Memaparkan catatan dengan label sai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sai. Papar semua catatan

Selasa, 4 Disember 2012

Lakaran lepas kerja


Rindu pulak nak sketch guna pensil dan kertas..

Jumaat, 30 November 2012

Sketch dalam Sai

Sudah agak lama penulis tak melukis dalam Sai. Bukannya penulis tak suka guna Sai, tetapi penulis still struggle untuk kuasai brushes dalam Sai.
Pindah rumah

Dunia dalam air
Penulis gunakan marker brush dengan warna biru. Penulis elakkan daripada menggunakan banyak layer dan warna sebab fokus utama penulis adalah untuk biasakan diri dengan brush Sai.

Ada komen? Berikan pendapat anda.

Isnin, 26 November 2012

Anatomi badan perempuan

Anatomi perempuan adalah subjek yang paling lama untuk penulis kuasai. Dah bermacam-macam buku yang penulis baca tapi masih gagal kuasai anatomi badan perempuan ni.

Kenapa belajar anatomi badan perempuan?
  • Untuk elakkan daripada melukis perempuan yang berbadan macam lelaki.
  • Memahami perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan
  • Menghargai fungsi dan kelebihan yang ada padan fizikal perempuan
  • Melatih diri untuk menguasai garisan.

Penulis sering jadikan perempuan berbadan kurus sebagai rujukan. Mungkin lepas ni penulis akan jadikan perempuan yang gemuk berisi chubby comel sebagai rujukan pulak. Ada sesiapa yang ingin menawarkan diri? (Keluar tanduk)

Sumber rujukan : Pretty Girl Thread DeviantArt. 18 tahun ke atas sahaja.

Jumaat, 11 November 2011

Melukis fabrik dan kain bahagian II

Lakaran untuk kedutan dan lipatan pada baju perempuan. Klik pada gambar untuk full view.

Isnin, 7 November 2011

Lakaran stail komik

Hari ni pelukis hasilkan satu lagi karya dengan feel komik. Bagi yang tak tahu, penulis mula berkecimpung dengan bidang lukisan dan seni sebab tertarik dengan komik Doraemon. Penulis sedaya-upaya cuba tiru lukisan Fujio•F•Fujiko sebab bagi pelukis, lukisan dalam komik Doraemon tu cool sangat.

Bila pelukis lihat kembali lukisan-lukisan lama yang penulis hasilkan, penulis bolah nampak proses transformasi artwork penulis daripada stail komik Doraemon kepada stail semi-realist sekarang ni.

Apa kaitan dengan lukisan kat atas tu? Lukisan tu merupakan satu usaha penulis untuk kembali ke 'akar' penulis. Penulis cuba mendapatkan kembali semangat dan keazaman ketika belajar melukis dan mengenang kembali pahit manis menempuhi jalan seorang anak seni.

Penulis gunakan MyPaint untuk lakaran kasar, Sai untuk inking dan Photoshop untuk teks dan halftone.

Bonus: Lakaran kasar sebelum inking guna Sai.

Info tambahan: Lakaran ini berada dalam folder 'Unfinished' selama 3 bulan.

Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 6 November 2011 (10 Zulhijjah 1432) dan Salam Maal Hijrah 1433H. Jika ada sebarang silap dan salah, penulis minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Terima kasih atas sokongan semua pembaca setia blog Hikayat Seorang Pereka Grafik Picisan.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link