Jumaat, 7 Disember 2012
Sumber Inspirasi: Lakaran automotif
Rabu, 29 Ogos 2012
Latihan untuk tajamkan kepekaan pada warna
Kalau hendak jadi pelukis, seseorang perlu ada kemahiran mewarna. Akan tetapi bagaimana hendak mengasah skill mewarna? Satu caranya adalah dengan berlatih kepekaan kepada warna.
Khamis, 16 Ogos 2012
Progress penghasilan kad raya 2012
Proses penghasilan kad raya yang penulis lukis sendiri.
Rabu, 8 Ogos 2012
Font minggu ini: Rockwell
Kali ini penulis nak perkenalkan font yang agak elegan dan menonjol; Rockwell. Rockwell termasuk dalam kategori font slab serif dengan serif lurus, tidak seperti font serif yang lain. Ciri unik ini menjadikan font Rockwell sesuai untuk text yang pendek atau menu laman web.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan font Rockwell:
Tips berkaitan font Rockwell:
- Rockwell bukan tergolong dalam web-safe font. Font Rockwell di install bersama program Microsoft Office.
- Jangan gunakan Rockwell untuk text yang panjang. Elakkan penggunaan Rockwell dalam perenggan.
- Rockwell ada pelbagai variasi seperti Rockwell Extra Bold dan Rockwell Condensed.
- Rockwell adalah pilihan yang baik untuk image typography.
Jumaat, 13 Januari 2012
Hatching, cross-hatching dan shading
Kenapa penulis shading dulu? Penulis bukan shading semata-mata hendak draw bayang-bayang, tapi lebih kepada nak capture form atau bentuk subjek. Rujuk gambar perut di bawah. AMARAN: JIKA ADA PEMBACA YANG
Tak nampak? mari kita zoom sket:
Penulis gunakan teknik hatching untuk tonjolkan bentuk perut yang berselirat macam tali kasut tu. Urat dan efek air tu untuk kesan tambahan.
Penulis gunakan teknik shading untuk tonjolkan sifat permukaan yang smooth. Teknik shading ni payah sket untuk dipelajari, tapi ia memberi satu kelainan pada karya yang dihasilkan.
Beberapa tips untuk shading dan hatching:
- Shading apabila gunakan media lembut seperti pensil atau arang. Jangan shading guna pen atau dakwat.
- Hatching berpada-pada. Fokus pada shape, bukan bayang-bayang.
- Jangan campurkan teknik shading dengan hatching sekaligus.
- Shading untuk permukaan lembut, hatching untuk tonjolkan sifat dan tekstur permukaan.
- Gunakan shading untuk lukisan tanpa artline. Teknik hatching sesuai untuk lineart, komik atau ilustrasi.
- Fokus pada pencahayaan dan objek ketika shading. Pencahayan yang baik akan membantu menaikkan bentuk objek yang dilukis.
Jumaat, 23 Disember 2011
Elemen seni - Rupa
Ahad, 20 November 2011
Elemen seni - Garisan
Garisan adalah pergerakan satu-satu titik di atas satu-satu permukaan. Ia juga boleh dihuraikan sebagai sambungan antara dua titik.
Jenis Garisan
- melintang
- menegak
- condong/senget
- lurus
- bengkok
- bersudut
- nipis
- tebal/lebar
- terputus-putus
- kabur/tidak jelas
- terkawal
- bebas/freehand
- selari
- lorekan
- berpusar/berpintal
Sifat Garisan
- lembut
- kasar
- berserabut
- tajam
- menggerutu
- licin
- kesat
- lurus
- berduri
- rapuh
- tegas
Sabtu, 19 November 2011
Pengenalan kepada seni halus
Orang selalu berpendapat bahawa seni adalah satu cabang ilmu yang abstrak. Setiap pengkarya dan artisan menghasilkan karya dengan menggunakan daya imaginasi dan kebolehan mereka untuk melukis subjek-subjek yang cantik. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa golongan penggiat seni ini berkerja dengan minda dan idea; tidak banyak menggunakan tenaga dan kerja berat - dari situ munculnya istilah "seni halus" atau "fine arts".
Orang seni selalu dipandang sebagai orang yang selalu bersendiri, berselindung dan cuba mengelak daripada dilihat ditempat awam. Setiap hasil karya mereka adalah amat eksklusif, seolah-olah hasil karya mereka perlu ditutup dan dijaga seperti mana mereka menjaga aurat mereka. Orang seni dikatakan amat sensitif dan mudah terguris hatinya.
Tetapi semua persepsi dan tanggapan ini tidak benar sama sekali. Jika golongan artisan ini merupakan golongan yang pemalu dan sensitif, masakan ada penyanyi dan pelakon yang sering ditayang di kaca televisyen atau dada akhbar. Pernah dengar penyanyi yang malu nak menyanyi atau pelakon yang malu hendak berlakon?
Jika semua golongan artis dan pengkarya seni adalah sensitif dan mudah menangis, itu tidak bermakna mereka ini lembut hati dan mudah terguris perasaan. Jangan samakan golongan karyawan macam makcik yang meleleh air mata bila tengok hero hindustan mati.
Kebanyakan salah faham dan tanggapan negatif biasanya berlaku apabila tiada pemahaman antara kedua belah pihak. Jika ada yang mahu mendalami kehidupan dan jiwa seorang pengkarya seni, atau ada yang mahu menjadi seniman atau karyawan pada satu hari nanti, ada baiknya kita buang segala stereotaip serta prasangka dan mula melangkah ke dunia seni halus.
Elemen seni sebagai bahasa seni halus
Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Macam mana hendak kenal? Kita kenal menggunakan bahasa. Apabila kita cuba memahami dan mentafsirkan seni, kita perlu berbicara dengan bahasa seni. Dalam bahasa seni, kita menggunakan apa yang disebut sebagai elemen seni (elements of arts).
7 elemen seni yang utama adalah:
- Garisan
- Rupa
- Bentuk
- Ruang
- Warna
- Jalinan
- Tona/Value
Ada lukisan bulat-bulat dengan warna-warna terang di bahagian atas lukisan.
Pelukis menggunakan kombinasi warna kroma tinggi diselang-seli dengan warna gelap untuk menghasilkan kontras dari segi jalinan. Garisan yang menegak di gandingkan dengan bulatan berwarna untuk menghasilkan harmoni. Kombinasi garisan lurus dan bulatan menghasilkan keseimbangan kepada keseluruhan lukisan. Tiada bentuk yang terlalu menonjol dan tiada warna yang terlalu terang.Secara kasarnya, menilai karya seni bukanlah diukur berdasarkan ketepatan, tetapi lebih kepada kemahiran 'melihat'. Adakah kita melihat seperti mana orang lain melihat, atau kita boleh mentafsirkan maksud yang tersirat disebalik satu-satu lukisan?
Ahad, 30 Oktober 2011
Typography dengan Wordle
Gambar di atas menunjukkan typography dengan menggunakan perkataan yang penulis ambil daripada blog ini. Jadi semacam satu karya seni pulak.
Pada sesiapa yang minat untuk mencuba, boleh lah melawat laman web Wordle dan dapatkan sumber inspirasi untuk projek typography. Selamat mencuba.
Ahad, 23 Oktober 2011
Photoshop Smart Objects
Apa itu Photoshop Smart Objects?
“Smart Objects are layers that contain image data from raster or vector images, such as Photoshop or Illustrator files. Smart Objects preserve an image’s source content with all its original characteristics, enabling you to perform nondestructive editing to the layer.”
Secara ringkasnya, Smart Objects adalah layer vector di dalam Photoshop. Kenapa kita perlukan layer vector dalam Photoshop? Bayangkan senario berikut:
Anda ada sebuah foto artis yang baru diambil daripada kamera D-SLR. Foto yang mempunyai kualiti imej yang tinggi. Anda crop gambar artis tersebut dan buang background, letakkan dalam file baru sebagai sebuah layer baru. Anda resize gambar artis tersebut kira-kira 50% daripada saiz asal dan save sebagai PSD dan tunjukkan kepada klien/bos. Setakat ini segalanya berjalan lancar.
Katakan anda perlu buat sedikit perubahan kepada fail tersebut. Gambar artis tersebut perlu dibesarkan 75% dan digelapkan sedikit sebanyak 25%. ‘Okay’ kata anda dan besarkan gambar tersebut dan pada masa itu anda akan perasan: ‘Jika gambar ni dibesarkan lagi, pecah la. Takkan nak kena trace dan buang background semula’.
Di sinilah Smart Objects datang membantu. Apabila satu-satu layer ditukarkan menjadi Smart Object, Photoshop akan menyimpan saiz asal layer tersebut. Jadi tak kira berapa kali kita ubah/edit/resize/transform layer tersebut, imej dalam layer tersebut tidak akan rosak/pecah. Rujuk kepada video di bawah:
Smart Object adalah salah satu fungsi dalam Photoshop yang dapat meningkatkan produktiviti graphic designer. Cubalah sendiri dan jika ada pengalaman yang ingin dikongsi bersama, tulis di ruangan komen di bawah. Selamat mencuba.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Cara pantas untuk blogging
Sebenarnya takder cara yang pantas untuk menulis blog, cuma gunakan kemudahan yang ada untuk mencepatkan kerja-kerja blogging ni. Penulis cerita tentang software dulu.
Secara tradisionalnya, blogger kena login ke... well... Blogger.com dan dari situ baru la mulakan kerja-kerja menulis. Masalahnya, kalau tiada internet, tak dapat la nak login dalam Blogger dan tak dapat la nak tulis blog. So ada cara ke nak tulis blog walaupun ketika offline?
Caranya dengan guna offline blog editor seperti Windows Live Writer atau Scribefire untuk tulis blog. Bila dah ada internet connection, boleh terus publish. Kalau tak mahu susah-susah install software, boleh terus tulis blog guna Microsoft Word dan save. Bila ada internet, just copy-paste ke dalam blogger. Tak perlu susah-susah nak menulis semula kandungan blog. Jimat masa dan tenaga.
Lagi satu cara untuk blog dengan pantas adalah dengan menjadikan ia satu habit. Ada yang update blog 2 kali sehari. Ada yang update sebulan sekali. Apa pun pastikan kita maintain blog kita supaya pembaca tidak bosan dan (harapnya) akan datang semula pada masa akan datang.
Kalau tiada masa nak update blog setiap minggu, apa kata tulis post banyak-banyak dan setkan supaya post tu publish setiap minggu. Luangkan masa selama beberapa minit dan tulis 2-3 post. Selepas itu setkan setiap post tu untuk publish selang 2 hari. Dengan cara tu kita tak perlu nak publish post baru selama 6 hari.
Ada sebarang idea dan pendapat untuk blogging dengan pantas? Jangan segan untuk berkongsi. Komen je di ruangan di bawah.
Pemilihan subjek dalam lukisan
Seringkali bila penulis melukis sesuatu, akan ada orang yang bertanya “Ko lukis apa tu?”. Penulis dengan selamba menjawab: “Aku tak lukis apa-apa. Cuma conteng-conteng je”. Dia akan membalas: “Aik? Takkan ko sendiri tak tahu apa yang kau lukis?”
Perlukah seorang pelukis mengetahui apakah subjek yang dilukisnya? Sudah tentu. Tetapi kadang-kadang subjek yang ingin dilukis BUKAN sebuah objek. Macam mana tu?
Kebanyakan pelukis-pelukis baru akan memilih objek sebagai subjek lukisan. Buah epal, pokok, kereta, manusia, permandangan – semua dikategorikan sebagai objek.
Akan tetapi ada pelukis yang cenderung untuk merakam IDEA – objek merupakan perkara nombor dua. Menjadikan warna sebagai subjek utama dalam lukisan merupakan trademark kepada Mark Rothko. Monet merakamkan permainan cahaya ke atas permukaan objek dan biasanya akan melukis objek yang sama dengan cahaya yang berbeza.
Claude Monet, Le Grand Canal – Oil on canvas
Dan basically itulah yang cuba penulis lakukan sekarang. Selain daripada melukis objek, penulis juga cuba belajar untuk merakamkan cahaya serta basic form. Penulis tidak berharap untuk menghasilkan satu lukisan yang cantik, tapi lebih kepada untuk membina pemahaman dan kesedaran dalam lukisan.
Untuk lukisan di bawah pula, penulis lebih kepada mengkaji warna dan shading. Setakat ini penulis sudah berani menolak teori warna secara berperingkat dan digantikan dengan teori warna moden.
Lupa nak beritahu, sekarang penulis mula berminat dengan Round Brush Tool dalam Photoshop dan cuba untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan satu layer.
Ada sebarang pendapat? Jangan segan-segan bagi komen di bawah.
Selasa, 26 Julai 2011
Koleksi Font dan Typeface
Selepas beberapa ketika, kita akan mempunyai koleksi font yang banyak. Maka mudahlah kita untuk berkarya. Tiada lagi Times New Roman sebagai font default apabila menulis dalam Microsoft Word. Ataupun font Myriad dan Calibri bila create text dalam Illustrator. Hooray!
Tanpa kita sedari, kita akan mempunyai koleksi font yang banyak sehingga pada satu tahap sukar hendak diuruskan. Mari kita lihat jumlah font yang ada dalam komputer penulis. Tada!!!
Ok. Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Wah, banyak tu. Macam mana nak susun semua font ni? Salah satu cara untuk susun semua font ni adalah dengan mengasingkan setiap font mengikut kategori font seperti roman, serif, sans serif, slab serif dan sebagainya. Akan tetapi kaedah ini ada kelemahannya. Ini kerana ada sesetengah font yang mempunyai kategori serif dan juga sans serif! Tak percaya? Cuba tengok font DejaVu.
Jadi penyelesaian alternatif adalah dengan mengkategorikan font mengikut nama. Cara ini agak lambat sebab ada sesetengah font yang mempunyai filename yang pelik seperti “verdanaB_01.ttf” atau “8210000~02.ttf”. So nak mengetahui nama font tu agak tricky sedikit dan perlu bukak setiap font dalam font explorer.
Ini antara font yang dah penulis susunkan. Masih ada 8,000 font yang belum disusun lagi.
Hopefully, apabila semua font sudah disusun dan dikategorikan dengan label dan tags, penulis akan upload ke internet untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang lain.
P/S: Penulis gunakan LinuxMint untuk susun dan rename semua font sebab Windows kerap hang bila Explorer load font banyak sangat.
Ahad, 29 Mei 2011
Efek Halftone Menggunakan Illustrator
Sejak berkecimpung dan bergelumang dengan dunia printing ni, penulis mula obses (?) dan juga meminati halftone. Penulis cuba untuk menghasilkan kesan halftone secara vector dalam artwork tapi banyak yang tidak berapa menjadi. Sebelum ini, penulis biasanya akan download stock vector daripada internet tetapi hasilnya tidak memuaskan.
Penulis ‘terjumpa’ teknik menghasilkan kesan halftone dalam Illustrator secara tidak sengaja. Penulis dapati bahawa filter dan efek halftone dalam Illustrator bukan sahaja lebih ‘sharp’, tetapi lebih mudah dikawal dan fleksibel. Nak tahu caranya?
- Buka Illustrator dan buka fail baru (CTRL+N atau File>New…)
- Lukis satu shape atas artboard (tak kira bentuk apa pun) dan fill dengan warna gradiant (hitam-putih misalnya).
- Klik pada Effect>Pixelate>Color Halftone… Satu window baru akan keluar. Klik OK.
- Efek seperti ini akan terhasil:
- Sekarang cuba ubah warna gradient dan perhatikan hasilnya. Selamat mencuba!
Untuk artwork di atas, penulis hasilkan beberapa corak halftone dan ubah blending mode kepada ‘Multiply’. Cool huh?
Jumaat, 8 April 2011
Mari bercerita – Villain, Antagonis, dan Orang jahat
Antagonis, orang jahat, saintis gila, usahawan korup, atau apa-apa aspek kejahatan tulen. Pada kebiasaannya, orang jahat atau villain adalah individu atau organisasi yang menjadi punca kepada konflik dalam satu-satu cerita. Watak jahat juga memberi kesan negatif kepada watak-watak yang lain.
Dalam cerita dongeng, watak jahat merupakan salah satu daripada ciri persona dramatik. ‘Tugas’ watak jahat dalam satu-satu cerita:
- memperkenalkan diri; watak jahat tersebut akan memulakan onar dan halangan pada watak utama, awek atau keluarganya.
- wujud konflik antara watak utama dengan watak jahat, disusuli dengan pertarungan epik atau konfrontasi yang lain.
- Mengejar watak utama selepas watak utama berjaya mengalahkan atau mendapat sesuatu daripada watak jahat.
Tidak semua ‘tugas’ itu perlu ada dalam satu-satu cerita.
Selain daripada watak jahat yang sememangnya hidup demi melakukan kejahatan, ada dua lagi jenis watak jahat; satu daripadanya adalah hero palsu, iaitu watak berasakan bahawa mereka melakukan kebaikan dan kebenaran, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Misalnya watak kakak tiri dalam cerita Cinderella yang sanggup memotong isi kakinya supaya dapat muat dalam kasut kaca.
Satu lagi watak jahat adalah ‘penghantar’ (dispatcher), yang mana watak ini akan menyuruh watak utama pergi melakukan sesuatu yang pada mulanya kelihatan sebagai sesuatu yang tidak berbahaya. Hakikatnya, watak utama itu disuruh pergi untuk dihapuskan buat selamanya. Nak contoh? Gollum dalam filem Lord of the Rings adalah contoh terbaik.
Dalam penulisan fiksyen, watak jahat memegang dua peranan penting; sebagai orang yang perlu ditewaskan oleh watak utama, dan juga mempamerkan ciri-ciri yang bertentangan dengan watak utama. Watak jahat juga perlu menggambarkan keinginan untuk mencapai sesuatu (untuk menakluki dunia atau menjadi orang terkuat) yang membolehkan pembaca menilai mereka sebagai watak yang lebih kuat daripada watak utama. Untuk mencapai matlamat ini, watak jahat sewajarnya mempunyai personaliti untuk menunjukkan kewajaran mengapa mereka berbuat kejahatan (mungkin kerana cemburu dengan watak utama atau mahu membuktikan kewujudan mereka di mata orang lain).
Watak utama dan watak jahat adalah umpama Yin dan Yang; mereka mempunyai perbezaan tetapi tidak boleh dipisahkan. Masing-masing saling melengkapi dan saling bertentangan pada masa yang sama. Ambil contoh Batman dan Joker. Batman berperwatakan serius manakala Joker sangat histerikal. Batman menegakkan keadilan manakala Joker suka menimbulkan huru-hara. Bak kata Joker dalam filem The Dark Knights, ‘You (Batman) complete me!’
Watak jahat yang klasik biasanya suka memakai pakaian gelap, bermisai lentik, kurus kering, dan suka gelak besar (seperti BUAHAHAHAHA!! atau MUAHHHAHAHAH!!) sambil memegang kedua tangan.
Brad Warner menyatakan bahawa “hanya watak jahat dalam kartun (dan komik) sahaja yang akan gelak besar sambil memegang kedua tangan dan mahu menakluki dunia yang penuh kejahatan”.
Tiada watak yang menjadi jahat secara semulajadi. Tiada orang yang bangun pagi-pagi dan terus fikir nak bunuh siapa untuk hari tu. Tiada jeneral yang terus serang negara jiran lepas makan tengahari tanpa ada sebab. Semua orang melakukan sesuatu dengan sebab. Dengan kata lain, watak jahat berbuat kejahatan kerana didorong oleh motif. Motif untuk memerlukan kejahatan ni banyak, antaranya:
- cemburu
- pilih kasih
- balas dendam
- mahukan pengiktirafan
- kekuasaan
- kekayaan, wang atau harta
- kepuasan
- wanita
- nama dan pangkat
- perasaan tamak haloba
Ben Bova menggalakkan penulis skrip untuk tidak memasukkan watak jahat dalam penulisan. Beliau menyatakan bahawa:
“Tidak wujuk watak jahat dalam dunia sebenar. Tiada orang yang betul-betul jahat dalam dirinya. (Penulisan) fiksyen mencerminkan kehidupan. Atau lebih tepat lagi, fiksyen adalah kanta untuk memerhatikan aspek kehidupan untuk kita memahami realiti dengan lebih dekat. Tiada watak jahat yang suka ketawa besar sambil tersenyum sini dan mengusap kedua belah tangan. Yang ada hanya manusia yang mempunyai masalah, dan mereka berusaha untuk mengatasi masalah tersebut”
Macam mana nak menghasilkan watak jahat yang mempu menggoncang dunia? Salah satu tekniknya adalah dengan menjadikan watak jahat itu sangat hebat dan sangat kuat hingga watak utama kelihatan tidak mampu melawan watak jahat tersebut. Dengan cara ini, pembaca akan berasa simpati kepada watak utama dan akan menyokong (mengikuti) pengembaraan watak utama dalam usaha untuk mengalahkan watak jahat itu.
Watak jahat yang sangat hebat akan menyebabkan watak utama terpaksa menewaskan watak jahat itu dengan cara yang tidak memerlukan tenaga dan kekuatan. Watak utama akan menewaskan watak jahat dengan menggunakan akal atau taktik alternatif dan penamat seperti ini bukan sahaja memberi kepuasan kepada pembaca, bahkan menunjukkan bahawa si penulis mampu menghasilkan cerita yang baik. Contoh klasik adalah David dan Goliath, di mana David menewaskan Goliath dengan menggunakan lastik. Dalam trilogi Star Wars, Luke Skywalker ‘menewaskan’ Darth Vader dengan cara tidak membunuhnya. Dalam manga Naruto, taktik pertarungan Shikamaru dan Temari semasa peperiksaan Chuunin adalah jauh lebih mendebarkan daripada pertarungan Naruto dan Neji.
Walaupun ramai orang yang mengagungkan watak utama, tapi watak jahat ini seringkali menjadi tumpuan. Ada sesetengah villain yang mempunyai kebijaksanaan yang tidak terbatas. Ada juga yang sangat kaya. Ada juga yang mempunyai daya kecekalan yang tinggi kerana walaupun diterajang dan dibelasah oleh si watak utama berkali-kali, mereka masih mampu bangkit dan merancang ancaman durjana yang baru dalam episod berikutnya. Ada yang mengatakan bahawa watak utama itu dinilai berdasarkan watak jahatnya. Maka satu karya yang baik mempunyai watak jahat yang baik (dari segi penulisan). Apa akan jadi kalau watak utama tidak mempunyai watak jahat untuk dikalahkan? Ini hasilnya.
Khamis, 7 April 2011
Mari bercerita – Perihal konflik dalam penceritaan
“Pada suatu ketika, ada seorang puteri bernama Snow White. Snow White tinggal bersama 7 orang kerdil dan mereka hidup bahagia buat selamanya”
Bosan, kan? Jika kita tidak mempunyai konflik, kita tidak mempunyai sebarang cerita.
Tidak semua karya memerlukan konflik, tetapi pada kebiasaannya karya itu merupakan non-fiction. Sesetengah karya yang diinspirasikan daripada slice of life juga kadang-kadang mempunyai unsur konflik. Dalam penceritaan atau permainan video, konflik adalah unsur penggerak cerita.
Masih kurang jelas?
Konflik wujud dalam pelbagai bentuk. Salah satu daripada teori konflik (dalam penceritaan) menyatakan bahawa konflik terbahagi kepada 7 jenis.
7 jenis konflik tersebut adalah:
- Manusia vs. manusia – atau watak menentang watak. Tidak kiralah samada watak itu merupakan watak jahat, robot, kawan, alien, atau sesiapa saja tidak kira kecil atau besar.
- Manusia vs. Diri sendiri – Konflik dalam diri menahan godaan atau cabaran ketika ingin mengejar matlamat.
- Manusia vs. Alam – Kebiasannya jika melibatkan bencana alam, kemusnahan sejagat atau keadaan yang berbahaya. Filem 2012 adalah contoh terbaik.
- Manusia vs. Masyarakat – Tema yang selalu diangkat dalam drama Melayu.
- Manusia vs. Tuhan/Takdir
- Manusia vs. Kuasa Ghaib – Supernatural, hantu, jin, pari-pari dan sebagainya.
- Manusia vs. Mesin
Jika sesetengah karya tidak mempunyai antagonis dalam penceritaannya, besar kemungkinan ia mempunyai konflik jenis kedua.
Dalam filem atau drama bersiri, biasanya terdapat lebih daripada 2 jenis konflik dan semua konflik perlu diselesaikan di akhir cerita, melainkan jika si penulis skrip mahukan penamat jenis tergantung (cliffhanger).
Dalam post akan datang, kita akan bercerita tentang villain/orang jahat plak. Stay tune. (poof!)
Rabu, 6 April 2011
Mari bercerita – Master plot
Tiada idea hendak berkarya?
(menghidupkan api) Mari berkumpul di depan unggun api kerana pada hari ini penulis mahu bercakap tentang bidang penulisan dan penceritaan. Jika ada pembaca yang berminat untuk menghasilkan cerita atau karya kreatif, maka teruskan pembacaan kerana mungkin apa yang penulis terangkan di sini dapat membantu pembaca berkarya kelak.
Sebelum memulakan pengkaryaan, si pengkarya perlu memikirkan tentang tema atau master plot. Tema ini akan menentukan perkembangan keseluruhan karya. Untuk memudahkan pembaca membuat pemilihan, penulis senaraikan 20 tema yang biasa digunakan dalam bidang drama dan penulisan.
20 tema penceritaan:
- Penjelajahan – Samurai Jack,
- Pengembaraan – menerokai kawasan baru/asing
- Kejar-mengejar – gunakan kereta/pengangkutan untuk aksi kejar-kejar yang mendebarkan
- Penyelamatan – tema dalam cerita Superhero
- Melepaskan diri – elemen suspen yang biasanya melibatkan nyawa hujung tanduk
- Teka-teki – Tomb Raider, Indiana Jones
- Persaingan – Batman vs Joker, Superman vs Lex
- Underdog
- Keinginan
- Perkiasan – Mirror Mask, Waking Life
- Perubahan
- Kematangan
- Percintaan – Semua kisah melibatkan cinta
- Percintaan terhalang – adanya halangan atau orang ketiga dalam percintaan
- Pengorbanan – mengorbankan sesuatu untuk mencapai sesuatu
- Penemuan – menjumpai sesuatu secara sengaja atau tidak
- Membaiki keadaan
- Balas dendam
- Peningkatan – keadaan bertambah baik
- Penurunan – situasi menjadi semakin buruk
Tema lain seperti persahabatan, kekeluargaan, peperangan/perbalahan, atau fantasi juga boleh digunakan.
Akan tetapi, cerita tidak boleh wujud tanpa konflik. Perihal konflik akan penulis nyatakan dalam post berikutnya. Stay tune.
Sabtu, 2 April 2011
Dilemma warna kulit
Apakah warna / skintone bagi manusia? Oren? Coklat? Mungkin ada sebilangan pelukis yang menjawab warna kuning langsat atau warna krim. Tidak kurang juga pelukis yang beranggapan bahawa kulit manusia berwarna jingga atau coklat. Ada juga yang mengatakan bahawa kulit kita berwarna sawo matang (coklat gelap).
Secara amnya, kita boleh mengkategorikan warna kulit manusia berdasarkan kedudukan geografi. Warna kulit bagi orang yang tinggal di benua Afrika secara amnya lebih gelap jika dibandingkan dengan warna kulit orang yang tinggal di benua Asia. Lihat infografik di bawah:
Pembahagian warna kulit manusia berdasarkan kedudukan geografi.
Setiap kali ingin mewarnakan kulit atau anggota tubuh badan manusia, ramai pelukis yang akan merujuk kepada skim atau swatch skintone. Antara palet dan swatch yang penulis gunakan sebelum ini:Penggunaan swatches seperti ini tidak dinafikan akan memudahkan proses melukis dan mewarna. Persoalan yang timbul adalah: Adakah ini merupakan representasi sebenar warna kulit? Atau untuk soalan yang lebih dalam lagi; apakah warna sebenar bagi kulit.
Selepas berkali-kali membuat kajian dan bertanya pada pelukis yang berpengalaman, jawapannya adalah amat mengejutkan.
Tiada warna / hue /skintone yang tepat bagi warna kulit. Warna kulit bergantung kepada warna dan mood cahaya persekitaran. Samada warna kulit kelihatan tepat atau tidak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh value / nilai terang gelap.
Jadi semua warna pun boleh digunakan sebagai warna kulit / skintone? Kenapa nak gunakan warna yang pelik-pelik (seperti biru atau hijau sebagai warna kulit? Antara penggunaan yang paling mudah adalah untuk menimbulkan pelbagai ekspressi dan mood. Lihat contoh dibawah:
Beberapa contoh lain boleh di lihat di sini dan di sini.
Ini pula contoh lukisan yang penulis hasilkan sendiri:
Harapnya post ini dapat menjawab beberapa persoalan tentang warna kulit / skintone. Jika ada sebarang kekeliruan, jangan segan rujuk wikipedia bertanya.
Untill next post. (poof!)

















