Khamis, 28 Julai 2011

Sketches untuk Kad Kahwin

Idea0002 Idea0003 Idea0001

In the end of the day, semua sketches ni kena reject. Bos kata: ‘Tak perlu buat sketches sebelum buat design; terus lukis je guna Illustrator.’

O RLY?

Selasa, 26 Julai 2011

Koleksi Font dan Typeface

Jika ada dikalangan pembaca yang serius dengan bidang grafik, pastinya ada yang tidak berpuas hati dengan koleksi font/typeface yang sedia ada dalam komputer. Font yang mantap dan solid seperti Helvetica, Futura atau Gill Sans biasanya tidak disertakan bersama apabila kita menginstall Windows atau Illustrator. So alternatif yang terbaik adalah download/curi/copy koleksi font daripada orang lain dan mengaku font tu kita punya.
Selepas beberapa ketika, kita akan mempunyai koleksi font yang banyak. Maka mudahlah kita untuk berkarya. Tiada lagi Times New Roman sebagai font default apabila menulis dalam Microsoft Word. Ataupun font Myriad dan Calibri bila create text dalam Illustrator. Hooray!
Tanpa kita sedari, kita akan mempunyai koleksi font yang banyak sehingga pada satu tahap sukar hendak diuruskan. Mari kita lihat jumlah font yang ada dalam komputer penulis. Tada!!!
fonts01
Ok. Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
fonts02 Bukan banyak mana pun, cuma 8,173 typeface jerk. WTF??!!!! 8,173 TYPEFACE!!!??????
Wah, banyak tu. Macam mana nak susun semua font ni? Salah satu cara untuk susun semua font ni adalah dengan mengasingkan setiap font mengikut kategori font seperti roman, serif, sans serif, slab serif dan sebagainya. Akan tetapi kaedah ini ada kelemahannya. Ini kerana ada sesetengah font yang mempunyai kategori serif dan juga sans serif! Tak percaya? Cuba tengok font DejaVu.
Jadi penyelesaian alternatif adalah dengan mengkategorikan font mengikut nama. Cara ini agak lambat sebab ada sesetengah font yang mempunyai filename yang pelik seperti “verdanaB_01.ttf” atau “8210000~02.ttf”. So nak mengetahui nama font tu agak tricky sedikit dan perlu bukak setiap font dalam font explorer.
Ini antara font yang dah penulis susunkan. Masih ada 8,000 font yang belum disusun lagi.
fonts03 fonts04
Hopefully, apabila semua font sudah disusun dan dikategorikan dengan label dan tags, penulis akan upload ke internet untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang lain.
P/S: Penulis gunakan LinuxMint untuk susun dan rename semua font sebab Windows kerap hang bila Explorer load font banyak sangat.

Isnin, 18 Julai 2011

Mari belajar actionScript 2.0

actionScript

Ada sesiapa yang nak belajar actionScript? Bukan susah sangat pun. Script kat atas tu penulis buat dalam masa 7 hari (je).

Pada sesiapa yang nak jadi programmer tu, bersedialah untuk menjadi nerd dan skema. Belajar la bahasa programming dan mulalah berzikir dengan syntax-syntax programming yang bakal menjadi peneman hidup. Percakapan akan menjadi sukar difahami dan komputer (terutamanya Linux) akan kelihatan lebih menarik kalau dibandingkan dengan boyfriend/girlfriend sendiri.

Percayalah, kerana ianya benar…

Bersambung…

Rabu, 13 Julai 2011

Daripada pereka grafik kepada programmer

Good news, everyone! Penulis sekarang bekerja sebagai junior web designer di syarikat i-Insan Multimeda bertempat di Desa Pandan. Walaupun bidang kerja ni jauh berbeza dengan skop asal penulis, tapi at least penulis dapat mencuba sesuatu yang baru (senyum).

Jangan risau, penulis masih lagi aktif melukis dan menulis blog, well, buat masa ini.

Bercakap tentang blog, penulis cuba ubah tema (sekali lagi) kepada tema yang lebih ringkas. Sebabnya mudah sahaja:

  • Clean and simple
  • Faster loading
  • Better viewing
  • Resource friendly
  • ????
  • ???????
  • PROFIT!!!!

Problems?

By the way, maybe penulis akan include sekali tutorial untuk software Flash dan juga MyPaint. The more the merrier.

That’s all for now.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link