Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2011

Selangkah Ke Alam Misteri-Bahagian 3

Dalam bahagian pertama dan bahagian kedua siri Selangkah Ke Alam Misteri ni, penulis dah bercerita tantang sains dan juga tenaga. So far nampaknya segala yang berkaitan dengan entiti ghaib dan juga tahyul mahyul ini dapat dijelaskan dengan menggunakan penjelasan sains. Kali ini penulis nak bercerita tentang

Cara Otak Manusia Berfikir

Bagaimana kita berfikir? Bagaimana kita mendapat maklumat dan bagaimana kita memproses maklumat yang kita terima? Bagaimana kita bereaksi apabila mendapat maklumat baru? Apa kaitannya otak kita dengan Alam Misteri? Semua ini dan banyak lagi akan penulis ceritakan sebentar lagi.

Sebelum itu, mari kita kenali otak manusia dengan lebih dekat.

Otak adalah pusat sistem saraf bagi semua makhluk vertebrata dan kebanyakan makhluk  inverterbrata. Otak memproses maklumat melalui deria seperti deria penglihatan, sentuhan atau rasa. Sesetengah haiwan mempu mengesan lebih daripada deria yang ada pada manusia (ikan mempunyai deria keenam yang mempu mengesan objek di sekelilingnya – sebab tu ikan dapat berenang dalam satu kumpulan besar tanpa berlanggar antara satu sama lain).

Otak terdiri daripada beberapa bahagian utama – Frontal Lobe, Occipital Lobe, Parietal Lobe, Temporal Lobe, Brainstem, dan Cerebellum Otak merupakan suatu organ yang sangat kompleks. Cerebral cortex (bahagian yang mengawal ingatan dan memori) mempunyai kira-kira 15-33 billion neurons dan bersambung dengan kira-kira 10,000 synapse.

Apabila otak mendapat maklumat baru, maklumat itu akan disimpan di dalam cerebral cortex dan jalinan neuron akan dibina. Semakin banyak ikatan dan jalinan antara neuron, semakin mudah kita mengingat sesuatu benda. Actually benda ni semua orang tahu daripada iklan susu untuk kanak-kanak.

Iklan susu yang menerangkan fungi otak secara tidak langsung

Otak kita juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan juga otak kiri. Secara amnya, otak kanan berfungsi untuk:

    • Imaginasi
    • Berfikir secara kreatif
    • Irama
    • Khayalan
    • Emosi
    • Ilham
    • Intuisi (gerak hati)
    • Warna
    • Muzik
    • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Manakala otak kiri pula berfungsi untuk:

    • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
    • Menyimpan data dan fakta
    • Menganalisis
    • Memahami logik, bahasa dan matematik
    • Berfikir menurut turutan

Sekali lagi, apa kaitannya cara otak berfikir dengan entiti ghaib/paranormal ini. Otak manusia cenderung untuk menafsir sesuatu maklumat dengan sesuatu yang diketahuinya. Cuba consider dialog ini:

  • “Muka kau ni macam muka Ibrahim. Kau anak Ibrahim Bachik ke?”
  • “Air ni rasa macam air 100 Plus je”
  • “Aku nampak awek cun semalam. Muka cun giler macam Fasha Sanda”
  • “Ko jangan guna Pentium. Aku dah guna Pentium 4 dulu. Sekejap je dah rosak. baik ko guna AMD”

Otak kita cenderung untuk merujuk benda yang baru dengan maklumat yang telah diterima. Apabila kita lihat tanah dan rumput basah, kita dengan cepat akan simpulkan bahawa hujan baru turun. Kalau nampak kaca dan kesan tayar di tengah jalan, kita dengan cepat buat kesimpulan bahawa ada kemalangan jalanraya di hadapan.

Sama ada kita sedar atau tidak, otak kita sendiri yang ‘mewujudkan’ entiti ghaib ini. Cuba lihat gambar di bawah:

Gambar-gambar ni pernah ‘menggegarkan’ media negara satu ketika dulu. ‘Nampak macam muka orang’ katanya. Maka pelbagai andaian dibuat mengatakan ada orang mati kat situ la, ada roh nak balas dendam la, ada makhluk asing nak bagi mesej la.

Secara teorinya, kebanyakan orang yang nampak ‘rupa' orang’ pada objek ini adalah orang yang banyak berfikir/menggunakan otak kanan. Orang yang berfikir dengan otak kiri biasanya tak nampak sangat atau nampak sikit-sikit je.

Apabila kita nampak benda/objek yang kelihatan seperti ada mata, hidung dan mulut, dengan pantas otak kita akan simpulkan ia sebagai ‘rupa’ atau ‘muka’ orang. Begitu juga apabila kita terdengar bunyi yang nyaring dan bingit, kita ingatkan bunyi perempuan mengilai. Bila dengar bunyi seakan-akan berderap, kita ingatkan bunyi tapak kaki. Bunyi burung belatuk patuk pokok kita ingatkan bunyi ada orang ketuk pintu.

Kadang-kadang otak kita akan memberi tafsiran yang berbeza dengan apa yang kita tahu. Dalam kes ini, deria kita yang ‘menipu’ kita, menyebabkan kita berfikir sebaliknya. Penulis bagi contoh yang paling mudah:

Ramai orang yang nampak ada segi tiga putih di tengah-tengah. Tetapi apabila 3 bulatan itu dihilangkan, segi tiga putih itu juga hilang. Mengapa? Bagaimana kita boleh nampak ada segi tiga putih di tengah-tengah?

Penulis bagi contoh lagi. Kenapa ramai orang takut bila nampak benda putih tepi jalan? Kalau ada benda bergerak kat langit, kira UFO ker?

(Objek itu adalah CCTV)

(Bukan itu awan gak ke? Duhh..)

Boleh nampak tak kaitan antara entiti ghaib dan juga otak? Sekali lagi penulis nyatakan di sini bahawa kebanyakan entiti ghaib dan aktiviti paranormal yang berlaku adalah kerana salah tafsiran otak manusia terhadap perkara yang tidak difahaminya atau dengan kata lain – salah tafsiran.

Akan tetapi, adakah ini bermakna entiti ghaib ini tidak wujud? Penulis akan sambung lagi dalam bahagian akan datang. Stay tune.

Sabtu, 17 September 2011

Selangkah ke Alam Misteri-Bahagian 2

Salam dan bertemu kembali dalam bahagian ke dua dalam siri Selangkah Ke Alam Misteri. Jika ada pembaca yang baru mula membaca post ini, ada baiknya jika mula dengan membaca bahagian pertama.

Sebelum ini penulis bercerita tentang pengenalan Alam Misteri. Sekali lagi penulis tekankan di sini bahawa penulis tidak berminat dengan cerita tahyul atau hantu seram. Cuma penulis mahu kongsi pengetahuan tentang dunia yang kita duduki ni.

Untuk bahagian kedua ini, penulis nak bercerita tentang;

Tenaga

Tenaga atau dalam bahasa inggeris – Energy merupakan kuasa yang tidak boleh dilihat secara langsung. Ia boleh dikesan dan mempunyai kuantiti justeru itu ia boleh diukur. Sebelum itu, mari kita lihat Hukum Keabadian Tenaga:

Tenaga terkandung di dalam objek yang mempunyai jisim (mass). Seperti mana ciri atom, ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan – tenaga hanya boleh berubah bentuk

Hukum Keabadian Tenaga merupakan satu peraturan yang tidak dapat dinafikan dan rukun yang perlu dipegang oleh semua ahli fizik dan ahli sains. Kita tidak boleh dapat tenaga secara tiba-tiba. Kebanyakan tenaga yang kita peroleh sekarang adalah tenaga cahaya dan haba daripada matahari. No wonder la orang zaman pra-sejarah menyembah matahari.

Tenaga dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian:

  1. Tenaga haba
  2. Tenaga kimia
  3. Tenaga elektrik
  4. Tenaga elektromagnet
  5. Tenaga nuklear
  6. Tenaga magnetik
  7. Tenaga elastik (seperti getah)
  8. Tenaga bunyi
  9. Tenaga mekanikal atau tenaga kinetik
  10. Tenaga cahaya

Selain daripada berubah bentuk, tenaga boleh disimpan. Misalnya tenaga kimia yang terdapat dalam bateri dan boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik. Oleh kerana tenaga tersimpan di dalam objek/jasad yang mempunyai jisim, adakah setiap jasad/jisim mempunyai tenaga?

Setiap objek di dunia ini terdiri daripada 2 unsur: zarah (particle) atau gelombang (wave). Batu merupakan objek yang terdiri daripada atom dan zarah. Elektrik merupakan gelombang elektromagnet. Setiap zarah dan gelombang mempunyai tenaganya yang tersendiri.

Zarah dan atom boleh berubah menjadi tenaga dengan menggunakan belahan/pecahan atau (atau tenaga fission/nukluar). Tenaga yang dihasilkan oleh satu atom adalah SANGAT besar. Dengan menggunakan formula E = mc2, tenaga yang dihasilkan oleh satu 1 gram jirim/atom adalah:

89.9 terajoules
25.0 juta kilowatt-hours (≈25 GW·h)
21.5 billion kilocalories (≈21 Tcal) (satu ketul ayam KFC baru ada 353 calori)
85.2 billion BTUs

So, the point is, hatta sekecil-kecil benda sekalipun, ia tetap mempunyai tenaga.

Ok, cukup dengan penjelasan sains. Apa kaitan subjek tenaga dengan Alam Misteri dan makhluk ghaib ini?

Cuba consider beberapa fenomena yang berkaitan dengan aktiviti paranormal ini:

  • Imej hantu/entiti ghaib boleh dikesan dengan menggunakan peralatan elektronik (infrared/ultrasonic). Padahal tak nampak apa-apa pun masa ambil gambar tu. (Ada kaitan dengan tenaga elektromagnetik)
  • Rasa sejuk/seram apabila berada di kawasan ‘berpenunggu’. (Ada kaitan dengan tenaga haba)
  • Siaran radio / televisyen terganggu apabila aktiviti paranormal berlaku. (Sekali lagi, ada kaitan dengan tenaga magnetik)
  • Terdengar bunyi/suara yang mengerikan. (Tenaga bunyi)

Jadi segala peristiwa yang dikatakan ‘paranormal’ itu sebenarnya adalah tanda kehadiran tenaga. Manusia biasanya takut dengan benda-perkara yang dia tidak tahu. So jika kita kata bahawa semua benda yang berlaku itu adalah kesan perubahan tenaga, kita dah tak takut lagi.

Pada post akan datang, penulis akan bercerita tentang Cara Otak Manusia Berfikir.

Jumaat, 16 September 2011

Selangkah ke Alam Misteri–Bahagian 1

Pertama sekali, penulis ingin minta maaf jika post kali ini berlainan daripada post-post sebelum ini. Iyer la, biasanya penulis tulis tentang karya seni, programming dan juga ulasan filem; tetapi kali ini penulis bercakap tentang Alam Misteri plak. Mungkin ada pembaca yang berminat tentang dunia misteri / mistik / khayal / tahyul / ghaib / paranormal ni, tapi apa yang penulis cuba sampaikan di sini adalah berdasarkan daripada pengalaman dan peristiwa yang penulis alami sendiri.

 

Takkan baca je? Komen sikit..

Link