Salam dan bertemu kembali dalam bahagian ke dua dalam siri Selangkah Ke Alam Misteri. Jika ada pembaca yang baru mula membaca post ini, ada baiknya jika mula dengan membaca bahagian pertama.
Sebelum ini penulis bercerita tentang pengenalan Alam Misteri. Sekali lagi penulis tekankan di sini bahawa penulis tidak berminat dengan cerita tahyul atau hantu seram. Cuma penulis mahu kongsi pengetahuan tentang dunia yang kita duduki ni.
Untuk bahagian kedua ini, penulis nak bercerita tentang;
Tenaga
Tenaga atau dalam bahasa inggeris – Energy merupakan kuasa yang tidak boleh dilihat secara langsung. Ia boleh dikesan dan mempunyai kuantiti justeru itu ia boleh diukur. Sebelum itu, mari kita lihat Hukum Keabadian Tenaga:
Tenaga terkandung di dalam objek yang mempunyai jisim (mass). Seperti mana ciri atom, ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan – tenaga hanya boleh berubah bentuk
Hukum Keabadian Tenaga merupakan satu peraturan yang tidak dapat dinafikan dan rukun yang perlu dipegang oleh semua ahli fizik dan ahli sains. Kita tidak boleh dapat tenaga secara tiba-tiba. Kebanyakan tenaga yang kita peroleh sekarang adalah tenaga cahaya dan haba daripada matahari. No wonder la orang zaman pra-sejarah menyembah matahari.
Tenaga dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian:
- Tenaga haba
- Tenaga kimia
- Tenaga elektrik
- Tenaga elektromagnet
- Tenaga nuklear
- Tenaga magnetik
- Tenaga elastik (seperti getah)
- Tenaga bunyi
- Tenaga mekanikal atau tenaga kinetik
- Tenaga cahaya
Selain daripada berubah bentuk, tenaga boleh disimpan. Misalnya tenaga kimia yang terdapat dalam bateri dan boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik. Oleh kerana tenaga tersimpan di dalam objek/jasad yang mempunyai jisim, adakah setiap jasad/jisim mempunyai tenaga?
Setiap objek di dunia ini terdiri daripada 2 unsur: zarah (particle) atau gelombang (wave). Batu merupakan objek yang terdiri daripada atom dan zarah. Elektrik merupakan gelombang elektromagnet. Setiap zarah dan gelombang mempunyai tenaganya yang tersendiri.
Zarah dan atom boleh berubah menjadi tenaga dengan menggunakan belahan/pecahan atau (atau tenaga fission/nukluar). Tenaga yang dihasilkan oleh satu atom adalah SANGAT besar. Dengan menggunakan formula E = mc2, tenaga yang dihasilkan oleh satu 1 gram jirim/atom adalah:
So, the point is, hatta sekecil-kecil benda sekalipun, ia tetap mempunyai tenaga.
Ok, cukup dengan penjelasan sains. Apa kaitan subjek tenaga dengan Alam Misteri dan makhluk ghaib ini?
Cuba consider beberapa fenomena yang berkaitan dengan aktiviti paranormal ini:
- Imej hantu/entiti ghaib boleh dikesan dengan menggunakan peralatan elektronik (infrared/ultrasonic). Padahal tak nampak apa-apa pun masa ambil gambar tu. (Ada kaitan dengan tenaga elektromagnetik)
- Rasa sejuk/seram apabila berada di kawasan ‘berpenunggu’. (Ada kaitan dengan tenaga haba)
- Siaran radio / televisyen terganggu apabila aktiviti paranormal berlaku. (Sekali lagi, ada kaitan dengan tenaga magnetik)
- Terdengar bunyi/suara yang mengerikan. (Tenaga bunyi)
Jadi segala peristiwa yang dikatakan ‘paranormal’ itu sebenarnya adalah tanda kehadiran tenaga. Manusia biasanya takut dengan benda-perkara yang dia tidak tahu. So jika kita kata bahawa semua benda yang berlaku itu adalah kesan perubahan tenaga, kita dah tak takut lagi.
Pada post akan datang, penulis akan bercerita tentang Cara Otak Manusia Berfikir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan