‘Mana lebih bagus untuk buat animasi; Flash atau Toon Boom?’
Soalan ini seringkali ditanya oleh animator dan dari komen-komen yang aku baca di forum-forum komuniti, terdapat pendapat yang berbeza-beza. Jadi aku ambil keputusan untuk nilai sendiri kedua-dua software ni. Aku akan gunakan Adobe Flash CS3 dan Toon Boom ANIMATE dan cuba cari jawapan software mana yang lebih bagus untuk buat animasi.
FLASH
Pro:
- UI dalam bentuk panel yang mudah digunakan dan tersusun kemas
- Drawing tools yang senang digunakan
- preview yang cepat dan sharp (kurang dari satu saat untuk publish movie)
- extension manager untuk tambah fungsi Flash (macam plug-ins)
- support drawing tablet input
- penggunaan simbol dan library yang simple untuk workflow yang teratur
- paperless workflow
- special effect dan filter
- support vector dan raster image
- pilihan export yang pelbagai (AI, SWF, AVI, Quicktime, Images, PDF dan lain-lain)
Con:
- pilihan brush terhad
- pilihan warna terhad
- tiada auto lip-sync
- special effect dan filter terhad kepada movie clips
- raster image akan pixelated kalau dianimasikan
- tiada funsi bone dan Inverse Kinematic (IK)
Toon Boom ANIMATE
Pro:
- Workflow mengikut animasi tradisional
- paperless workflow
- penggunaan symbol, library dan template untuk workflow production
- support drawing tablet input
- pelbagai variasi brush
- pelbagai pilihan warna
- special effect and filter
- support vector dan raster image
- layer yang boleh di ‘nest’ kan
- fungsi bone dan Iinverse Kinematic (IK) yang memudahkan proses animasi
Con:
- UI yang agak padat
- tiada plug ins
- pilihan export terhad (SWF, images, dan Quicktime)
- ambil masa yang lama untuk export
- tiada fungsi text
Itu perbandingan secara kasar antara dua software tu. Mari kita lihat dengan lebih terperinci.
Color Palette
Color palette dalam Flash ada 256 color dan ada color picker untuk pilih warna lain.
Color palette dalam Toon Boom ANIMATE adalah lebih ‘meriah’ dan ada banyak pilihan warna. Tambahan pula, color palette dalam Toon Boom ANIMATE ada fungsi tint/blend untuk memudahkan kita pilih highlight/shadow untuk color yang kita nak.
Dari segi pilihan warna, Toon Boom ANIMATE memang jauh lebih baik dari Flash.
Brush
Brush tool dengan pressure sensitive. Flash cenderung untuk smoothkan brush stroke menyebabkan stroke garisan menjadi tidak konsisten.
Brush tool dengan pressure sensitive bagi Toon Boom ANIMATE pula berbeza. Setiap stroke adalah konsisten dan lebih kemas berbanding Flash.
Inverse Kinematic (IK)
Fungsi IK dan bones dalam Toon Boom ANIMATE memang mudah dan menjimatkan masa. Kalau lah Flash ada fungsi IK macam Toon Boom ANIMATE..
Layer
Setiap layer dalam Flash adalah berasingan dan tiada hierarki.
Berbeza dengan Toon Boom ANIMATE, setiap layer boleh digabungkan dengan layer dan lain membentuk hierarki. Dengan kata lain, jika kita attach layer tangan ke layer lengan, layer tangan akan bergerak jika kita gerakkan layer lengan. Tapi layer lengan tidak bergerak jika kita gerakkan layer tangan sahaja.
Drawing Substitution
Dalam Flash, kita kena ingat no frame untuk setiap drawing dan kita recall balik guna playback Single Frame dan recall nombor berdasarkan nombor frame dalam Symbol.
Dalam Toon Boom ANIMATE, kita tak perlu ingat lagi nombor frame untuk cari drawing. Pilih je guna slide dan akan ada thumbnail yang akan preview drawing yang ada dalam Symbol tu. Real time saver.
Kesimpulan
Kalau korang memang minat animasi digital dan ada basic animasi tradisional, jadi pilihan yang paling tempat adalah Toon Boom ANIMATE. Workflow dalam Toon Boom ANIMATE tidak banyak berbeza dari animasi tradisional so korang boleh biasakan diri dengan cepat. Tambahan pula, Toon Boom ANIMATE boleh digunakan bersama Toon Boom Storyboard dan Toon Boom Harmony untuk production dan pre-production.
Jika korang buat motion graphic atau banner untuk website, pilih lah Flash. Walaupun Flash ada drawing tools yang hebat dan boleh hasilkan artwork vector yang cantik, workflow dalam Flash tidak sesuai untuk animation production yang melibatkan ramai orang.
Bagi aku, aku akan terus dengan Toon Boom Animate. Selamat beranimasi!
Salam, saya beginner dlm animasi.. Boleh mintak tunjuk ajar? :)
BalasPadamSaya juga budak baru belajar.. (senyum)
BalasPadamVery nice article, totally what I wanted to find.
BalasPadamFeel free to surf to my site ... Chestfatburner.Com