Rabu, 21 Disember 2011

Maaf, tiada lagi ShoutMix chat widget.

Apabila penulis berblog, penulis cuma mengharapkan untuk menyampaikan idea dan pandangan tentang seni dan grafik supaya dapat dikongsi dengan pembaca blog yang lain. Penulis juga percaya bahawa hubungan antara blogger (penulis blog) dan pembaca perlu diwujudkan supaya ia tidak menjadi hubungan satu hala semata.

Atas kesedaran itu maka penulis menyediakan platform seperti ruangan komen, emel, facebook page, dan chat supaya pembaca dapat berinteraksi dengan penulis secara langsung. Penulis juga cuba mengelakkan sebarang bentuk validation dan pengesahan seperti captcha kerana penulis percaya ia membantutkan usaha untuk memberikan sumbangan idea secara telus.

Malangnya, platform tersebut sering disalahgunakan oleh segelintir pembaca untuk kepuasan peribadi atau cubaan untuk mendapatkan keuntungan. Apabila aktiviti yang melibatkan cubaan mengaut keuntungan ini mula menggugat blog dan sensitiviti penulis, maka sudah tiba masanya untuk penulis menghentikan platform ini.

Orang kata jika kebebasan yang diberikan sering disalahguna, kita perlu menarik balik kebebasan itu. Atas kesedaran itu, maka secara rasminya mulai esok, penulis akan menutup platform seperti chat widget dan emel. Pembaca boleh berinteraksi dengan penulis dengan menggunakan ruangan komen atau facebook page.

Harapnya penulis dapat berkarya dan melukis dengan lebih tenang selepas ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link