Logo Facebook adalah antara logo yang dikenali ramai. Sekali imbas je dah tahu ni logo Facebook. Mungkin ramai yang cuba untuk create balik logo Facebook ni, tapi tak tahu jenis font yang digunakan.
Jumaat, 10 Ogos 2012
Font minggu ini: Facebook
Selasa, 7 Ogos 2012
Serupa tapi tak sama
Sedang penulis update content untuk TV Finas, penulis terjumpa satu poster filem tempatan bertajuk “You Believe in Ghost?”.
Penulis terasa macam biasa tengok gambar dalam poster ni. Jadi penulis pun bertanya pada pakcik Google. Pakcik Google pun tunjukkan gambar ini:
Nampak sama kan? Takkan pereka poster filem ni ambil gambar dari Deviantart untuk dijadikan poster? Penulis cuba analisa gambar ni dalam Photoshop dan ini hasilnya:
Sama sehingga ke helaian rambut yang terakhir. Penulis tak tahu jika si pereka poster ini sudah meminta izin daripada si empunya gambar. Kepada para designer sekalian, berhati-hati sebelum menggunakan gambar dari internet. Jangan ingat gambar dalam Google Images dan Deviantart itu boleh digunakan sesuka hati.
Rabu, 25 Julai 2012
Design mockup laman web dengan Adobe Fireworks
Penulis sering mencari perisian yang membolehkan designer untuk membuat mockup laman web dengan cepat dan mudah. Sebelum ini penulis menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk buat layout laman web. Akan tetapi Illustrator tidak berapa mesra dengan fail bitmap walaupun fail Illustrator adalah kecil dan mudah untuk diedit.
Selepas jemu gunakan Illustrator, penulis gunakan Adobe Photoshop untuk buat mockup website. Tetapi masalah dengan Adobe Photoshop pulak adalah susah nak hasilkan layout yang clean. Tambahan pula Photoshop tak sesuai untuk fail yang mempunyai banyak layer.
Tak berapa lama kemudian penulis cuba gunakan Adobe Fireworks. Akhirnya, satu software yang boleh handle vector dan bitmap tanpa perlu buka perisian lain. Hasilnya satu artwork yang sharp dan sebijik macam final design.
Klik imej untuk lihat dengan saiz lebih besar.
Part yang paling best adalah kita boleh export artwork/design dalam bentuk HTML dan CSS. Memang cool perabis.
Ada pembaca yang pernah cuba perisian ni? Ada komen atau mahu berkongsi pengalaman? Jangan segan-segan untuk berikan komen di ruangan di bawah. Selamat mendesign.
Selasa, 24 Julai 2012
5 salah faham berkaitan dengan pereka grafik
Ramai yang sering salah tafsir berkaitan dengan design dan seni reka bentuk. Ada juga designer yang selalu keliru berkaitan asas design dan prinsip rekaan. Penulis akan terangkan 5 salah faham berkaitan dengan pereka grafik.
1. Kerjaya sebagai designer/pereka grafik memang popular
Ramai yang anggap kerjaya designer ni popular dan glamor. Walaupun secara idealnya kerjaya designer ni memang popular, tapi realitinya susah nak jadi designer; apatah lagi nak jadi designer yang kaya. Jangan target untuk jadi budak grafik untuk publishing/printing. Kat situ memang neraka bagi budak grafik. Cuba kejar bidang kreatif (animasi, ilustrasi, CGI dan web design). Sekurang-kurangnya tak perlu tergesa-gesa nak kejar deadline.2. Gambar dalam Google images adalah percuma dan boleh digunakan untuk diletakkan dalam design.
Maaf jika penulis katakan, sebenarnya kita tak boleh gunakan gambar dalam Google Images kerana kebanyakan gambar yang disenaraikan mempunyai hakcipta. Cuba perhatikan betul-betul.Pastikan kita lebih berhati-hati apabila menggunakan gambar daripada internet. Kalau kena saman, naya je.
3. Tak boleh cari makan kalau jadi freelance designer.
Boleh hidup dengan jadi freelance designer dengan syarat ikut disiplin dan komitmen dengan etika kerja. Walaupun begitu, penulis tidak galakkan sesiapa untuk jadi feelance designer.4. Designer kena selalu ikut pakai baju yang bergaya dan ikut trend.
Walaupun ada designer yang suka pakai baju ikut fesyen semasa, tapi kebanyakan designer lebih suka pakai baju yang biasa. Ada syarikat yang tetapkan semua staff pakai baju kemeja lengan panjang bertali leher (termasuk designer). Ada juga syarikat yang beri kelonggaran agar semua staff pakai baju biasa asalkan berkolar.5. Designer kena ada komputer power.
Secara amnya memang betul. Tetapi yang lebih penting adalah skill designer tu sendiri. Kalau setakat komputer je power, tak guna jugak. Penulis pernah design guna komputer Windows XP dengan 256MB RAM dan 64MB graphic card. Boleh je buat design guna Illustrator CS.Then again, kalau ada komputer yang laju ada baiknya. Kerja design akan siap dengan lebih cepat dan banyak masa dapat dijimatkan daripada tunggu Photoshop tu dok loading.
Khamis, 19 Julai 2012
Tips untuk jadi pereka grafik
Nak jadi designer? Tak tahu macam mana nak jadi designer? Penulis akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjadi seorang pereka grafik
Dapatkan pendidikan formal dalam Graphic Design.
Kebanyakan syarikat di Malaysia mementingkan pencapaian akademik sebelum diterima bekerja. At least dapatkan sijil kursus Photoshop atau diploma.
Beli buku grafik.
Tambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia senireka dan rekabentuk. Bukan semua ilmu boleh didapati dari internet.
Jadi pengumpul/simpan library sendiri.
Jika jumpa gambar/foto yang boleh dijadikan rujukan, copy dalam hard disk dan organize supaya senang untuk dicari kelak. Ia boleh menjadi sumber rujukan atau inspirasi pada masa akan datang. Patung action figure tidak termasuk dalam kategori ini.
Join forum dan topik yang berkaitan dengan seni/rekabentuk.
Ambil ilmu daripada otai-otai dan para sifoo. Pergh.com dan Putera adalah forum yang masih aktif. Kalau ada yang tak jelas, tanya je kat forum. Malu bertanya sesat jalan.
Ambil gambar banyak-banyak.
Study gambar yang diambil dan kenalpasti kelemahan daripada gambar tu. Perbaiki kemahiran mengambil gambar. Ia adalah latihan yang baik untuk menajamkan tumpuan dan komposisi. Share dengan orang lain dan dapatkan komen.
Jangan takut dengan kritikan.
Tak ramai designer yang boleh menerima kritikan. Ramai juga yang susah nak mengaku kelemahan sendiri. Dalam dunia pekerjaan sebenar, kritikan daripada klien adalah benda yang tidak boleh dielakkan. Sapa yang tak bengang kalau design yang kita buat dengan susah payah tu dikomen sesedap rasa. Lepas tu kena ubah plak. Anggap je semua komen dan kritikan tu macam ubat makjun yang pahit tapi perlu ditelan untuk memajukan diri.
Cuba baiki design yang lama.
Jika ada masa terluang, cuba lihat semula project design yang pernah dibuat dan cuba buat semula projek tu. Jangan rasa malu dengan projek yang lama. Cuba kenalpasti masalah dalam design yang lama dan elakkan ia daripada berlaku dalam design akan datang.
Buat lakaran dalam skethbook.
Designer kena pandai menterjemahkan idea dalam bentuk lukisan yang boleh difahami oleh orang lain. Sketchbook adalah medium yang amat sesuai untuk menyimpan idea dan ia sekaligus membantu kemahiran melukis.
Khamis, 21 Jun 2012
Download dengan JDownloader
Aktiviti mendownload sangat pantas dengan menggunakan JDownloader. Lihat saja speed dan file size tu. Lepas ni boleh layan download Running Man tanpa henti. No more streaming.
Sabtu, 3 Mac 2012
Komik kena ciplak?
Adakah terdapat unsur plagiat di sini?
Atau adakah penulis sebenarnya yang memplagiat Sailormoon?
Isnin, 13 Februari 2012
Logo Photohop yang baru?
ADOBE PHOTOSHOP 2.0!
Penulis tak pasti samada logo ini logo mockup student praktikal Adobe atau logo dari user Deviantart, tapi yang pastinya efek gel dan aqua ala Mac OS X tu kelihatan sangat ketara. Penulis paling tak tahan dengan lubang kat tengah tu.
Penulis boleh cuba menjadi rasional sejeap. Mungkin logo ini mewakili huruf P yang stylize. Mungkin warna biru aqua tu adalah warna tema baru bagi Photoshop. Mungkin..
Tapi seriuously, makin lama penulis tengok logo ni, makin rasa tak masuk akal. Kenapa perlu berbentuk macam icon iChat? Apakah motif logo tu macam rupa bentuk dialog? Ada fungsi chatting kah?
Bagi penulis, ini bukanlah logo/icon yang penulis nak tengok untuk jangka masa yang lama. Penulis tak boleh bayangkan kalau logo Photoshop ni ada dekat desktop/start menu penulis.
Penulis sambung lain kali pulak. Mata penulis rasa macam nak terbakar bila tengok logo ni lelama..
Khamis, 26 Januari 2012
Antara perkataan 'baru' dan 'baharu'
'Baharu' atau 'bharu 'pula penulis gunakan apabila merujuk pada nama tempat. Misalnya Kuala Kubu Baharu, Kota Bharu atau Johor Bharu.
Malangnya, pemahaman penulis tentang perkataan 'baru' dan 'baharu' adalah salah sama sekali. Rupanya, perkataan 'baru' digunakan untuk merujuk kepada perkara berkaitan dengan masa. Misalnya:
- Ahmad baru sampai malam tadi
- Baru-baru ini, ramai orang yang mula menggunakan pengangkutan awam
- Baru sekejap tadi kereta Lancer tu melintas
Perkataan 'baharu' pula merujuk kepada benda yang 'new' atau 'renew'. Misalnya 'pembaharuan lesen', 'kereta baharu', atau 'sekolah baharu'.
Walaupun perkara ini agak janggal bagi penulis, tapi penulis rasa ia adalah perlu dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Sekarang, baru la penulis faham. Errr.. Silap.. 'Baharu' lah penulis faham.
Selasa, 10 Januari 2012
Thanks, Forum Pergh! but no thanks
Penulis start berforum dalam tahun 2006 di Putera.com dan pada mulanya penulis berforum untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tesis projek tahun akhir. Somehow, penulis semakin aktif berforum dan mula join tapak forum lain seperti sifoo.com dan pergh.com.
Penulis percaya dengan kebebasan bersuara. Penulis merasakan bahawa idea dan pandangan perlu dikongsi bersama. Walaupun idea atau cadangan itu pada mulanya tidak berapa bernas, tapi dengan adanya perbincangan dan kritikan, idea itu akan menjadi bertambah baik dan boleh dipraktikkan.
Apa yang penulis nak ceritakan, penulis ada join KKP (Komik Komuniti Pergh!) dan penulis akui penulis cukup minat dengan aktiviti berkomik. Tapi ada satu post penulis yang mungkin agak keterlaluan dan tak sesuai untuk golongan kaum hawa. Dan kerana post itu juga penulis kena hentam dengan agak keras.
Penulis tak nafikan yang post tu agak keterlaluan, tapi ia bukan kali pertama berlaku. Ada gak ahli forum lain yang contribute komik yang berbaur unsur lucah tapi kenapa diorang tak kena hentam? Ada unsur pilih kasih kah?
Elemen macam ni la yang buatkan penulis tawar hati untuk terus post komik di KKP. Tiada atmosfera untuk mengembangkan kreativiti dan mentaliti. Suasana dan platform untuk berkongsi idea dan bakat menjadi pentas untuk mengkutuk dan menghapus semangat pendatang baru.
Walaupun ada yang minta penulis kembali berkarya semula, tapi penulis dah tak minat untuk kembali ke Pergh. Penulis lebih selesa post kan karya penulis di blog kecil ni..
Rabu, 9 November 2011
Ilusi warna 1
Walaupun petak di bahagian atas kelihatan seperti warna kelabu, sebenarnya ia adalah kotak yang mempunyai warna. Tak percaya? Kotak kecil bahagian atas kanan adalah berwana hijau gelap manakala kotak kecil bahagian atas kiri adalah berwarna merah gelap.
Copy gambar di atas dan buka dalam Photoshop lepas tu cuba nilai sendiri.
Selasa, 8 November 2011
Sumber inspirasi 2 - Takehiko Inoue
Karya terawal beliau yang penulis baca (dan buat koleksi) adalah Slam Dunk dan Vagabond. Bila tengok lukisan beliau yang hyper-realistik ni, penulis terus jatuh cinta. Penulis sanggup berulang-alik dari Jasin ke kedai Popular kat bandar Melaka semata-mata nak beli komik Slam Dunk setiap bulan.
Kenapa penulis suka komik Slam Dunk:
- Lukisan stail hyper-realistik untuk manga/komik.
- Setiap objek dan background dalam setiap panel dilukis dengan teliti.
- Perspektif yang sangat tepat. Setiap lukisan gelanggang bola keranjang seolah-olah gambar foto.
- Kualiti garisan yang sangat kemas. Setiap garisan hatching/lorekan dibuat dengan halus. Ketebalan setiap garisan dikawal baik.
- Panel berwarna yang dihasilkan dengan cat air. Muka hadapan komik dilukis dengan akrilik/cat minyak.
- Walaupun lukisan dengan stail realistik, tetapi jalan ceritanya sangat selamba dan penuh dengan humor. Bahkan ada panel yang dilukis secara 'kasar' tetapi masih mengekalkan kualiti stroke yang baik.
Khamis, 27 Oktober 2011
Sharing di Facebook is caring?
Penulis bukan marah kalau kawan-kawan Facebook tu nak berkongsi maklumat. Bahkan berkongsi maklumat ni adalah perkara yang baik. Kita saling mengingatkan. Tetapi perkongsian ini juga mendatang kesan negatif kepada si pengongsi dan juga audiens yang dikongsinya.
Penulis ambil contoh kes budak yang kena langgar dengan van dan tiada orang yang sudi menolong di China baru-baru ini. Ramai giler yang post status dan juga upload video yang menunjukkan rakaman bagaimana budak tu kena langgar. Ramai jugak yang share sambil tag kawan-kawan mereka seuruh tengok video tu. Dan masing-masing memberikan komen-komen yang penulis rasa agak keterlaluan. Ada yang kata orang cina tidak ada hati perut, sanggup biarkan budak tu tanpa bantuan.
Tidak lama kemudian, ada orang share dan beritahu kenapa tiada orang yang tolong budak yang kena langgar tu. Rupa-rupanya jika ada orang yang menolong orang lain yang dalam kesusahan, si penolong tu kena bertanggungjawab ke atas si mangsa termasuk menanggung pembiayaan bil hospital dan juga kos sara hidup. Tambahan pula si penolong mungkin akan menjadi mangsa penipuan dan penculikan.
Persoalannya, bagaimana dengan komentar-komentar yang diberikan kepada kaum cina yang secara terang membidas mengapa mereka tidak mempunyai sebarang belas kasihan? Tindakan menolong orang lain merupakan satu amalan mulia di kalangan masyarakat Malaysia, tetapi tindakan menolong orang lain merupakan sesuatu yang cuba dielakkan oleh masyarakat di China. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu salah kerana betul dan salah adalah sesuatu yang sangat subjektif dalam masyarakat majmuk.
Bagaimana pula dengan orang yang share 'maklumat' dan 'pengetahuan' di Facebook?
Apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, dia akan rasa 'benda macam ni kena kongsi dengan kawan-kawan'. Jadi mereka pun tekan butang share dan publish kat wall kawan-kawan Facebook. Masalahnya, hampir 50% maklumat yang dikongsikan itu adalah maklumat yang tidak tepat atau bias. Jangan minum Coke dengan Mentos? Lame. Jangan pakai contact lens bila bakar BBQ? Busted. Jumpa bangkai ikan duyung? Palsu semata.
Penulis kadang-kadang rasa kasihan dengan kawan-kawan yang cuba post atau share knowledge tapi akhirnya akan menampakkan kecetekan akal mereka sendiri. It's uncool to show you are cool.
Jadi lain kali sebelum share kat Facebook (atau forward email) tolong buat kajian dulu dan jangan terima segala maklumat melulu dan memb*bi buta. Internet adalah sumber maklumat tetapi maklumat yang sampai dan tak bernilai yang lebih senang menarik perhatian orang ramai.
Extra: Pautan untuk kenalpasti kesasihan sebarang berita/maklumat yang diperolehi di internet.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Cara pantas untuk blogging
Sebenarnya takder cara yang pantas untuk menulis blog, cuma gunakan kemudahan yang ada untuk mencepatkan kerja-kerja blogging ni. Penulis cerita tentang software dulu.
Secara tradisionalnya, blogger kena login ke... well... Blogger.com dan dari situ baru la mulakan kerja-kerja menulis. Masalahnya, kalau tiada internet, tak dapat la nak login dalam Blogger dan tak dapat la nak tulis blog. So ada cara ke nak tulis blog walaupun ketika offline?
Caranya dengan guna offline blog editor seperti Windows Live Writer atau Scribefire untuk tulis blog. Bila dah ada internet connection, boleh terus publish. Kalau tak mahu susah-susah install software, boleh terus tulis blog guna Microsoft Word dan save. Bila ada internet, just copy-paste ke dalam blogger. Tak perlu susah-susah nak menulis semula kandungan blog. Jimat masa dan tenaga.
Lagi satu cara untuk blog dengan pantas adalah dengan menjadikan ia satu habit. Ada yang update blog 2 kali sehari. Ada yang update sebulan sekali. Apa pun pastikan kita maintain blog kita supaya pembaca tidak bosan dan (harapnya) akan datang semula pada masa akan datang.
Kalau tiada masa nak update blog setiap minggu, apa kata tulis post banyak-banyak dan setkan supaya post tu publish setiap minggu. Luangkan masa selama beberapa minit dan tulis 2-3 post. Selepas itu setkan setiap post tu untuk publish selang 2 hari. Dengan cara tu kita tak perlu nak publish post baru selama 6 hari.
Ada sebarang idea dan pendapat untuk blogging dengan pantas? Jangan segan untuk berkongsi. Komen je di ruangan di bawah.
Ahad, 18 September 2011
Selangkah Ke Alam Misteri-Bahagian 3
Dalam bahagian pertama dan bahagian kedua siri Selangkah Ke Alam Misteri ni, penulis dah bercerita tantang sains dan juga tenaga. So far nampaknya segala yang berkaitan dengan entiti ghaib dan juga tahyul mahyul ini dapat dijelaskan dengan menggunakan penjelasan sains. Kali ini penulis nak bercerita tentang
Cara Otak Manusia Berfikir
Bagaimana kita berfikir? Bagaimana kita mendapat maklumat dan bagaimana kita memproses maklumat yang kita terima? Bagaimana kita bereaksi apabila mendapat maklumat baru? Apa kaitannya otak kita dengan Alam Misteri? Semua ini dan banyak lagi akan penulis ceritakan sebentar lagi.
Sebelum itu, mari kita kenali otak manusia dengan lebih dekat.
Otak adalah pusat sistem saraf bagi semua makhluk vertebrata dan kebanyakan makhluk inverterbrata. Otak memproses maklumat melalui deria seperti deria penglihatan, sentuhan atau rasa. Sesetengah haiwan mempu mengesan lebih daripada deria yang ada pada manusia (ikan mempunyai deria keenam yang mempu mengesan objek di sekelilingnya – sebab tu ikan dapat berenang dalam satu kumpulan besar tanpa berlanggar antara satu sama lain).
Otak terdiri daripada beberapa bahagian utama – Frontal Lobe, Occipital Lobe, Parietal Lobe, Temporal Lobe, Brainstem, dan Cerebellum Otak merupakan suatu organ yang sangat kompleks. Cerebral cortex (bahagian yang mengawal ingatan dan memori) mempunyai kira-kira 15-33 billion neurons dan bersambung dengan kira-kira 10,000 synapse.
Apabila otak mendapat maklumat baru, maklumat itu akan disimpan di dalam cerebral cortex dan jalinan neuron akan dibina. Semakin banyak ikatan dan jalinan antara neuron, semakin mudah kita mengingat sesuatu benda. Actually benda ni semua orang tahu daripada iklan susu untuk kanak-kanak.
Otak kita juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan juga otak kiri. Secara amnya, otak kanan berfungsi untuk:
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Manakala otak kiri pula berfungsi untuk:
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Menyimpan data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami logik, bahasa dan matematik
- Berfikir menurut turutan
Sekali lagi, apa kaitannya cara otak berfikir dengan entiti ghaib/paranormal ini. Otak manusia cenderung untuk menafsir sesuatu maklumat dengan sesuatu yang diketahuinya. Cuba consider dialog ini:
- “Muka kau ni macam muka Ibrahim. Kau anak Ibrahim Bachik ke?”
- “Air ni rasa macam air 100 Plus je”
- “Aku nampak awek cun semalam. Muka cun giler macam Fasha Sanda”
- “Ko jangan guna Pentium. Aku dah guna Pentium 4 dulu. Sekejap je dah rosak. baik ko guna AMD”
Otak kita cenderung untuk merujuk benda yang baru dengan maklumat yang telah diterima. Apabila kita lihat tanah dan rumput basah, kita dengan cepat akan simpulkan bahawa hujan baru turun. Kalau nampak kaca dan kesan tayar di tengah jalan, kita dengan cepat buat kesimpulan bahawa ada kemalangan jalanraya di hadapan.
Sama ada kita sedar atau tidak, otak kita sendiri yang ‘mewujudkan’ entiti ghaib ini. Cuba lihat gambar di bawah:


Secara teorinya, kebanyakan orang yang nampak ‘rupa' orang’ pada objek ini adalah orang yang banyak berfikir/menggunakan otak kanan. Orang yang berfikir dengan otak kiri biasanya tak nampak sangat atau nampak sikit-sikit je.
Apabila kita nampak benda/objek yang kelihatan seperti ada mata, hidung dan mulut, dengan pantas otak kita akan simpulkan ia sebagai ‘rupa’ atau ‘muka’ orang. Begitu juga apabila kita terdengar bunyi yang nyaring dan bingit, kita ingatkan bunyi perempuan mengilai. Bila dengar bunyi seakan-akan berderap, kita ingatkan bunyi tapak kaki. Bunyi burung belatuk patuk pokok kita ingatkan bunyi ada orang ketuk pintu.
Kadang-kadang otak kita akan memberi tafsiran yang berbeza dengan apa yang kita tahu. Dalam kes ini, deria kita yang ‘menipu’ kita, menyebabkan kita berfikir sebaliknya. Penulis bagi contoh yang paling mudah:
Ramai orang yang nampak ada segi tiga putih di tengah-tengah. Tetapi apabila 3 bulatan itu dihilangkan, segi tiga putih itu juga hilang. Mengapa? Bagaimana kita boleh nampak ada segi tiga putih di tengah-tengah?
Penulis bagi contoh lagi. Kenapa ramai orang takut bila nampak benda putih tepi jalan? Kalau ada benda bergerak kat langit, kira UFO ker?
(Objek itu adalah CCTV)
(Bukan itu awan gak ke? Duhh..)
Boleh nampak tak kaitan antara entiti ghaib dan juga otak? Sekali lagi penulis nyatakan di sini bahawa kebanyakan entiti ghaib dan aktiviti paranormal yang berlaku adalah kerana salah tafsiran otak manusia terhadap perkara yang tidak difahaminya atau dengan kata lain – salah tafsiran.
Akan tetapi, adakah ini bermakna entiti ghaib ini tidak wujud? Penulis akan sambung lagi dalam bahagian akan datang. Stay tune.
Sabtu, 17 September 2011
Selangkah ke Alam Misteri-Bahagian 2
Salam dan bertemu kembali dalam bahagian ke dua dalam siri Selangkah Ke Alam Misteri. Jika ada pembaca yang baru mula membaca post ini, ada baiknya jika mula dengan membaca bahagian pertama.
Sebelum ini penulis bercerita tentang pengenalan Alam Misteri. Sekali lagi penulis tekankan di sini bahawa penulis tidak berminat dengan cerita tahyul atau hantu seram. Cuma penulis mahu kongsi pengetahuan tentang dunia yang kita duduki ni.
Untuk bahagian kedua ini, penulis nak bercerita tentang;
Tenaga
Tenaga atau dalam bahasa inggeris – Energy merupakan kuasa yang tidak boleh dilihat secara langsung. Ia boleh dikesan dan mempunyai kuantiti justeru itu ia boleh diukur. Sebelum itu, mari kita lihat Hukum Keabadian Tenaga:
Tenaga terkandung di dalam objek yang mempunyai jisim (mass). Seperti mana ciri atom, ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan – tenaga hanya boleh berubah bentuk
Hukum Keabadian Tenaga merupakan satu peraturan yang tidak dapat dinafikan dan rukun yang perlu dipegang oleh semua ahli fizik dan ahli sains. Kita tidak boleh dapat tenaga secara tiba-tiba. Kebanyakan tenaga yang kita peroleh sekarang adalah tenaga cahaya dan haba daripada matahari. No wonder la orang zaman pra-sejarah menyembah matahari.
Tenaga dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian:
- Tenaga haba
- Tenaga kimia
- Tenaga elektrik
- Tenaga elektromagnet
- Tenaga nuklear
- Tenaga magnetik
- Tenaga elastik (seperti getah)
- Tenaga bunyi
- Tenaga mekanikal atau tenaga kinetik
- Tenaga cahaya
Selain daripada berubah bentuk, tenaga boleh disimpan. Misalnya tenaga kimia yang terdapat dalam bateri dan boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik. Oleh kerana tenaga tersimpan di dalam objek/jasad yang mempunyai jisim, adakah setiap jasad/jisim mempunyai tenaga?
Setiap objek di dunia ini terdiri daripada 2 unsur: zarah (particle) atau gelombang (wave). Batu merupakan objek yang terdiri daripada atom dan zarah. Elektrik merupakan gelombang elektromagnet. Setiap zarah dan gelombang mempunyai tenaganya yang tersendiri.
Zarah dan atom boleh berubah menjadi tenaga dengan menggunakan belahan/pecahan atau (atau tenaga fission/nukluar). Tenaga yang dihasilkan oleh satu atom adalah SANGAT besar. Dengan menggunakan formula E = mc2, tenaga yang dihasilkan oleh satu 1 gram jirim/atom adalah:
So, the point is, hatta sekecil-kecil benda sekalipun, ia tetap mempunyai tenaga.
Ok, cukup dengan penjelasan sains. Apa kaitan subjek tenaga dengan Alam Misteri dan makhluk ghaib ini?
Cuba consider beberapa fenomena yang berkaitan dengan aktiviti paranormal ini:
- Imej hantu/entiti ghaib boleh dikesan dengan menggunakan peralatan elektronik (infrared/ultrasonic). Padahal tak nampak apa-apa pun masa ambil gambar tu. (Ada kaitan dengan tenaga elektromagnetik)
- Rasa sejuk/seram apabila berada di kawasan ‘berpenunggu’. (Ada kaitan dengan tenaga haba)
- Siaran radio / televisyen terganggu apabila aktiviti paranormal berlaku. (Sekali lagi, ada kaitan dengan tenaga magnetik)
- Terdengar bunyi/suara yang mengerikan. (Tenaga bunyi)
Jadi segala peristiwa yang dikatakan ‘paranormal’ itu sebenarnya adalah tanda kehadiran tenaga. Manusia biasanya takut dengan benda-perkara yang dia tidak tahu. So jika kita kata bahawa semua benda yang berlaku itu adalah kesan perubahan tenaga, kita dah tak takut lagi.
Pada post akan datang, penulis akan bercerita tentang Cara Otak Manusia Berfikir.
Khamis, 15 September 2011
Hantu Di Mana-Mana

Pernah dengar cerita hantu tak? Ingat lagi tentang hantu kum-kum yang ketuk pintu rumah mintak susu? Atau hantu langsuir yang kuat mengilai? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang hantu, sambung baca lagi…
Penulis tak ingat bila penulis start dengar cerita hantu ni. Tapi seingat penulis, banyak cerita hantu yang penulis dengar ketika berada di sekolah asrama penuh di Melaka. Antara cerita hantu yang top kat situ adalah hantu Green Lady - siap ada nick name lagi - hantu perempuan yang berwarna hijau dan berasal dari tong air depan asrama (sebab khabarnya dia mati terkurung dalam tangki air tu). Tak kurang mistik juga cerita hantu keranda terbang yang boleh kejar orang dekat serambi. Last but not least cerita tentang Ustaz Ismail Kamus yang tolong halaukan hantu dari asrama dengan menggunakan 2 bas. Satu dari bas itu adalah untuk ketua hantu tu sahaja. Bas itu kemudiannya dihantar ke hutan simpan di Pahang.
Penulis sendiri tak tahu apa motif cerita hantu ini diadakan sebenarnya. At one point, cerita hantu ini mendidik kanak-kanak supaya jangan balik lewat malam dan berkeliaran di kawasan asing (kalau tak nanti kena sorok dengan hantu tetek - seram woooo). Ada juga yang menekankan aspek kebersihan - basuh kaki sebelum tido. So bagi penulis, cerita hantu ini ibarat panduan yang membuatkan semua kanak-kanak keep ini line.
Tapi macam mana dengan cerita hantu sekarang? Asal bukak TV je cerita hantu. Asal pergi tengok wayang je cerita hantu. Bukan nak kata apa la tapi sekarang cerita hantu dah jadi semacam satu genre dan yang peliknya, orang ketawa bila dengar (atau tengok cerita hantu). Bukankah cerita hantu ni sepatutnya mempunyai unsur seram dan ngeri?
Cerita hantu berlambak-lambak ni satu hal. Tak masuk lagi bab stereotaip hantu dalam filem dan drama cereka orang Melayu ni. Asal hantu je mesti pakai baju putih, mekap pucat lesi dan rambut panjang melepasi bahu. Come on la. Takder idea lain ker?

Anyway, penulis bukannya anti dengan filem genre seram/hantu ni. Penulis jatuh cintan dengan filem seram seperti Ju-On, The Ring dan The Eyes. Cerita hantu yang seram tanpa perlu menampakkan hantu. Lagi satu penulis suka stail hantu yang boleh keluar waktu siang. Tahu-tahu je ada hantu bawah selimut. Ngeeeee.

Jap.. Kenapa penulis start post tentang cerita hantu erk?
Selasa, 26 Julai 2011
Koleksi Font dan Typeface
Selepas beberapa ketika, kita akan mempunyai koleksi font yang banyak. Maka mudahlah kita untuk berkarya. Tiada lagi Times New Roman sebagai font default apabila menulis dalam Microsoft Word. Ataupun font Myriad dan Calibri bila create text dalam Illustrator. Hooray!
Tanpa kita sedari, kita akan mempunyai koleksi font yang banyak sehingga pada satu tahap sukar hendak diuruskan. Mari kita lihat jumlah font yang ada dalam komputer penulis. Tada!!!
Ok. Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Wah, banyak tu. Macam mana nak susun semua font ni? Salah satu cara untuk susun semua font ni adalah dengan mengasingkan setiap font mengikut kategori font seperti roman, serif, sans serif, slab serif dan sebagainya. Akan tetapi kaedah ini ada kelemahannya. Ini kerana ada sesetengah font yang mempunyai kategori serif dan juga sans serif! Tak percaya? Cuba tengok font DejaVu.
Jadi penyelesaian alternatif adalah dengan mengkategorikan font mengikut nama. Cara ini agak lambat sebab ada sesetengah font yang mempunyai filename yang pelik seperti “verdanaB_01.ttf” atau “8210000~02.ttf”. So nak mengetahui nama font tu agak tricky sedikit dan perlu bukak setiap font dalam font explorer.
Ini antara font yang dah penulis susunkan. Masih ada 8,000 font yang belum disusun lagi.
Hopefully, apabila semua font sudah disusun dan dikategorikan dengan label dan tags, penulis akan upload ke internet untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang lain.
P/S: Penulis gunakan LinuxMint untuk susun dan rename semua font sebab Windows kerap hang bila Explorer load font banyak sangat.
Jumaat, 8 April 2011
Mari bercerita – Villain, Antagonis, dan Orang jahat
Antagonis, orang jahat, saintis gila, usahawan korup, atau apa-apa aspek kejahatan tulen. Pada kebiasaannya, orang jahat atau villain adalah individu atau organisasi yang menjadi punca kepada konflik dalam satu-satu cerita. Watak jahat juga memberi kesan negatif kepada watak-watak yang lain.
Dalam cerita dongeng, watak jahat merupakan salah satu daripada ciri persona dramatik. ‘Tugas’ watak jahat dalam satu-satu cerita:
- memperkenalkan diri; watak jahat tersebut akan memulakan onar dan halangan pada watak utama, awek atau keluarganya.
- wujud konflik antara watak utama dengan watak jahat, disusuli dengan pertarungan epik atau konfrontasi yang lain.
- Mengejar watak utama selepas watak utama berjaya mengalahkan atau mendapat sesuatu daripada watak jahat.
Tidak semua ‘tugas’ itu perlu ada dalam satu-satu cerita.
Selain daripada watak jahat yang sememangnya hidup demi melakukan kejahatan, ada dua lagi jenis watak jahat; satu daripadanya adalah hero palsu, iaitu watak berasakan bahawa mereka melakukan kebaikan dan kebenaran, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Misalnya watak kakak tiri dalam cerita Cinderella yang sanggup memotong isi kakinya supaya dapat muat dalam kasut kaca.
Satu lagi watak jahat adalah ‘penghantar’ (dispatcher), yang mana watak ini akan menyuruh watak utama pergi melakukan sesuatu yang pada mulanya kelihatan sebagai sesuatu yang tidak berbahaya. Hakikatnya, watak utama itu disuruh pergi untuk dihapuskan buat selamanya. Nak contoh? Gollum dalam filem Lord of the Rings adalah contoh terbaik.
Dalam penulisan fiksyen, watak jahat memegang dua peranan penting; sebagai orang yang perlu ditewaskan oleh watak utama, dan juga mempamerkan ciri-ciri yang bertentangan dengan watak utama. Watak jahat juga perlu menggambarkan keinginan untuk mencapai sesuatu (untuk menakluki dunia atau menjadi orang terkuat) yang membolehkan pembaca menilai mereka sebagai watak yang lebih kuat daripada watak utama. Untuk mencapai matlamat ini, watak jahat sewajarnya mempunyai personaliti untuk menunjukkan kewajaran mengapa mereka berbuat kejahatan (mungkin kerana cemburu dengan watak utama atau mahu membuktikan kewujudan mereka di mata orang lain).
Watak utama dan watak jahat adalah umpama Yin dan Yang; mereka mempunyai perbezaan tetapi tidak boleh dipisahkan. Masing-masing saling melengkapi dan saling bertentangan pada masa yang sama. Ambil contoh Batman dan Joker. Batman berperwatakan serius manakala Joker sangat histerikal. Batman menegakkan keadilan manakala Joker suka menimbulkan huru-hara. Bak kata Joker dalam filem The Dark Knights, ‘You (Batman) complete me!’
Watak jahat yang klasik biasanya suka memakai pakaian gelap, bermisai lentik, kurus kering, dan suka gelak besar (seperti BUAHAHAHAHA!! atau MUAHHHAHAHAH!!) sambil memegang kedua tangan.
Brad Warner menyatakan bahawa “hanya watak jahat dalam kartun (dan komik) sahaja yang akan gelak besar sambil memegang kedua tangan dan mahu menakluki dunia yang penuh kejahatan”.
Tiada watak yang menjadi jahat secara semulajadi. Tiada orang yang bangun pagi-pagi dan terus fikir nak bunuh siapa untuk hari tu. Tiada jeneral yang terus serang negara jiran lepas makan tengahari tanpa ada sebab. Semua orang melakukan sesuatu dengan sebab. Dengan kata lain, watak jahat berbuat kejahatan kerana didorong oleh motif. Motif untuk memerlukan kejahatan ni banyak, antaranya:
- cemburu
- pilih kasih
- balas dendam
- mahukan pengiktirafan
- kekuasaan
- kekayaan, wang atau harta
- kepuasan
- wanita
- nama dan pangkat
- perasaan tamak haloba
Ben Bova menggalakkan penulis skrip untuk tidak memasukkan watak jahat dalam penulisan. Beliau menyatakan bahawa:
“Tidak wujuk watak jahat dalam dunia sebenar. Tiada orang yang betul-betul jahat dalam dirinya. (Penulisan) fiksyen mencerminkan kehidupan. Atau lebih tepat lagi, fiksyen adalah kanta untuk memerhatikan aspek kehidupan untuk kita memahami realiti dengan lebih dekat. Tiada watak jahat yang suka ketawa besar sambil tersenyum sini dan mengusap kedua belah tangan. Yang ada hanya manusia yang mempunyai masalah, dan mereka berusaha untuk mengatasi masalah tersebut”
Macam mana nak menghasilkan watak jahat yang mempu menggoncang dunia? Salah satu tekniknya adalah dengan menjadikan watak jahat itu sangat hebat dan sangat kuat hingga watak utama kelihatan tidak mampu melawan watak jahat tersebut. Dengan cara ini, pembaca akan berasa simpati kepada watak utama dan akan menyokong (mengikuti) pengembaraan watak utama dalam usaha untuk mengalahkan watak jahat itu.
Watak jahat yang sangat hebat akan menyebabkan watak utama terpaksa menewaskan watak jahat itu dengan cara yang tidak memerlukan tenaga dan kekuatan. Watak utama akan menewaskan watak jahat dengan menggunakan akal atau taktik alternatif dan penamat seperti ini bukan sahaja memberi kepuasan kepada pembaca, bahkan menunjukkan bahawa si penulis mampu menghasilkan cerita yang baik. Contoh klasik adalah David dan Goliath, di mana David menewaskan Goliath dengan menggunakan lastik. Dalam trilogi Star Wars, Luke Skywalker ‘menewaskan’ Darth Vader dengan cara tidak membunuhnya. Dalam manga Naruto, taktik pertarungan Shikamaru dan Temari semasa peperiksaan Chuunin adalah jauh lebih mendebarkan daripada pertarungan Naruto dan Neji.
Walaupun ramai orang yang mengagungkan watak utama, tapi watak jahat ini seringkali menjadi tumpuan. Ada sesetengah villain yang mempunyai kebijaksanaan yang tidak terbatas. Ada juga yang sangat kaya. Ada juga yang mempunyai daya kecekalan yang tinggi kerana walaupun diterajang dan dibelasah oleh si watak utama berkali-kali, mereka masih mampu bangkit dan merancang ancaman durjana yang baru dalam episod berikutnya. Ada yang mengatakan bahawa watak utama itu dinilai berdasarkan watak jahatnya. Maka satu karya yang baik mempunyai watak jahat yang baik (dari segi penulisan). Apa akan jadi kalau watak utama tidak mempunyai watak jahat untuk dikalahkan? Ini hasilnya.
Khamis, 7 April 2011
Mari bercerita – Perihal konflik dalam penceritaan
“Pada suatu ketika, ada seorang puteri bernama Snow White. Snow White tinggal bersama 7 orang kerdil dan mereka hidup bahagia buat selamanya”
Bosan, kan? Jika kita tidak mempunyai konflik, kita tidak mempunyai sebarang cerita.
Tidak semua karya memerlukan konflik, tetapi pada kebiasaannya karya itu merupakan non-fiction. Sesetengah karya yang diinspirasikan daripada slice of life juga kadang-kadang mempunyai unsur konflik. Dalam penceritaan atau permainan video, konflik adalah unsur penggerak cerita.
Masih kurang jelas?
Konflik wujud dalam pelbagai bentuk. Salah satu daripada teori konflik (dalam penceritaan) menyatakan bahawa konflik terbahagi kepada 7 jenis.
7 jenis konflik tersebut adalah:
- Manusia vs. manusia – atau watak menentang watak. Tidak kiralah samada watak itu merupakan watak jahat, robot, kawan, alien, atau sesiapa saja tidak kira kecil atau besar.
- Manusia vs. Diri sendiri – Konflik dalam diri menahan godaan atau cabaran ketika ingin mengejar matlamat.
- Manusia vs. Alam – Kebiasannya jika melibatkan bencana alam, kemusnahan sejagat atau keadaan yang berbahaya. Filem 2012 adalah contoh terbaik.
- Manusia vs. Masyarakat – Tema yang selalu diangkat dalam drama Melayu.
- Manusia vs. Tuhan/Takdir
- Manusia vs. Kuasa Ghaib – Supernatural, hantu, jin, pari-pari dan sebagainya.
- Manusia vs. Mesin
Jika sesetengah karya tidak mempunyai antagonis dalam penceritaannya, besar kemungkinan ia mempunyai konflik jenis kedua.
Dalam filem atau drama bersiri, biasanya terdapat lebih daripada 2 jenis konflik dan semua konflik perlu diselesaikan di akhir cerita, melainkan jika si penulis skrip mahukan penamat jenis tergantung (cliffhanger).
Dalam post akan datang, kita akan bercerita tentang villain/orang jahat plak. Stay tune. (poof!)









