Khamis, 4 Ogos 2011

ActionScript 101 - Bahagian 1 (Pengenalan)

Kenapa perlu belajar menggunakan actionScript?

Tanpa actionScript, apa yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Flash adalah animasi. actionScript adalah bahasa pengantaraan bagi perisian Flash dan ia lebih kurang sama seperti javaScript. Jika difikirkan, sebarang bentuk interaktiviti perlu dilakukan dengan menggunakan actionScript. Tak kira lah samada untuk play movieclip, atau berhentikan movieclip supaya dia tak looping, actionScript adalah satu keperluan dalam (hampir) semua projek Flash. actionScript dapat meningkat kepenggunaan (function) dan interaktiviti satu-satu projek. Dengan mempelajari actionScript, kita mempunyai lebih kawalan pada movieclip dan berpotensi untuk menghasilkan aplikasi yang dinamik dan menarik.

Blogging dengan ScribeFire

Wow.. Penulis baru aje install extension ScribeFire untuk Google Chrome. Sekarang penulis boleh update blog sambil browse Internet. Wheeeeeeeee!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Captcha fail…

captcha

Captcha fail WIN! Mujurlah bukan prostat.. Opss…

Concept art untuk mobile game

Hari ini penulis dapat tugasan baru: Hasilkan concept art untuk mobile games (atau apps/game dalam handphone). Game ni berkaitan tentang sebuah robot yang perlu menyelamatkan bandar Kota Langit Kuala Lumpur daripada musuh dan pemain akan mengawal robot untuk melepasi rintangan dan cabaran sebelum menentang musuh. (Promosi game tamat di sini).

So penulis diberi tanggungjawab untuk menghasilkan lakaran konsep berkaitan dengan game ini. Di bawah ni disertakan beberapa lakaran yang penulis telah hasilkan. Motifnya adalah untuk mencari idea dan cuba mencari elemen atau ‘ramuan’ yang akan dimasukkan dalam game tu nanti.

sketch01

Takkan baca je? Komen sikit..

Link