Isnin, 30 Januari 2012

Berhijrah dari lembah Facebook ke daerah Twitter

Biar penulis buat pengakuan berani mati: Sebelum ini penulis tak mahu gunakan Twitter. Penulis rasakan Facebook dah cukup sebagai the one and only rangkaian sosial. Penulis buat Facebook page, badge dan widget berdasarkan Facebook.

Malangnya itu masih tidak cukup..

So malam tadi penulis membuat leap of faith dan register satu account Twitter. Penulis cuba eksperimen beberapa apps dengan N900 dan cuba link dengan Facebook.

Akhirnya, penulis dapat satu breakthrough baru: penulis boleh update status dari Twitter dan status tu akan dipaparkan di Facebook dan juga Blogger. So lepas ni penulis boleh abaikan Facebook dan fokus pada kerja-kerja grafik. Kalau nak update status, just buka apps Twitter dari N900.

Less surfing, more updating..

Khamis, 26 Januari 2012

Antara perkataan 'baru' dan 'baharu'

Apabila menulis karangan atau rencana, penulis sering keliru dengan penggunaan perkataan 'baru' dan juga 'baharu'. Pada kebiasaannya, penulis akan gunakan 'baru' untuk menerangkan sesuatu yang 'segar dari ladang' atau 'keluar dari kilang'. Bagi penulis, 'baru' adalah sinonim dengan 'new'.

'Baharu' atau 'bharu 'pula penulis gunakan apabila merujuk pada nama tempat. Misalnya Kuala Kubu Baharu, Kota Bharu atau Johor Bharu.

Malangnya, pemahaman penulis tentang perkataan 'baru' dan 'baharu' adalah salah sama sekali. Rupanya, perkataan 'baru' digunakan untuk merujuk kepada perkara berkaitan dengan masa. Misalnya:
    Ahmad baru sampai malam tadi

    Baru-baru ini, ramai orang yang mula menggunakan pengangkutan awam

    Baru sekejap tadi kereta Lancer tu melintas


Perkataan 'baharu' pula merujuk kepada benda yang 'new' atau 'renew'. Misalnya 'pembaharuan lesen', 'kereta baharu', atau 'sekolah baharu'.

Walaupun perkara ini agak janggal bagi penulis, tapi penulis rasa ia adalah perlu dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Sekarang, baru la penulis faham. Errr.. Silap.. 'Baharu' lah penulis faham.

Jumaat, 13 Januari 2012

Hatching, cross-hatching dan shading

Apabila penulis mula sketching permandangan atau objek. penulis tanpa sedar akan mula buat shading dan hatching. Seorang pensyarah masa penulis belajar dulu pernah berpesan supaya 'jangan shading dulu sebelum siapkan lukisan'. Tapi atas kesedaran itu juga penulis still shading dan hatching walaupun masa sketching.

Kenapa penulis shading dulu? Penulis bukan shading semata-mata hendak draw bayang-bayang, tapi lebih kepada nak capture form atau bentuk subjek. Rujuk gambar perut di bawah. AMARAN: JIKA ADA PEMBACA YANG RASA NAK MUNTAH TAK TAHAN BILA TENGOK ORGAN DALAMAN MANUSIA, SILA SKIP DAN SCROLL KE BAWAH.
Tak nampak? mari kita zoom sket:
Penulis gunakan teknik hatching untuk tonjolkan bentuk perut yang berselirat macam tali kasut tu. Urat dan efek air tu untuk kesan tambahan.

Penulis gunakan teknik shading untuk tonjolkan sifat permukaan yang smooth. Teknik shading ni payah sket untuk dipelajari, tapi ia memberi satu kelainan pada karya yang dihasilkan.
Beberapa tips untuk shading dan hatching:

  • Shading apabila gunakan media lembut seperti pensil atau arang. Jangan shading guna pen atau dakwat.
  • Hatching berpada-pada. Fokus pada shape, bukan bayang-bayang.
  • Jangan campurkan teknik shading dengan hatching sekaligus.
  • Shading untuk permukaan lembut, hatching untuk tonjolkan sifat dan tekstur permukaan.
  • Gunakan shading untuk lukisan tanpa artline. Teknik hatching sesuai untuk lineart, komik atau ilustrasi.
  • Fokus pada pencahayaan dan objek ketika shading. Pencahayan yang baik akan membantu menaikkan bentuk objek yang dilukis.

Selasa, 10 Januari 2012

Thanks, Forum Pergh! but no thanks


Penulis start berforum dalam tahun 2006 di Putera.com dan pada mulanya penulis berforum untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tesis projek tahun akhir. Somehow, penulis semakin aktif berforum dan mula join tapak forum lain seperti sifoo.com dan pergh.com.

Penulis percaya dengan kebebasan bersuara. Penulis merasakan bahawa idea dan pandangan perlu dikongsi bersama. Walaupun idea atau cadangan itu pada mulanya tidak berapa bernas, tapi dengan adanya perbincangan dan kritikan, idea itu akan menjadi bertambah baik dan boleh dipraktikkan.

Apa yang penulis nak ceritakan, penulis ada join KKP (Komik Komuniti Pergh!) dan penulis akui penulis cukup minat dengan aktiviti berkomik. Tapi ada satu post penulis yang mungkin agak keterlaluan dan tak sesuai untuk golongan kaum hawa. Dan kerana post itu juga penulis kena hentam dengan agak keras.

Penulis tak nafikan yang post tu agak keterlaluan, tapi ia bukan kali pertama berlaku. Ada gak ahli forum lain yang contribute komik yang berbaur unsur lucah tapi kenapa diorang tak kena hentam? Ada unsur pilih kasih kah?

Elemen macam ni la yang buatkan penulis tawar hati untuk terus post komik di KKP. Tiada atmosfera untuk mengembangkan kreativiti dan mentaliti. Suasana dan platform untuk berkongsi idea dan bakat menjadi pentas untuk mengkutuk dan menghapus semangat pendatang baru.

Walaupun ada yang minta penulis kembali berkarya semula, tapi penulis dah tak minat untuk kembali ke Pergh. Penulis lebih selesa post kan karya penulis di blog kecil ni..

Sabtu, 7 Januari 2012

Koleksi artwork menggunakan MyPaint

Untuk post kali ni penulis nak tunjukkan beberapa lukisan/lakaran yang penulis hasilkan dengan menggunakan perisian MyPaint. Walaupun perisian MyPaint ni dah lama penulis gunakan, tapi still tak ramai yang sedar akan kewujudan perisian ni. Apapun mari kita lihat beberapa lukisan yang penulis dah hasilkan dengan MyPaint.
 Proton Saga
Test drive MyPaint untuk Nokia N900 pada bulan Mac 2011. Nampak ada sebuah kereta proton saga depan mata, terus capai N900 dan sketch guna pencil brush.

 Buat layer baru dan warnakan guna wet brushes. Siap dalam 15 minit.

 Earth & Sky
Lukisan pertama yang penulis hasilkan dengan menggunakan perisian MyPaint. Walaupun masa ni MyPaint belum keluar fial release lagi, tapi penulis suka dengan koleksi brush yang banyak giler dan sangat responsif. Rasa macam lukis guna medium sebenar.

 Aku tengok Si Isteri tengok TV
Posing mahal macam ni jarang-jarang kita jumpa dalam kehidupan seharian.

 Misa Misa
Sketch untuk Pergh! Battle tapi tak siap.

 Emo + Hard Boiled
Sesekali layan warna monokrom bagus untuk develop form dan fokus pada keseluruhan lukisan tanpa perlu memikirkan kombinasi warna.

 Hand Sketch
Dah lama tak lukis tangan..


Scenery Hutan
Guna pencil brush dan teknik hatching.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link