Dalam bahagian pertama dan bahagian kedua siri Selangkah Ke Alam Misteri ni, penulis dah bercerita tantang sains dan juga tenaga. So far nampaknya segala yang berkaitan dengan entiti ghaib dan juga tahyul mahyul ini dapat dijelaskan dengan menggunakan penjelasan sains. Kali ini penulis nak bercerita tentang
Cara Otak Manusia Berfikir
Bagaimana kita berfikir? Bagaimana kita mendapat maklumat dan bagaimana kita memproses maklumat yang kita terima? Bagaimana kita bereaksi apabila mendapat maklumat baru? Apa kaitannya otak kita dengan Alam Misteri? Semua ini dan banyak lagi akan penulis ceritakan sebentar lagi.
Sebelum itu, mari kita kenali otak manusia dengan lebih dekat.
Otak adalah pusat sistem saraf bagi semua makhluk vertebrata dan kebanyakan makhluk inverterbrata. Otak memproses maklumat melalui deria seperti deria penglihatan, sentuhan atau rasa. Sesetengah haiwan mempu mengesan lebih daripada deria yang ada pada manusia (ikan mempunyai deria keenam yang mempu mengesan objek di sekelilingnya – sebab tu ikan dapat berenang dalam satu kumpulan besar tanpa berlanggar antara satu sama lain).
Otak terdiri daripada beberapa bahagian utama – Frontal Lobe, Occipital Lobe, Parietal Lobe, Temporal Lobe, Brainstem, dan Cerebellum Otak merupakan suatu organ yang sangat kompleks. Cerebral cortex (bahagian yang mengawal ingatan dan memori) mempunyai kira-kira 15-33 billion neurons dan bersambung dengan kira-kira 10,000 synapse.
Apabila otak mendapat maklumat baru, maklumat itu akan disimpan di dalam cerebral cortex dan jalinan neuron akan dibina. Semakin banyak ikatan dan jalinan antara neuron, semakin mudah kita mengingat sesuatu benda. Actually benda ni semua orang tahu daripada iklan susu untuk kanak-kanak.
Otak kita juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan juga otak kiri. Secara amnya, otak kanan berfungsi untuk:
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Manakala otak kiri pula berfungsi untuk:
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Menyimpan data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami logik, bahasa dan matematik
- Berfikir menurut turutan
Sekali lagi, apa kaitannya cara otak berfikir dengan entiti ghaib/paranormal ini. Otak manusia cenderung untuk menafsir sesuatu maklumat dengan sesuatu yang diketahuinya. Cuba consider dialog ini:
- “Muka kau ni macam muka Ibrahim. Kau anak Ibrahim Bachik ke?”
- “Air ni rasa macam air 100 Plus je”
- “Aku nampak awek cun semalam. Muka cun giler macam Fasha Sanda”
- “Ko jangan guna Pentium. Aku dah guna Pentium 4 dulu. Sekejap je dah rosak. baik ko guna AMD”
Otak kita cenderung untuk merujuk benda yang baru dengan maklumat yang telah diterima. Apabila kita lihat tanah dan rumput basah, kita dengan cepat akan simpulkan bahawa hujan baru turun. Kalau nampak kaca dan kesan tayar di tengah jalan, kita dengan cepat buat kesimpulan bahawa ada kemalangan jalanraya di hadapan.
Sama ada kita sedar atau tidak, otak kita sendiri yang ‘mewujudkan’ entiti ghaib ini. Cuba lihat gambar di bawah:
Gambar-gambar ni pernah ‘menggegarkan’ media negara satu ketika dulu. ‘Nampak macam muka orang’ katanya. Maka pelbagai andaian dibuat mengatakan ada orang mati kat situ la, ada roh nak balas dendam la, ada makhluk asing nak bagi mesej la.Secara teorinya, kebanyakan orang yang nampak ‘rupa' orang’ pada objek ini adalah orang yang banyak berfikir/menggunakan otak kanan. Orang yang berfikir dengan otak kiri biasanya tak nampak sangat atau nampak sikit-sikit je.
Apabila kita nampak benda/objek yang kelihatan seperti ada mata, hidung dan mulut, dengan pantas otak kita akan simpulkan ia sebagai ‘rupa’ atau ‘muka’ orang. Begitu juga apabila kita terdengar bunyi yang nyaring dan bingit, kita ingatkan bunyi perempuan mengilai. Bila dengar bunyi seakan-akan berderap, kita ingatkan bunyi tapak kaki. Bunyi burung belatuk patuk pokok kita ingatkan bunyi ada orang ketuk pintu.
Kadang-kadang otak kita akan memberi tafsiran yang berbeza dengan apa yang kita tahu. Dalam kes ini, deria kita yang ‘menipu’ kita, menyebabkan kita berfikir sebaliknya. Penulis bagi contoh yang paling mudah:
Ramai orang yang nampak ada segi tiga putih di tengah-tengah. Tetapi apabila 3 bulatan itu dihilangkan, segi tiga putih itu juga hilang. Mengapa? Bagaimana kita boleh nampak ada segi tiga putih di tengah-tengah?
Penulis bagi contoh lagi. Kenapa ramai orang takut bila nampak benda putih tepi jalan? Kalau ada benda bergerak kat langit, kira UFO ker?
(Objek itu adalah CCTV)
(Bukan itu awan gak ke? Duhh..)
Boleh nampak tak kaitan antara entiti ghaib dan juga otak? Sekali lagi penulis nyatakan di sini bahawa kebanyakan entiti ghaib dan aktiviti paranormal yang berlaku adalah kerana salah tafsiran otak manusia terhadap perkara yang tidak difahaminya atau dengan kata lain – salah tafsiran.
Akan tetapi, adakah ini bermakna entiti ghaib ini tidak wujud? Penulis akan sambung lagi dalam bahagian akan datang. Stay tune.