Memaparkan catatan dengan label N900. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label N900. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

Anatomy quick sketch



Cukup la latihan anatomi untuk hari ini..

Isnin, 27 Ogos 2012

Koleksi karya baru – Rear lamp series

reventonThumbPenulis sekarang sedang cari inspirasi baru untuk berkarya. Penulis akan memulakan koleksi karya baru bertemakan kenderaan. Namanya Rear lamp series; ia merupakan siri lukisan/lakaran lampu belakang kereta.
Kenapa lukis lampu belakang kereta?
Kerana lampu belakang kereta merupakan bahagian yang paling kerap dilihat oleh pemandu yang lain. Ia merupakan sebahagian daripada identti kenderaan tersebut. Pada masa yang sama ia juga berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu di belakang.
Lampu belakang kenderaan adalah contoh gabungan yang baik antara fungsi dan bentuk (form & function). Sambung baca untuk lihat lukisan/lakaran yang penulis telah hasilkan.

Isnin, 13 Ogos 2012

Denliner

Penulis baru je habis tonton Kamen Rider Den-O semalam (dengan movie nya sekali). Entah macam mana penulis rasa gatal tangan nak melukis Denliner yang futuristik ni.

Selepas 30 minit melukis menggunakan MyPaint dalam N900 penulis, maka ini lah hasilnya:

DenLiner

Efek gradient dan cropping penulis buat dalam Photoshop. Lepas ni nak sambung Kamen Rider lain pulak.

Henshin!

Khamis, 2 Ogos 2012

Quick sketch Gunung Berapi

Penulis baru lepas tengok National Geographic pasal gunung berapi. Penulis terus capai N900 dan conteng guna MyPaint.

Volcano

Penulis masih struggle dalam pemilihan warna tapi penulis akan terus berlatih untuk baiki skill melukis.

Isnin, 20 Februari 2012

Contengan digital 2



penulis sukakan warna yang terang dan sapuan berus yang jelas. No more smudge atau blur.

MyPaint 0.9 dan N900 - 20 minit

Ahad, 19 Februari 2012

Susahnya melukis dalam LRT



KLCC - dilukis dalam LRT aliran Ampang. Nak buat garisan lurus pun susah.

Khamis, 9 Februari 2012

Sabtu, 7 Januari 2012

Koleksi artwork menggunakan MyPaint

Untuk post kali ni penulis nak tunjukkan beberapa lukisan/lakaran yang penulis hasilkan dengan menggunakan perisian MyPaint. Walaupun perisian MyPaint ni dah lama penulis gunakan, tapi still tak ramai yang sedar akan kewujudan perisian ni. Apapun mari kita lihat beberapa lukisan yang penulis dah hasilkan dengan MyPaint.
 Proton Saga
Test drive MyPaint untuk Nokia N900 pada bulan Mac 2011. Nampak ada sebuah kereta proton saga depan mata, terus capai N900 dan sketch guna pencil brush.

 Buat layer baru dan warnakan guna wet brushes. Siap dalam 15 minit.

 Earth & Sky
Lukisan pertama yang penulis hasilkan dengan menggunakan perisian MyPaint. Walaupun masa ni MyPaint belum keluar fial release lagi, tapi penulis suka dengan koleksi brush yang banyak giler dan sangat responsif. Rasa macam lukis guna medium sebenar.

 Aku tengok Si Isteri tengok TV
Posing mahal macam ni jarang-jarang kita jumpa dalam kehidupan seharian.

 Misa Misa
Sketch untuk Pergh! Battle tapi tak siap.

 Emo + Hard Boiled
Sesekali layan warna monokrom bagus untuk develop form dan fokus pada keseluruhan lukisan tanpa perlu memikirkan kombinasi warna.

 Hand Sketch
Dah lama tak lukis tangan..


Scenery Hutan
Guna pencil brush dan teknik hatching.

Isnin, 26 Disember 2011

Phone N900



Seperti mana yang penulis telah sedia maklum, penulis baru je tukar telefon daripada Nokia 5300 kepada Nokia N900. Pertukaran ini bukan sesuatu yang mudah kerana penulis jarang sangat menukar telefon melainkan jika ada peristiwa atau aktiviti tertentu: Nokia pertama yang penulis dapat adalah selepas penulis abis SPM, Nokia 3310 penulis beli bila masuk USM, Nokia 5330 dibeli dengan duit gaji pertama; dan Nokia N900 ini dibeli sempena perkahwinan penulis dengan, well, isteri penulis (duh..).

Persoalan pertama yang penulis terima bila orang tengok telefon N900 ini adalah: kenapa N900? Kenapa bukan Android?

Untuk menjawap persoalan tu, ia berbalik kepada list apa yang penulis nak dalam sesebuah device atau gajet. Penulis suka chatting dan perlukan device yang boleh memudahkan 'aktiviti' chat penulis. Penulis ada wifi dan perlukan device yang boleh disambungkan dengan wifi. Penulis banyak guna emel dan perlukan device yang boleh terima dan hantar emel. Penulis mahukan device yang boleh intergrate contact dan calendar dengan seamless dan syncronized tak kira di mana sahaja. Device tu juga perlu boleh download dan install apps.

Tapi semua fungsi tu ada dalam telefon Android. Kenapa penulis pilih Maemo Nokia N900 gak?

Pertama sekali, N900 bukanlah sebuah telefon. Ia adalah sebuah internet tablet dan mobile computer. Sama seperti Nokia N Series yang lain (ingat lagi N95 dan N800?). Ia lebih kepada Communicator tapi dengan fungsi buat panggilan. So no wonder N900 tidak perfect sebagai sebuah telefon.

Yang kedua, N900 menggunakan OS Linux. Android juga sebahagian dari Linux tetapi N900 gunakan library, dependency dan repository sepertimana distro Linux yang lain.

Tapi fungsi N900 yang berjaya kalahkan phone Android yang lain adalah touch screen yang ada pressure sensitive. Sangat perfect untuk melukis outdoor dan sketching. Penulis cuba compare dengan Samsung Galaxy Note, tapi rasanya Galaxy Note besar sangat (skrin pun terang giler). Respon time pun lambat sket, walaupun guna processor 1.4GHz.

Lepas gunakan N900 ni selama 2 minggu, penulis dapat rasakan produktiviti penulis semakin meningkat. Dah kurang masa online kat Facebook (sebab post dan contact Facebook merge sekali dengan contact dalam phone), aktiviti blogging makin aktif, nak chat pun senang. Cuma probz bila orang call sebab kena touch skrin untuk angkat phone.

Anyway, penulis puas hati sangat dengan N900 ni dan maybe penulis akan gunakan phone ni untuk masa yang lama. Ok, masa untuk sambung melukis dengan MyPaint plak..

P/S: Nokia 5300 penulis dah jadi alam clock dan sebagai kamera untuk ambil gambar sahaja. Thanx 5300..

Rabu, 21 Disember 2011

Lukisan sebab order tak sampai-sampai

Dekat sejam tunggu order makan tak sampai-sampai. Sempat siapkan lukisan potret kawan sendiri lagi..
SketchFaizul
VivaSketch
Lepas ni nak buat lukisan berwarna plak...

Isnin, 19 Disember 2011

Lakaran abstrak

Suatu hari, adik ipar penulis gunakan N900 penulis untuk buat contengan dalam MyPaint. Entah bagaimana lakaran yang dihasilkan ada nilai estetika. Garisan, warna dan olahan jalinannya sangat menarik. Adakah ini bermakna orang yang tiada bakat juga boleh menghasilkan karya seni?


Penulis biarkan persoalan itu kepada pembaca.

Sabtu, 17 Disember 2011

Lakaran waktu makan kenduri


Satu lagi lakaran bila ternampak design jam yang pelik.


Itu sahaja buat masa ini.

Jumaat, 16 Disember 2011

Lakaran dengan garisan

Kebanyakan pelukis muda akan cuba mulakan lukisan dengan melakarkan garisan luar, atau outline. Walaupun cara ni tak salah, tapi godaan untuk memadamkan outline akan bertambah, dan sebarang usaha memadamkan outline akan merosakkan lukisan yang hampir siap.

Satu cara untuk mengatasi masalah outline ni adalah dengan mengabaikan outline sekaligus. Buat lakaran berdasarkan bentuk dan rupa. Cuba gambarkan bentuk subjek dan rakamkan nilai value. Kaedah ini akan membuka dimensi baru dalam menghasilkan lukisan.

Rabu, 14 Disember 2011

Sketches waktu lunch

Sketching dengan MyPaint sementara tunggu lunch sampai.
I love MyPaint & N900!!

Takkan baca je? Komen sikit..

Link