Jumaat, 9 November 2012

Para designer, jangan biarkan orang lain ambil kesempatan

Sepanjang penulis berkecimpung dalam dunia design, sudah banyak ragam klien yang penulis hadapi. Ada klien yang baik. Ada juga klien yang banyak karenah. Tak kurang juga klien yang cerewet. Namun begitu, kita sebagai designer perlu menerima hakikat bahawa terdapat pelbagai jenis manusia di muka bumi ni, dan dunia design memang tidak boleh lari dari bertemu dengan orang lain.

Akan tetapi, designer juga kena ingat bahawa dunia design adalah berkaitan dengan dunia bisnes. Dalam dunia bisnes, ramai orang yang suka mengambil kesempatan.

Penulis beri satu contoh mudah:

"Awak designer kan? Saya ada satu peluang/job/projek untuk awak. Awak buatkan saya satu laman web. Saya tak bayar awak tetapi awak boleh letak nama awak dalam laman web tu. Jadi bila orang datang laman web saya, orang akan tahu awak yang buat laman web saya. Awak akan dapat lebih ramai klien dan awak akan jadi kaya!"

Pasti ramai designer pernah jumpa orang macam ni. Mereka cuba dapatkan khidmat daripada designer tanpa mahu mengeluarkan bayaran. Kita lihat ayat yang sama tetapi dengan sedikit twist.

"Awak penjual kereta kan? Saya ada satu cara untuk melariskan perniagaan awak. Awak berikan saya satu kereta. Saya tak bayar harga untuk kereta awak tapi saya akan letakkan nama syarikat awak di badan kereta saya. Bila orang tengok kereta saya, orang akan kenal syarikat awak. Awak akan dapat ramai klien dan jadi kaya!"

Penulis pernah terpedaya dengan taktik sebegini, dan malangnya hasilnya tidaklah memberangsangkan seperti yang disangka.

Satu lagi taktik yang perlu diawasi:

"Awak dah siapkan projek/laman web/ilustrasi yang saya nak? Bagusnya. Tetapi saya tak cukup duit nak bayar awak. Apa kata saya beri awak biskut/baju/hadiah/sebagai ganti? Barangan ni ada nilai tau?"

Kalau ada designer yang dengar alasan sebegini, jangan terpedaya. Biskut/baju/hadiah tidak dapat membayar sewa rumah atau bil elektrik. Pastikan mereka bayar dengan jumlah wang yang dipersetujui sebelumnya.

"Awak kan designer. Designer tak susah pun. Awak edit-edit guna komputer je kan? Kenapa nak cas sampai mahal-mahal. Anak saya pun boleh buat macam ni."

Kerja design bukan mudah, dia ia pastinya bukan percuma. Walaupun designer bekerja dengan menggunakan komputer, tetapi designer lebih cenderung menggunakan imaginasi dan kreativiti. Bukannya ketuk-ketuk keyboard dah keluar design.

Satu lagi contoh:

"Apa kata awak beri saya beberapa contoh logo untuk syarikat saya. Saya akan pilih logo yang saya suka. Lepas tu baru saya bayar awak"

Elakkan terpedaya dengan klien macam ni. Lepas dia dapat logo yang dia nak, dia takkan hubungi designer tu lagi dan akan gunakan logo tu di laman web/name/card papan tanda depan kedai tanpa rasa segan silu.

Apa yang penulis cuba sampai adalah; sentiasa berhati-hati dengan klien. Tak salah percayakan klien dan berbuat baik kepada klien, tetapi jangan sampai klien ambil kesempatan. Penulis tidak mahu designer dipandang rendah dan penulis tidak mahu orang lain alami apa yang penulis pernah alami.

1 ulasan:

  1. Slots Online & Real Money | DrmCD
    Check out our list of the 속초 출장샵 Best Casino Games 세종특별자치 출장마사지 in the USA with Free Spins and No Deposit 대전광역 출장샵 Required! We also provide real 평택 출장안마 money slot games for you 용인 출장샵

    BalasPadam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link