Selasa, 24 Julai 2012

5 salah faham berkaitan dengan pereka grafik

At work
Ramai yang sering salah tafsir berkaitan dengan design dan seni reka bentuk. Ada juga designer yang selalu keliru berkaitan asas design dan prinsip rekaan. Penulis akan terangkan 5 salah faham berkaitan dengan pereka grafik.

1. Kerjaya sebagai designer/pereka grafik memang popular

Ramai yang anggap kerjaya designer ni popular dan glamor. Walaupun secara idealnya kerjaya designer ni memang popular, tapi realitinya susah nak jadi designer; apatah lagi nak jadi designer yang kaya. Jangan target untuk jadi budak grafik untuk publishing/printing. Kat situ memang neraka bagi budak grafik. Cuba kejar bidang kreatif (animasi, ilustrasi, CGI dan web design). Sekurang-kurangnya tak perlu tergesa-gesa nak kejar deadline.

2. Gambar dalam Google images adalah percuma dan boleh digunakan untuk diletakkan dalam design.

Maaf jika penulis katakan, sebenarnya kita tak boleh gunakan gambar dalam Google Images kerana kebanyakan gambar yang disenaraikan mempunyai hakcipta. Cuba perhatikan betul-betul.
Cabal
Pastikan kita lebih berhati-hati apabila menggunakan gambar daripada internet. Kalau kena saman, naya je.

3. Tak boleh cari makan kalau jadi freelance designer.

Boleh hidup dengan jadi freelance designer dengan syarat ikut disiplin dan komitmen dengan etika kerja. Walaupun begitu, penulis tidak galakkan sesiapa untuk jadi feelance designer.

4. Designer kena selalu ikut pakai baju yang bergaya dan ikut trend.

Walaupun ada designer yang suka pakai baju ikut fesyen semasa, tapi kebanyakan designer lebih suka pakai baju yang biasa. Ada syarikat yang tetapkan semua staff pakai baju kemeja lengan panjang bertali leher (termasuk designer). Ada juga syarikat yang beri kelonggaran agar semua staff pakai baju biasa asalkan berkolar.

5. Designer kena ada komputer power.

Secara amnya memang betul. Tetapi yang lebih penting adalah skill designer tu sendiri. Kalau setakat komputer je power, tak guna jugak. Penulis pernah design guna komputer Windows XP dengan 256MB RAM dan 64MB graphic card. Boleh je buat design guna Illustrator CS.
70161
Then again, kalau ada komputer yang laju ada baiknya. Kerja design akan siap dengan lebih cepat dan banyak masa dapat dijimatkan daripada tunggu Photoshop tu dok loading.

8 ulasan:

  1. hai penulis! saya setuju dengan pendapat penulis tentang graphic designer ni. tapi saya sebagai animation graduate, saya rasa keje dalam bidang animation atau bidang apa sekali pun, dateline tu tetap ada.

    dan pasal gambar, itu memang betul. seeloknya kita perlu mencari gambr yang datang dari .org .

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen tersebut. Ramai yang sering pandang rendah kepada student jurusan seni/grafik. Mereka anggap kerjaya designer/artist ni senang dan tak perlukan banyak modal. Guna Wacom je untuk buat drawing.

      By the way, nice blog. Mohon follow ye.

      I will follow you..

      Padam
  2. Oh terima kasih juga kerana sudi singgah di blog saya :)

    BalasPadam
  3. like...ssh kalo nk hasil kerja tu bagus, tp hardware nye ciput je......

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas info tersebut.. memandangkan saya akan ke langkah pereka grafik selepas ini.. insyaAllah.. walhal, saya lebih suka bekerja sebagai penyunting video.. heehhehe

    BalasPadam
  5. Salam tuan..
    berkenaan point no.2..

    biasanya dari mana kita nk ambil gambar yg tak da copyright..
    adakah melalui laman web stockphoto?

    boleh tuan huraikan sikit??

    TQ

    BalasPadam
  6. Kener banyak usaha jugak lah carik idea utk dptkan hasil yg bagus DLM bidang nie....

    BalasPadam
  7. Kener banyak usaha jugak lah carik idea utk dptkan hasil yg bagus DLM bidang nie....

    BalasPadam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link