Selasa, 15 Februari 2011

Artwork Lama

Sebagai seorang artis, kadang-kadang penulis mengalami masa-masa sukar dan kadang-kadang mood untuk melukis seolah-olah hilang entah ke mana. Tangan terasa amat berat untuk memegang walaupun sebatang pen. Setiap garisan dan lakaran serba tidak menjadi dan sebarang pembetulan untuk membaiki lukisan memberikan hasil yang tidak memuaskan malah adakalanya amat memualkan.

Kali ni penulis cuba nak memaparkan beberapa detik yang boleh dikira agak memalukan sepanjang kerjaya penulis sebagai seorang pelukis. Dalam tahun 2010 yang lepas, penulis cuba melukis potret perempuan dan entah kenapa, semua cubaan untuk melukis seakan tidak menjadi. Ada sahaja yang tidak kena.

retake01 Selepas itu, penulis cuba untuk melukis semula dengan membuka fail baru dan kali ini hasilnya tidak jauh berbeza daripada hasil cubaan pertama.

retake02 Akhirnya ‘karya’ ni penulis masukkan dalam folder berlabel unfinished (untuk karya-karya yang menunggu masa untuk disiapkan).

Untuk beberapa ketika, penulis hilang mood untuk melukis potret dan penulis cuba mencari kelemahan diri. Pada masa yang sama, penulis mencari ilham dan inspirasi dari artbook dan karya-karya pelukis lain.

Selang beberapa bulan, penulis terjumpa semula karya ni dan penulis tergerak hati untuk menyiapkan potret ni. Selepas 2 jam, inilah hasilnya:

girl01 Pengajaran yang penulis dapat apabila menyiapkan potret ini adalah: Ada karya mengambil masa 2 jam untuk disiapkan. Ada karya yang mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Akan tetapi karya ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Jadi jangan berputus asa jika hasil karya kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Mungkin karya itu memerlukan lebih masa untuk disiapkan (atau diperamkan) seperti biji kopi yang perlu dibru sebelum boleh dinikmati hasilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link