Persoalannya, bagaimana hendak mencuba tablet Note 10.1 tanpa perlu membeli tablet tersebut?
Projek Android x86 dibangunkan untuk menjalankan aplikasi android di netbook. Ia boleh digunakan sebagai 'emulator' untuk tablet Android.
Pada mulanya penulis sangkakan Android x86 adalah sama seperti aplikasi android yang lain seperti BlueStack, VMware atau Android SDK.
Ternyata penulis silap.
Android x86 adalah sama seperti Android sebenar cuma lebih optimized untuk netbook. Semua aplikasi boleh digunakan dan instead of gunakan touch screen, Android x86 gunakan keyboard dan tetikus. So, gesture seperti swipe dan pinch tidak dapat digunakan.
Penulis gunakan peluang ini untuk cuba kebanyakan aplikasi yang penulis minat seperti Twitter dan Facebook. Penulis juga cuba install aplikasi tambahan seperti Blogger dan Google Current. In fact, penulis post blog ini juga menggunakan apps Blogger. Pretty cool.
Game faveret seperti Angry Birds juga berjalan dengan lancar dan smooth. Tiada senggut-senggut macam emulator Android yang lain.
Kelemahan yang paling ketara adalah saiz. Bayangkan device android yang sebesar netbook. Berat pulak tu. Susah nak bawa ke sana ke mari. Tetapi oleh kerana saiz baterinya besar, maka uptime nya adalah lebih lama.
Sekarang kalau penulis pergi kedai makan, penulis akan bukak netbook sambil run Android x86. Tak ramai lepas tu, sure ramai yang ushar tengok.
Android x86 adalah OS yang sesuai untuk netbook. Jika anda seorang pengguna internet tegar tetapi tiada budget untuk beli tablet baru, Android x86 mungkin jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan