Rabu, 14 September 2011

Efek Coder/Decoder dalam Flash

Pada sesiapa yang script dan techno junkie tu, sure pernah tengok efek coder/decoder dalam filem atau website. Efek coder/decoder ni biasanya boleh diperoleh dengan menggunakan perisian grafik seperti Adobe After Effect. Tapi macam mana nak dapatkan efek ni guna Flash?

Meh sini penulis nak berkongsi tips. Mula-mula buat new actionScript 2.0 document. Buat satu dynamic text di stage dan letakkan "decoder" (tanpa quotation) sebagai instance name. Pilih dynamic text tu dan convert kepada movie clip. Namakan movie clip tu sebagai "coder". Jangan lupa namakan instance name movie clip tu sebagai "coder" jugak.

Lepas tu buat satu layer baru dan rename layer tu sebagai "actions". Klik frame pertama dalam layer "actions" dan tekan F9. Panel berlabel "actions" akan muncul dan copy-paste code di bawah dalam panel tu:
//Coder & Decoder//
a = 0;
coder.onEnterFrame = function() {
    myString = "Selamat Datang ke Laman Pereka Grafik Picisan";
    codeTotal = myString.length;
    temp1 = "";
    for (n=0; n<codeTotal; n++) {
        temp1 += chr(random(42)+48);
    }
    temp2 = myString.substr(0, a);
    coder.decoder.text = temp2+temp1.substring(a, codeTotal);
    a++;
    if (a == codeTotal+1) {
        delete this.onEnterFrame;
    }
};
Lepas tu tekan Ctrl+Enter dan nikmati efek ini sepuasnya.

Amacam? Boleh try lepas ni. Kalau ada masalah leh PM atau komen di bawah.

Selasa, 13 September 2011

ActionScript untuk test Internet Connection

ActionScript untuk check internet connection. Dapat code ni masa nak buat kiosk untuk Galeri Perfileman Finas.
if (my == 0) {
//Check Internet Connection//
var connected:Boolean = false;
function checkConnection():Void {
    var myLoadVars:LoadVars = new LoadVars();
    myLoadVars.onHTTPStatus = function(httpStatus:Number) {
        if (httpStatus != 0) {
            connected = true;
            //Run Updater//
            updateXML();
            //function jika ada internet//

            } else {
            connected = false;
            //Run from memory//
            collectXML();
            //function jika tiada internet//

        }
        delete this;
    };
    myLoadVars.load("http://galeri.finas.gov.my/");
    //guna www.google.com pun boleh//
}
checkConnection();

Boleh nampak ker? Just testing dengan syntaxHighligher untuk Blogger. Kalau ada sebarang komen sila beritahu penulis tentang syntaxHighlighter ni.

Khamis, 8 September 2011

Artwork minggu ini

Antara sketching yang penulis hasilkan untuk asah balik skill melukis. Sebab terlalu banyak buat programming, skill melukis pun dah mula jadi $uck.. Jika ada pembaca yang nak re-trace/color/re-draw, penulis sangat mengalu-alukan.

PinupsPinups2

Rabu, 7 September 2011

Apabila Ramadhan berlalu pergi..

Kerja makin banyak.
Duit makin sedikit.
Masa banyak habis.
Tenaga makin kurang.
Amalan makin susut.
Nafsu makin meninggi.
Suara makin lantang.
Mulut semakin rancak.
Kain semakin kurang.
Aksi semakin berani.

Tetapi imanku masih lagi seinci..

Takkan baca je? Komen sikit..

Link