Ahad, 5 Jun 2011

Program untuk Digital Panting/Drawing

01

Boleh teka tak apa nama program ni?

Ok sebelum ni penulis pernah dapat pertanyaan tentang apa software yang penulis gunakan untuk melukis. Penulis akui, penulis tidak menggunakan Photoshop 100% untuk kerja-kerja melukis. Penulis menggunakan satu lagi program yang lebih ‘kaw’ untuk kerja-kerja melukis. Nama program itu ialah..

(Drumroll)..

MyPaint!

 

MyPaint merupakan satu program open-source dan fungsinya adalah untuk buat lukisan digital. Photoshop pun cool gak kalau buat digital panting, tapi somehow, Photoshop lebih seswai untuk buat photomanipulation dan editing. On otherhand, MyPaint terasa lebih ‘natural’ dan ada banyak brush yang boleh simulate traditional dan juga digital media.

02

Penulis terjumpa program MyPaint ni pun secara tak sengaja. Tapi penulis akui program ni memang sempoi dan sangat responsive, tak seperti Painter yang berat tu. Tambahan pula installer dia cuma 8MB sahaja!

Canvas dalam MyPaint juga adalah unlimited. Dengan kata lain, kita tidak perlu untuk resize canvas bila nak hasilkan lukisan yang lebih besar.

Best of all, ianya FREE!

Penulis akan letakkan beberapa lagi sample lukisan yang dihasilkan dengan MyPaint ni. Sementara itu, penulis galakkan pembaca untuk mencuba sendiri program ni. Mana tahu kot-kot program ni seswai dengan jiwa dan citarasa pembaca.

03

Wani

Selamat mencuba!

P/S: Installer MyPaint boleh didapati di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link