Jumaat, 23 Disember 2011

Elemen seni - Rupa

Okay, lepas puas bergelumang dengan garisan, kali ini kita berkenalan dengan rupa plak. Rupa, atau dalam bahasa Jawa dipanggil sebagai 'shape' merupakan garisan yang bertemu dikedua hujungnya. Rupa terbahagi kepada 3 iaitu rupa organik, rupa geometri dan rupa gabungan organik dan geometri. 
Seperti mana ciri dan personaliti yang terdapat dalam garisan, rupa juga mempunyai makna dan definisi yang tersendiri. Rupa geometri misalnya, memberikan impresi stabil, kaku, teguh, tegas dan mapan. Rupa organik pula memberi impresi ketenangan, pengulangan dan juga keharmonian.

Dalam post akan datang penulis akan tunjukkan beberapa ilustrasi berkaitan dengan rupa dan bentuk.

1 ulasan:

Takkan baca je? Komen sikit..

Link