Jumaat, 7 Disember 2012
Sumber Inspirasi: Lakaran automotif
Rabu, 5 Disember 2012
Sumber Inspirasi: Koleksi name card
Jumaat, 9 November 2012
Para designer, jangan biarkan orang lain ambil kesempatan
Akan tetapi, designer juga kena ingat bahawa dunia design adalah berkaitan dengan dunia bisnes. Dalam dunia bisnes, ramai orang yang suka mengambil kesempatan.
Penulis beri satu contoh mudah:
"Awak designer kan? Saya ada satu peluang/job/projek untuk awak. Awak buatkan saya satu laman web. Saya tak bayar awak tetapi awak boleh letak nama awak dalam laman web tu. Jadi bila orang datang laman web saya, orang akan tahu awak yang buat laman web saya. Awak akan dapat lebih ramai klien dan awak akan jadi kaya!"
Pasti ramai designer pernah jumpa orang macam ni. Mereka cuba dapatkan khidmat daripada designer tanpa mahu mengeluarkan bayaran. Kita lihat ayat yang sama tetapi dengan sedikit twist.
"Awak penjual kereta kan? Saya ada satu cara untuk melariskan perniagaan awak. Awak berikan saya satu kereta. Saya tak bayar harga untuk kereta awak tapi saya akan letakkan nama syarikat awak di badan kereta saya. Bila orang tengok kereta saya, orang akan kenal syarikat awak. Awak akan dapat ramai klien dan jadi kaya!"
Penulis pernah terpedaya dengan taktik sebegini, dan malangnya hasilnya tidaklah memberangsangkan seperti yang disangka.
Satu lagi taktik yang perlu diawasi:
"Awak dah siapkan projek/laman web/ilustrasi yang saya nak? Bagusnya. Tetapi saya tak cukup duit nak bayar awak. Apa kata saya beri awak biskut/baju/hadiah/sebagai ganti? Barangan ni ada nilai tau?"
Kalau ada designer yang dengar alasan sebegini, jangan terpedaya. Biskut/baju/hadiah tidak dapat membayar sewa rumah atau bil elektrik. Pastikan mereka bayar dengan jumlah wang yang dipersetujui sebelumnya.
"Awak kan designer. Designer tak susah pun. Awak edit-edit guna komputer je kan? Kenapa nak cas sampai mahal-mahal. Anak saya pun boleh buat macam ni."
Kerja design bukan mudah, dia ia pastinya bukan percuma. Walaupun designer bekerja dengan menggunakan komputer, tetapi designer lebih cenderung menggunakan imaginasi dan kreativiti. Bukannya ketuk-ketuk keyboard dah keluar design.
Satu lagi contoh:
"Apa kata awak beri saya beberapa contoh logo untuk syarikat saya. Saya akan pilih logo yang saya suka. Lepas tu baru saya bayar awak"
Elakkan terpedaya dengan klien macam ni. Lepas dia dapat logo yang dia nak, dia takkan hubungi designer tu lagi dan akan gunakan logo tu di laman web/name/card papan tanda depan kedai tanpa rasa segan silu.
Apa yang penulis cuba sampai adalah; sentiasa berhati-hati dengan klien. Tak salah percayakan klien dan berbuat baik kepada klien, tetapi jangan sampai klien ambil kesempatan. Penulis tidak mahu designer dipandang rendah dan penulis tidak mahu orang lain alami apa yang penulis pernah alami.
Selasa, 4 September 2012
Review OS Meego untuk netbook
Selasa, 21 Ogos 2012
Font minggu ini: Trebuchet MS
Trebuchet MS adalah font sans serif yang direka oleh Vincent Connare pada tahun 1996. Ia dipanggil ‘Trebuchet’ yang bermaksud ‘lastik gergasi’.
Antara ciri-ciri font Trebuchet MS:
- Huruf M yang condong sebanyak 10ยบ daripada garis menegak.
- Huruf Q yang mempunyai ‘ekor’.
- Huruf A yang agak rendah.
- Titik pada huruf i dan j adalah berbentuk bulatan.
- Hujung huruf l yang sedikit melengkung.
Microsoft merujuk Terbuchet MS sebagai font yang baik untuk laman web.
Font Trebuchet juga merupakan font untuk title bar bagi Windows XP.
Trebuchet MS merupakan font default bagi Windows sejak WIndows 2000. Ia juga boleh didapati dalam Mac OS X dan iOS.
Jumaat, 17 Ogos 2012
Font minggu ini: Arial & Helvetica (keputusan)
Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?
Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?
Selasa, 14 Ogos 2012
Font minggu ini: Arial & Helvetica
Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?
Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?
Penulis akan beri jawapannya dalam 2 hari.
Jumaat, 10 Ogos 2012
Font minggu ini: Facebook
Logo Facebook adalah antara logo yang dikenali ramai. Sekali imbas je dah tahu ni logo Facebook. Mungkin ramai yang cuba untuk create balik logo Facebook ni, tapi tak tahu jenis font yang digunakan.
Rabu, 8 Ogos 2012
Font minggu ini: Rockwell
Kali ini penulis nak perkenalkan font yang agak elegan dan menonjol; Rockwell. Rockwell termasuk dalam kategori font slab serif dengan serif lurus, tidak seperti font serif yang lain. Ciri unik ini menjadikan font Rockwell sesuai untuk text yang pendek atau menu laman web.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan font Rockwell:
Tips berkaitan font Rockwell:
- Rockwell bukan tergolong dalam web-safe font. Font Rockwell di install bersama program Microsoft Office.
- Jangan gunakan Rockwell untuk text yang panjang. Elakkan penggunaan Rockwell dalam perenggan.
- Rockwell ada pelbagai variasi seperti Rockwell Extra Bold dan Rockwell Condensed.
- Rockwell adalah pilihan yang baik untuk image typography.
Jumaat, 27 Julai 2012
Webdesign menggunakan Adobe Fireworks
Rabu, 25 Julai 2012
Design mockup laman web dengan Adobe Fireworks
Penulis sering mencari perisian yang membolehkan designer untuk membuat mockup laman web dengan cepat dan mudah. Sebelum ini penulis menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk buat layout laman web. Akan tetapi Illustrator tidak berapa mesra dengan fail bitmap walaupun fail Illustrator adalah kecil dan mudah untuk diedit.
Selepas jemu gunakan Illustrator, penulis gunakan Adobe Photoshop untuk buat mockup website. Tetapi masalah dengan Adobe Photoshop pulak adalah susah nak hasilkan layout yang clean. Tambahan pula Photoshop tak sesuai untuk fail yang mempunyai banyak layer.
Tak berapa lama kemudian penulis cuba gunakan Adobe Fireworks. Akhirnya, satu software yang boleh handle vector dan bitmap tanpa perlu buka perisian lain. Hasilnya satu artwork yang sharp dan sebijik macam final design.
Klik imej untuk lihat dengan saiz lebih besar.
Part yang paling best adalah kita boleh export artwork/design dalam bentuk HTML dan CSS. Memang cool perabis.
Ada pembaca yang pernah cuba perisian ni? Ada komen atau mahu berkongsi pengalaman? Jangan segan-segan untuk berikan komen di ruangan di bawah. Selamat mendesign.
Khamis, 19 Julai 2012
Tips untuk jadi pereka grafik
Nak jadi designer? Tak tahu macam mana nak jadi designer? Penulis akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjadi seorang pereka grafik
Dapatkan pendidikan formal dalam Graphic Design.
Kebanyakan syarikat di Malaysia mementingkan pencapaian akademik sebelum diterima bekerja. At least dapatkan sijil kursus Photoshop atau diploma.
Beli buku grafik.
Tambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia senireka dan rekabentuk. Bukan semua ilmu boleh didapati dari internet.
Jadi pengumpul/simpan library sendiri.
Jika jumpa gambar/foto yang boleh dijadikan rujukan, copy dalam hard disk dan organize supaya senang untuk dicari kelak. Ia boleh menjadi sumber rujukan atau inspirasi pada masa akan datang. Patung action figure tidak termasuk dalam kategori ini.
Join forum dan topik yang berkaitan dengan seni/rekabentuk.
Ambil ilmu daripada otai-otai dan para sifoo. Pergh.com dan Putera adalah forum yang masih aktif. Kalau ada yang tak jelas, tanya je kat forum. Malu bertanya sesat jalan.
Ambil gambar banyak-banyak.
Study gambar yang diambil dan kenalpasti kelemahan daripada gambar tu. Perbaiki kemahiran mengambil gambar. Ia adalah latihan yang baik untuk menajamkan tumpuan dan komposisi. Share dengan orang lain dan dapatkan komen.
Jangan takut dengan kritikan.
Tak ramai designer yang boleh menerima kritikan. Ramai juga yang susah nak mengaku kelemahan sendiri. Dalam dunia pekerjaan sebenar, kritikan daripada klien adalah benda yang tidak boleh dielakkan. Sapa yang tak bengang kalau design yang kita buat dengan susah payah tu dikomen sesedap rasa. Lepas tu kena ubah plak. Anggap je semua komen dan kritikan tu macam ubat makjun yang pahit tapi perlu ditelan untuk memajukan diri.
Cuba baiki design yang lama.
Jika ada masa terluang, cuba lihat semula project design yang pernah dibuat dan cuba buat semula projek tu. Jangan rasa malu dengan projek yang lama. Cuba kenalpasti masalah dalam design yang lama dan elakkan ia daripada berlaku dalam design akan datang.
Buat lakaran dalam skethbook.
Designer kena pandai menterjemahkan idea dalam bentuk lukisan yang boleh difahami oleh orang lain. Sketchbook adalah medium yang amat sesuai untuk menyimpan idea dan ia sekaligus membantu kemahiran melukis.
Khamis, 15 Mac 2012
Sumber Inspirasi 3 – Tipografi kreatif
Dalam post kali ini, penulis akan berkongsi beberapa contoh tipografi yang penulis
Rabu, 22 Februari 2012
Design mobile apps
Projek tahun lepas. Masih dalam pembangunan dan development. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian..
Isnin, 13 Februari 2012
Logo Photohop yang baru?
ADOBE PHOTOSHOP 2.0!
Penulis tak pasti samada logo ini logo mockup student praktikal Adobe atau logo dari user Deviantart, tapi yang pastinya efek gel dan aqua ala Mac OS X tu kelihatan sangat ketara. Penulis paling tak tahan dengan lubang kat tengah tu.
Penulis boleh cuba menjadi rasional sejeap. Mungkin logo ini mewakili huruf P yang stylize. Mungkin warna biru aqua tu adalah warna tema baru bagi Photoshop. Mungkin..
Tapi seriuously, makin lama penulis tengok logo ni, makin rasa tak masuk akal. Kenapa perlu berbentuk macam icon iChat? Apakah motif logo tu macam rupa bentuk dialog? Ada fungsi chatting kah?
Bagi penulis, ini bukanlah logo/icon yang penulis nak tengok untuk jangka masa yang lama. Penulis tak boleh bayangkan kalau logo Photoshop ni ada dekat desktop/start menu penulis.
Penulis sambung lain kali pulak. Mata penulis rasa macam nak terbakar bila tengok logo ni lelama..
Jumaat, 23 Disember 2011
Elemen seni - Rupa
Selasa, 20 Disember 2011
Design layout website
Last sekali adalah redesign portal FINAS. Masih lagi dalam fasa mencari idea tapi dari arah tuju sekarang lebih kepada nak memudahkan layout dan kurangkan clutter dalam portal FINAS sekarang. Kalau nak buat perbandingan, lihat portal FINAS sekarang ni.
Kalau ada sebarang perkembangan terbaru, penulis akan ceritakan lagi.
Ahad, 20 November 2011
Elemen seni - Garisan
Garisan adalah pergerakan satu-satu titik di atas satu-satu permukaan. Ia juga boleh dihuraikan sebagai sambungan antara dua titik.
Jenis Garisan
- melintang
- menegak
- condong/senget
- lurus
- bengkok
- bersudut
- nipis
- tebal/lebar
- terputus-putus
- kabur/tidak jelas
- terkawal
- bebas/freehand
- selari
- lorekan
- berpusar/berpintal
Sifat Garisan
- lembut
- kasar
- berserabut
- tajam
- menggerutu
- licin
- kesat
- lurus
- berduri
- rapuh
- tegas
Sabtu, 19 November 2011
Pengenalan kepada seni halus
Orang selalu berpendapat bahawa seni adalah satu cabang ilmu yang abstrak. Setiap pengkarya dan artisan menghasilkan karya dengan menggunakan daya imaginasi dan kebolehan mereka untuk melukis subjek-subjek yang cantik. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa golongan penggiat seni ini berkerja dengan minda dan idea; tidak banyak menggunakan tenaga dan kerja berat - dari situ munculnya istilah "seni halus" atau "fine arts".
Orang seni selalu dipandang sebagai orang yang selalu bersendiri, berselindung dan cuba mengelak daripada dilihat ditempat awam. Setiap hasil karya mereka adalah amat eksklusif, seolah-olah hasil karya mereka perlu ditutup dan dijaga seperti mana mereka menjaga aurat mereka. Orang seni dikatakan amat sensitif dan mudah terguris hatinya.
Tetapi semua persepsi dan tanggapan ini tidak benar sama sekali. Jika golongan artisan ini merupakan golongan yang pemalu dan sensitif, masakan ada penyanyi dan pelakon yang sering ditayang di kaca televisyen atau dada akhbar. Pernah dengar penyanyi yang malu nak menyanyi atau pelakon yang malu hendak berlakon?
Jika semua golongan artis dan pengkarya seni adalah sensitif dan mudah menangis, itu tidak bermakna mereka ini lembut hati dan mudah terguris perasaan. Jangan samakan golongan karyawan macam makcik yang meleleh air mata bila tengok hero hindustan mati.
Kebanyakan salah faham dan tanggapan negatif biasanya berlaku apabila tiada pemahaman antara kedua belah pihak. Jika ada yang mahu mendalami kehidupan dan jiwa seorang pengkarya seni, atau ada yang mahu menjadi seniman atau karyawan pada satu hari nanti, ada baiknya kita buang segala stereotaip serta prasangka dan mula melangkah ke dunia seni halus.
Elemen seni sebagai bahasa seni halus
Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Macam mana hendak kenal? Kita kenal menggunakan bahasa. Apabila kita cuba memahami dan mentafsirkan seni, kita perlu berbicara dengan bahasa seni. Dalam bahasa seni, kita menggunakan apa yang disebut sebagai elemen seni (elements of arts).
7 elemen seni yang utama adalah:
- Garisan
- Rupa
- Bentuk
- Ruang
- Warna
- Jalinan
- Tona/Value
Ada lukisan bulat-bulat dengan warna-warna terang di bahagian atas lukisan.
Pelukis menggunakan kombinasi warna kroma tinggi diselang-seli dengan warna gelap untuk menghasilkan kontras dari segi jalinan. Garisan yang menegak di gandingkan dengan bulatan berwarna untuk menghasilkan harmoni. Kombinasi garisan lurus dan bulatan menghasilkan keseimbangan kepada keseluruhan lukisan. Tiada bentuk yang terlalu menonjol dan tiada warna yang terlalu terang.Secara kasarnya, menilai karya seni bukanlah diukur berdasarkan ketepatan, tetapi lebih kepada kemahiran 'melihat'. Adakah kita melihat seperti mana orang lain melihat, atau kita boleh mentafsirkan maksud yang tersirat disebalik satu-satu lukisan?



























