Pertama sekali, penulis ingin minta maaf jika post kali ini berlainan daripada post-post sebelum ini. Iyer la, biasanya penulis tulis tentang karya seni, programming dan juga ulasan filem; tetapi kali ini penulis bercakap tentang Alam Misteri plak. Mungkin ada pembaca yang berminat tentang dunia misteri / mistik / khayal / tahyul / ghaib / paranormal ni, tapi apa yang penulis cuba sampaikan di sini adalah berdasarkan daripada pengalaman dan peristiwa yang penulis alami sendiri.
Kalau nak bercerita tentang Alam Misteri ini, memang takkan habis punya. Kalau bercakap tentang makhluk dalam Alam Misteri pun boleh buat trologi filem. Tapi Alam Misteri yang penulis nak sampaikan bukan berkaitan dengan hantu/momok, tapi lebih kepada perbincangan santifik berkaitan alam ghaib. So untuk kelihatan lebih ilmiah dan mempunyai unsur akademik, penulis akan pecahkan perbincangan kita kepada beberapa bahagian atau chapter. Kita mulakan dengan topik yang mudah dulu iaitu:
Apa itu Alam Misteri?
Umum seringkali menyatakan bahawa dunia yang kita diami ini adalah merujuk kepada dunia realiti, dan dunia yang tidak dapat dilihat serta dihuni oleh makluk ghaib merujuk kepada Alam Ghaib. Ghaib kerana ianya tidak boleh dilihat. Akan tetapi ghaib tidak bermakna tidak wujud. Angin dan suhu bersifat ghaib tetapi kehadirannya dapat dirasa atau diukur.
Begitu juga dengan kewujudan entiti atau makhluk ghaib. Walaupun makhluk atau entiti ghaib ini tidak dapat dilihat, tetapi kewujudannya dapat dirasa (dalam kes Seeker dan juga beberapa saintis, mereka cuba ‘mengkaji’ aktiviti paranormal).
Dunia realiti atau fizikal serta Alam Ghaib ini seringkali dikatakan sebagai dua entiti yang berbeza. Umpama air dan minyak yang tidak boleh bercampur. Seringkali kita mendengar bahawa ungkapan ‘kau tidak layak berada di sini – kembali lah ke tempat asal mu’. Contoh lain yang biasa didengar adalah manusia tidak boleh berkahwin dengan jin atau orang bunian. Jadi secara jelas dunia fizikal dan Alam Ghaib tidak boleh bercampur dan perlu dipisahkan.
Akan tetapi, hakikatnya tidak begitu. Izinkan penulis gunakan ayat yang lebih mudah difahami dengan menggunakan analogi mudah – dunia realiti dan Alam Ghaib adalah umpama anyaman atau sulaman yang saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain. Kedua-dua dunia ini (realiti dan ghaib) adalah saling memerlukan dan kita tidak boleh kata dunia realiti lebih penting daripada Alam Ghaib atau sebaliknya. Point yang cuba penulis sampaikan adalah – dunia yang kita diami sekarang ini adalah kombinasi alam fizikal dan alam ghaib. Kita sebenarnya berkongsi dunia dengan entiti ghaib.
Kenapa penulis kata begitu? Mudah sahaja. Kita sebenarnya boleh berubah/memasuki dunia ghaib dan kembali ke alam fizikal semula. Dengan menggunakan istilah metafizik, kita boleh berubah jasad daripada jirim/jisim/atom kepada bentuk gelombang (wave) dan kembali semula kepada jasad fizikal. Proses perubahan ini dinamakan sebagai ‘Materialization’. Ahli silap mata seperti David Blaine dan juga Cyril amat mahir menggunakan ilmu ini dalam persembahan diorang [citation needed].
Akan tetapi proses perubahan itu tidaklah semudah seperti perubahan kimia yang lain. Ia memerlukan beberapa syarat tertentu – umpama seperti perlu bayar tol sebelum memasuki highway.
Antara cara dan teknik yang penulis pernah lihat dan alami sendiri ialah dengan mengubah getaran pada jasad kita. Seseorang itu perlu merendahkan kadar getaran (vibration/frequency) sehingga hampir sama dengan getaran alam ghaib. At one point kita akan dapat memasuki alam ghaib itu tapi cabaran dengan teknik ini adalah untuk mengekalkan getaran tersebut.
Berbalik kepada persoalan asal –apa itu Alam Misteri? Alam Misteri merujuk kepada dunia fizikal dan alam ghaib yang mempunyai hubung kait yang rapat dalam kehidupan seharian kita. Kita sering menggunakan hukum fizik dan ilmu sains untuk menerangkan fenomena kehidupan yang berlaku sekeliling kita, tetapi bagaimana kita nak explain fenomena ghaib yang berlaku? Macam mana nak explain tentang fenomena histeria? Bagaimana nak explain fenomena rasa seram sejuk ketika melalui kawasan perkuburan? Atau fenomena kena sampuk atau terkena badi?
Alam Misteri bukan berkaitan tentang hantu, momok atau segala entiti yang seringkali dianggap menakutkan tu. Bagi penulis, diorang pun makluk tuhan juga dan tidak sewajarnya ditakuti. Penulis petik kata-kata daripada saintis terulung Marie Curie:
Nothing in life is to be feared, it is only to be understood. Now is the time to understand more, so that we may fear less.
Dalam bahagian akan datang, penulis akan sambung dengan topik ‘Tenaga’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan