Memaparkan catatan dengan label font. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label font. Papar semua catatan

Selasa, 21 Ogos 2012

Font minggu ini: Trebuchet MS

Font Trebuchet di LRT Maluri

Trebuchet MS adalah font sans serif yang direka oleh Vincent Connare pada tahun 1996. Ia dipanggil ‘Trebuchet’ yang bermaksud ‘lastik gergasi’.

TrebuchetMS

Antara ciri-ciri font Trebuchet MS:

  • Huruf M yang condong sebanyak 10ยบ daripada garis menegak.
  • Huruf Q yang mempunyai ‘ekor’.
  • Huruf A yang agak rendah.
  • Titik pada huruf i dan j adalah berbentuk bulatan.
  • Hujung huruf l yang sedikit melengkung.

Microsoft merujuk Terbuchet MS sebagai font yang baik untuk laman web.

Font Trebuchet juga merupakan font untuk title bar bagi Windows XP.

Trebuchet MS merupakan font default bagi Windows sejak WIndows 2000. Ia juga boleh didapati dalam Mac OS X dan iOS.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Font minggu ini: Arial & Helvetica (keputusan)

Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?

Arial-Helvetica_thumb

Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?

Selasa, 14 Ogos 2012

Font minggu ini: Arial & Helvetica

Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?

Arial Helvetica

Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?

Penulis akan beri jawapannya dalam 2 hari.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Font minggu ini: Facebook

facebook-logo-blue

Logo Facebook adalah antara logo yang dikenali ramai. Sekali imbas je dah tahu ni logo Facebook. Mungkin ramai yang cuba untuk create balik logo Facebook ni, tapi tak tahu jenis font yang digunakan.

Rabu, 8 Ogos 2012

Font minggu ini: Rockwell

Kali ini penulis nak perkenalkan font yang agak elegan dan menonjol; Rockwell. Rockwell termasuk dalam kategori font slab serif dengan serif lurus, tidak seperti font serif yang lain. Ciri unik ini menjadikan font Rockwell sesuai untuk text yang pendek atau menu laman web.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan font Rockwell:

05-18_squared_eye_typeintro

rockwell

rockwell_545_01_d16507i89

Rockwell-2

Tips berkaitan font Rockwell:

  • Rockwell bukan tergolong dalam web-safe font. Font Rockwell di install bersama program Microsoft Office.
  • Jangan gunakan Rockwell untuk text yang panjang. Elakkan penggunaan Rockwell dalam perenggan.
  • Rockwell ada pelbagai variasi seperti Rockwell Extra Bold dan Rockwell Condensed.
  • Rockwell adalah pilihan yang baik untuk image typography.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link