Khamis, 19 Julai 2012

Tips untuk jadi pereka grafik

Nak jadi designer? Tak tahu macam mana nak jadi designer? Penulis akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjadi seorang pereka grafik

Dapatkan pendidikan formal dalam Graphic Design.

Kebanyakan syarikat di Malaysia mementingkan pencapaian akademik sebelum diterima bekerja. At least dapatkan sijil kursus Photoshop atau diploma.

Beli buku grafik.

Tambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia senireka dan rekabentuk. Bukan semua ilmu boleh didapati dari internet.

Jadi pengumpul/simpan library sendiri.

Jika jumpa gambar/foto yang boleh dijadikan rujukan, copy dalam hard disk dan organize supaya senang untuk dicari kelak. Ia boleh menjadi sumber rujukan atau inspirasi pada masa akan datang. Patung action figure tidak termasuk dalam kategori ini.

Join forum dan topik yang berkaitan dengan seni/rekabentuk.

Ambil ilmu daripada otai-otai dan para sifoo. Pergh.com dan Putera adalah forum yang masih aktif. Kalau ada yang tak jelas, tanya je kat forum. Malu bertanya sesat jalan.

Ambil gambar banyak-banyak.

Study gambar yang diambil dan kenalpasti kelemahan daripada gambar tu. Perbaiki kemahiran mengambil gambar. Ia adalah latihan yang baik untuk menajamkan tumpuan dan komposisi. Share dengan orang lain dan dapatkan komen.

Jangan takut dengan kritikan.

Tak ramai designer yang boleh menerima kritikan. Ramai juga yang susah nak mengaku kelemahan sendiri. Dalam dunia pekerjaan sebenar, kritikan daripada klien adalah benda yang tidak boleh dielakkan. Sapa yang tak bengang kalau design yang kita buat dengan susah payah tu dikomen sesedap rasa. Lepas tu kena ubah plak. Anggap je semua komen dan kritikan tu macam ubat makjun yang pahit tapi perlu ditelan untuk memajukan diri.

Cuba baiki design yang lama.

Jika ada masa terluang, cuba lihat semula project design yang pernah dibuat dan cuba buat semula projek tu. Jangan rasa malu dengan projek yang lama. Cuba kenalpasti masalah dalam design yang lama dan elakkan ia daripada berlaku dalam design akan datang.

Buat lakaran dalam skethbook.

Designer kena pandai menterjemahkan idea dalam bentuk lukisan yang boleh difahami oleh orang lain. Sketchbook adalah medium yang amat sesuai untuk menyimpan idea dan ia sekaligus membantu kemahiran melukis.

2 ulasan:

  1. Salam penulis,saya ingin bertanyakan sesuatu, adakah untuk menjadi pereka grafik perlu ada skill "melukis"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melukis adalah satu kemahiran untuk menterjemahkan idea kepada bentuk yang mudah difahami oleh orang lain. Dengan kata lain kemahiran melukis berkaitan dengan kemahiran berkomunikasi.

      Jika designer tu pandai melukis, lebih mudah untuk dia menerangkan idea dia kepada klien/audiens.

      Bagi penulis, skill melukis adalah essential/perlu untuk jadi seorang graphic designer.

      Padam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link