Memaparkan catatan dengan label photography. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label photography. Papar semua catatan

Selasa, 7 Ogos 2012

Serupa tapi tak sama

Sedang penulis update content untuk TV Finas, penulis terjumpa satu poster filem tempatan bertajuk “You Believe in Ghost?”.

You Beleive In Ghost - P

Penulis terasa macam biasa tengok gambar dalam poster ni. Jadi penulis pun bertanya pada pakcik Google. Pakcik Google pun tunjukkan gambar ini:

What_the_Hell__by_yellow_stock

Nampak sama kan? Takkan pereka poster filem ni ambil gambar dari Deviantart untuk dijadikan poster? Penulis cuba analisa gambar ni dalam Photoshop dan ini hasilnya:

analisaGambar

Sama sehingga ke helaian rambut yang terakhir. Penulis tak tahu jika si pereka poster ini sudah meminta izin daripada si empunya gambar. Kepada para designer sekalian, berhati-hati sebelum menggunakan gambar dari internet. Jangan ingat gambar dalam Google Images dan Deviantart itu boleh digunakan sesuka hati.

Selasa, 27 Mac 2012

Sumber Inspirasi 9 - Fotografi Makro Sang Semut (tanpa Photoshop)

Fotografi Siri 'Ant Stories' oleh jurugambar Russia, Andrei Pavlov. Beliau mengambil gambar yang menakjubkan tanpa menggunakan Photoshop. Wah, macam mana tu?




























Penulis difahamkan semua 'model' semut yang beliau gunakan adalah semut hidup. Akan tetapipenulis tak tahu macam mana beliau boleh suruh semut-semut tu posing macam tu. Entah-entah beliau seorang ant wisperer? (Dum dum dummmmmm).

Frankly speaking, foto macam ni lebih marvelous daripada macrophotography close-up daun atau rama-rama kat hujung bunga.

Dipetik daripada: Link
Nak tengok macrophotography lain? Klik sini.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link