkena pada objek dipantulkan dan masuk ke dalam mata kita dan diterjemahkan kepada isyarat elektrik oleh retina dan ditafsirkan oleh otak. Tapi bagaimana kita mengetahui sesuatu objek itu jauh atau dekat?
Segala benda yang membantu kita melihat objek jauh atau dekat dikenal sebagai distance cue. Secara kasarnya, distance cue dibantu oleh sifat kesamaan geometri yang ada dalam ruang 3 dimensi (apa tu?), dan kesamaan geometri iniliah yang cuba disampaikan menggunakan perspektif linear.
Distance cue yang paling hebat adalah binocular parallax, iaitu perbezaan antara dua imej yang terhasil di dalam mata yang terhasil kerana perbezaan jarak antara 5cm-7cm. Perbezaan jarak antara mata ini menyebabkan objek yang dekat akan kelihatan ‘beralih’ ke depan dan belakang berbanding dengan objek yang jauh jika kita membuka dan menutup sebelah mata. Otak akan mentafsirkan perbezaan (parallax) untuk membezakan objek yang dekat dengan objek yang jauh dalam ruang penglihatan; lebih banyak objek tersebut ‘berganjak’ apabila kita menutup sebelah mata, semakin dekat objek tersebut.
Walaubagaimana pun, dalam permukaan dua dimensi (skrin, permukaan kanvas, kertas foto) semua distance cue tidak dapat digunakan. Maka kita perlu menggunakan kaedah lain untuk menghasilkan ilusi ruang 3 dimensi.
Pada kebiasaannya, kita akan menggunakan ukuran mata kasar untuk menentukan saiz dan jarak sesuatu objek. Pada permukaan 2 dimensi, objek yang besar akan kelihatan lebih dekat berbanding dengan objek yang kecil. Kita juga akan mengukur jarak sesuatu objek berdasarkan kedudukannya berbanding kaki langit (horizon). Objek yang lebih dekat dengan kaki langit akan kelihatan lebih jauh berbanding dengan objek yang jauh dari kaki langit.
Perbezaan jarak antara dua objek berdasarkan saiz objek
Perbezaan jarak antara dua objek berdasarkan kedudukan pada kaki langit
Kita lebih cenderung untuk melihat imej sebagai objek yang berbeza-beza (langit, awan, air, laut, pokok) maka sistem penglihatan kita akan menilai jarak berdasarkan hubungan antara objek-objek tersebut dengan sistem yang mudah; objek yang menutup objek yang lain adalah lebih dekat.
Dalam ilustrasi bulatan sebelah kiri, kita dengan mudah dapat menilai bahawa bulatan yang menutup bulatan yang lain berada lebih dekat (di hadapan). Sekiranya bulatan tersebut dipisahkan oleh bentuk yang tidak normal (kanan), maka hubungan antara jarak dekat dan jauh akan menjadi kabur.
Foto di atas tidak mempunyai satu garis lurus atau garis luar (outline) tapi perbezaan jarak dapat dirasakan dengan ketara sekali. Permukaan batu di hadapan kelihatan amat kasar dan jalinannya amat jelas. Batu-batu yang jauh tidak berapa kelihatan permukaannya dan jalinannya kelihatan bercampur-campur dengan batu-batu lain. Objek yang dekat (biasanya) akan mempunyai kualiti jalinan yang terang dan jelas, manakala objek yang jauh mempunyai jalinan yang kabur dan tidak jelas.
Keadaan ini dikenali sebagai perspective gradient, jalinan dan tekstur akan berubah sifat apabila merentasi jarak sehingga pada satu tahap ia sukar dilihat dengan jelas. Ini tidak bermaksud jalinan dan tekstur itu hilang dari pandangan, tapi ia menjadi sangat kecil sehingga sukar dilihat secara individu (misalnya batu-batu di bawah gunung dalam foto). Jalinan yang terlalu kecil itu akan berubah menjadi corak (pattern). Pengulangan yang ada pada corak ini akan menjadi kecil dan padat dan akhirnya menjadi warna (color).
Perubahan jalinan dan tekstur merentasi ruang bolah dipermudahkan seperti berikut:
Tekstur > Corak > Warna
Ilustrasi di atas menunjukkan bagaimana sifat dan rupa tekstur berubah apabila dimampatkan (compress). Pada bahagian atas, kita dapat perhatikan bahawa tekstur masih lagi sama cuma mata kita tidak melihat tekstur tersebut dengan jelas maka tekstur tersebut kelihatan bercampur menjadi satu warna pada pandangan mata kasar. Setiap tekstur dan corak mempunyai titik tolak (threshold) di mana jika ia melebihi titik tolak tersebut, maka mata kita akan melihatnya sebagai satu warna.
Perubahan tekstur dan corak apabila melalui perspektif boleh dilihat pada objek sekeliling kita. Ambil pokok oak misalnya. Pada jarak dekat, ciri-ciri daun oak dapat dilihat dengan jelas dan kita melihat setiap daun oak sebagai objek yang berbeza. Setiap dahan dan ranting mempunyai daun pokok oak.
Apabila kita semakin jauh, ciri-ciri dan tekstur pada daun oak itu akan hilang, di gantikan dengan corak-corak pada pokok oak. Kita tidak melihat daun-daun oak sebagai secara berasingan tetapi sebagai satu kumpulan. Kita tak lagi nampak daun oak tapi kita tahu bahawa setiap corak di hujung ranting dan dahan pokok oak adalah daun oak.
Apabila kita semakin jauh kebelakang, segala tekstur dan corak pokok oak akan hilang menjadi satu kelompok warna. Segala ciri invidual daun dan dahan pokok oak menjadi terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Pada jarak yang amat jauh, pokok oak akan kelihatan seperti tompokan-tompokan warna hijau sahaja.
Perubahan tekstur dan corak apabila sesuatu objek semakin jauh perlu diberi penekanan apabila kita melukis. Segala warna, bentuk dan sapuan berus yang digunakan mesti menggambarkan samada kita melukis objek yang dekat atau jauh. Kita kena ingat bahawa melukis objek yang jauh bukanlah bermakna seperti melukis objek yang dekat, cuma lebih kecil. Objek yang jauh mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, berbeza dengan objek yang dekat seperti mana yang telah diterangkan.
Contoh artwork yang mengaplikasikan perubahan tekstur dan corak dalam perspektif.
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan