Memaparkan catatan dengan label actionScript. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label actionScript. Papar semua catatan

Rabu, 14 September 2011

Code Junkie

Penulis nampaknya dah terlalu ketagih dengan scripting dan programming
sehinggakan penulis dilabelkan sebagai “programmer tegar”

Hampir setiap benda yang penulis nampak, penulis akan berfikir secara logik.

Susah nak explain macam mana penulis asyik nampak semua benda dalam
bentuk code dan struktur logik matematik.

Somehow perkataan get, if, for dan getURL seakan-akan menjadi penduduk tetap
dalam perbendaharaan kata penulis.

Penulis harap penulis akan dapat luangkan masa untuk melukis dan kurangkan
nisbah masa untuk buat programming.
ActionScript untuk hari ini:
//--Simple Scroller--//
texto="Copy-paste text yang hendak di-scroll di sini. Kalau nak panjang lagi, load daripada external file seperti XML atau Notepad (*.txt)";
//Create 2 movieClip berlabel “up” dan “down"
//Create satu dynamic text berlabel “texto”
up.onRelease = function() {
    texto.scroll -= 1;
};
dwn.onRelease = function() {
    texto.scroll += 1;
};

Efek Coder/Decoder dalam Flash

Pada sesiapa yang script dan techno junkie tu, sure pernah tengok efek coder/decoder dalam filem atau website. Efek coder/decoder ni biasanya boleh diperoleh dengan menggunakan perisian grafik seperti Adobe After Effect. Tapi macam mana nak dapatkan efek ni guna Flash?

Meh sini penulis nak berkongsi tips. Mula-mula buat new actionScript 2.0 document. Buat satu dynamic text di stage dan letakkan "decoder" (tanpa quotation) sebagai instance name. Pilih dynamic text tu dan convert kepada movie clip. Namakan movie clip tu sebagai "coder". Jangan lupa namakan instance name movie clip tu sebagai "coder" jugak.

Lepas tu buat satu layer baru dan rename layer tu sebagai "actions". Klik frame pertama dalam layer "actions" dan tekan F9. Panel berlabel "actions" akan muncul dan copy-paste code di bawah dalam panel tu:
//Coder & Decoder//
a = 0;
coder.onEnterFrame = function() {
    myString = "Selamat Datang ke Laman Pereka Grafik Picisan";
    codeTotal = myString.length;
    temp1 = "";
    for (n=0; n<codeTotal; n++) {
        temp1 += chr(random(42)+48);
    }
    temp2 = myString.substr(0, a);
    coder.decoder.text = temp2+temp1.substring(a, codeTotal);
    a++;
    if (a == codeTotal+1) {
        delete this.onEnterFrame;
    }
};
Lepas tu tekan Ctrl+Enter dan nikmati efek ini sepuasnya.

Amacam? Boleh try lepas ni. Kalau ada masalah leh PM atau komen di bawah.

Selasa, 13 September 2011

ActionScript untuk test Internet Connection

ActionScript untuk check internet connection. Dapat code ni masa nak buat kiosk untuk Galeri Perfileman Finas.
if (my == 0) {
//Check Internet Connection//
var connected:Boolean = false;
function checkConnection():Void {
    var myLoadVars:LoadVars = new LoadVars();
    myLoadVars.onHTTPStatus = function(httpStatus:Number) {
        if (httpStatus != 0) {
            connected = true;
            //Run Updater//
            updateXML();
            //function jika ada internet//

            } else {
            connected = false;
            //Run from memory//
            collectXML();
            //function jika tiada internet//

        }
        delete this;
    };
    myLoadVars.load("http://galeri.finas.gov.my/");
    //guna www.google.com pun boleh//
}
checkConnection();

Boleh nampak ker? Just testing dengan syntaxHighligher untuk Blogger. Kalau ada sebarang komen sila beritahu penulis tentang syntaxHighlighter ni.

Selasa, 9 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 4 (Variables)

Collection icon folder 01
Variables – Folder untuk menyimpan data
Variables – atau singkatannya var – adalah satu kaedah untuk menyimpan maklumat dalam actionScript. Kenapa perlu simpan maklumat dalam actionScript menggunakan Variables?

Isnin, 8 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 3 (Trace)

Function trace() adalah fungsi untuk mendapatkan maklumat dalam actionScript dan maklumat tersebut akan dipaparkan pada panel Output. Untuk memahami fungsi trace() dengan lebih dekat, apa kata kita cuba sendiri fungsi trace dalam panel Actions.
Buka panel Actions (F9) dan taip script berikut:
trace (5+6);
Tekan ctrl+Enter. Panel Output akan muncul dengan tulisan:
"11"
Dalam function di atas, kita menyuruh Flash untuk memberikan jawapan/nilai kepada 5+6. Jadi jawapan yang Flash berikan adalah 11. Tanda “ + “ adalah simbol operation bagi penambahan, begitu juga dengan tanda “ – ”, “ * ”, dan juga “ / ”.
Jadi kalau ada sesiapa yang ada banyak homework matematik tu, boleh la gunakan actionScript untuk buat kerja kira-kira. Nice huh?

Ahad, 7 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 2 (Setup & Layout)

Ini adalah sambungan kepada post sebelum ini iaitu asas actionScript. Jika ada yang terlepas, boleh baca di sini.

Ok, buka perisian Adobe Flash. Tak kira la version berapa pun. Penulis gunakan Flash CS4 dan gunakan actionScript 2.0 . Bila dah buka Flash, klik File>New.. dan pilih Flash File (ActionScript 2.0). Rujuk kepada gambar di bawah.

as00

Pastikan panel Action dibuka. Klik pada Windows>Action atau tekan F9.

as02

Khamis, 4 Ogos 2011

ActionScript 101 - Bahagian 1 (Pengenalan)

Kenapa perlu belajar menggunakan actionScript?

Tanpa actionScript, apa yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Flash adalah animasi. actionScript adalah bahasa pengantaraan bagi perisian Flash dan ia lebih kurang sama seperti javaScript. Jika difikirkan, sebarang bentuk interaktiviti perlu dilakukan dengan menggunakan actionScript. Tak kira lah samada untuk play movieclip, atau berhentikan movieclip supaya dia tak looping, actionScript adalah satu keperluan dalam (hampir) semua projek Flash. actionScript dapat meningkat kepenggunaan (function) dan interaktiviti satu-satu projek. Dengan mempelajari actionScript, kita mempunyai lebih kawalan pada movieclip dan berpotensi untuk menghasilkan aplikasi yang dinamik dan menarik.

Isnin, 18 Julai 2011

Mari belajar actionScript 2.0

actionScript

Ada sesiapa yang nak belajar actionScript? Bukan susah sangat pun. Script kat atas tu penulis buat dalam masa 7 hari (je).

Pada sesiapa yang nak jadi programmer tu, bersedialah untuk menjadi nerd dan skema. Belajar la bahasa programming dan mulalah berzikir dengan syntax-syntax programming yang bakal menjadi peneman hidup. Percakapan akan menjadi sukar difahami dan komputer (terutamanya Linux) akan kelihatan lebih menarik kalau dibandingkan dengan boyfriend/girlfriend sendiri.

Percayalah, kerana ianya benar…

Bersambung…

Takkan baca je? Komen sikit..

Link