Ahad, 29 Mei 2011

Dapat Hadiah Cabutan Bertuah Melalui E-Mel?

Pernah tak pembaca membuka emel pada satu hari dan mendapati ada emel yang memberitahu bahawa anda memenangi cabutan bertuah/loteri/lotto/emel bertuah bernilai jutaan (dalam nilai USD)? Ataupun memberitahu bahawa si pengirim emel mencari ‘teman perniagaan’ untuk menguruskan urusniaga jutaan USD? Emel itu juga meminta ada memberikan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat tetap, no. telefon, no akaun bank dan juga sebagainya. Jika ada dikalangan pembaca yang menerima emel seperti ini, terus padam jangan sesekali membalas emel sebegini kerana ia adalah satu PENIPUAN (scam)!

Scam01

Emel di atas adalah antara emel yang biasa diterima oleh penulis. Biasanya penulis emel ini (scammer) akan mendakwa bahawa dirinya adalah peguam/pihak bank dan mengumumkan bahawa seorang hartawan atau jutawan meninggal dunia (kemalangan jalan raya/sakit jantung/kapal terbang terhempas/kena tembak) dan si penerima emel (bakal mangsa) perlu tampil sebagai waris terdekat untuk menuntut harta si mati.

Akan tetapi si penulis emel memerlukan beberapa butiran peribadi si penerima emel seperti nama penuh, alamat tetap, no akaun bank, no telefon dan juga no pengenalan diri untuk ‘memudahkan urusan’ dan untuk ‘mengelakkan sebarang kesulitan’. Si penulis emel juga menekankan bahawa urusan yang bakal dijalankan adalah sah dan tidak menyalahi dari segi undang-undang.

Apabila si penerima emel membalas emel, si penulis emel akan meminta sejumlah bayaran untuk ‘melancarkan urusan’ seperti duti setem, kelulusan borang, atau bayaran perkhidmatan supaya segala urusan pembayaran dapat diakukan secepat mungkin. Si penulis emel akan menyuruh si penerima/mangsa untuk membayar melalui Western Union atau Money Gram dan memberikan nama serta nombor akaun.

Scam02

Apabila mangsa menghantar wang kepada si penulis, si penulis akan mengatakan bahawa terdapat beberapa kesulitan dalam proses menghantar dokumen dan meminta lebih banyak wang daripada mangsa. Mangsa akan menghantar lebih banyak wang dan (biasanya) akan ada kesulitan yang lain, sehingga semua wang mangsa habis diberikan kepada si penulis. AKhirnya si mangsa akan sedar bahawa ia adalah penipuan dan si penulis tidak lagi membalas emel yang dihantar.

Ini adalah modus operandi bagi Nigerian Scam atau 419. 419 merupakan kod kesalahan bagi penipuan melalui internet di Nigeria. Bukan semua penduduk Nigeria merupakan penipu yang menghantar emel palsu dan menipu wang dari mangsa, tetapi 95% daripada daripada scammer adalah beroperasi di Lagos, Nigeria.

Penulis cuba menjejak dari mana emel itu dihantar menggunakan IP address dan ini hasilnya:

Scam03

Tidak menghairankan apabila penulis dapati bahawa itu dihantar dari Burkina Faso, berhampiran dengan Nigeria, Afrika. (Penulis menggunakan IP Address Tracking Program di sini).

Jadi, lain kali sila berhati-hati apabila menerima emel daripada orang yang tidak dikenali dan menawarkan wang bernilai jutaan USD. Elakkan perasaan tamak dan kawal diri ketika berada di internet. Tiada orang yang akan memberikan wang yang banyak kepada orang yang tidak dikenali. Itu sahaja yang dapat penulis sampaikan. Selanjutnya terpulanglah kepada budi bicara pembaca sendiri.

Edit: tidak lama selepas penulis menerima (dan membalas) emel scam, penulis menerima emel yang tidak kurang menariknya:

Scam04

Dari hemat penulis, emel ini juga merupakan satu lagi emel scam yang cuba untuk menipu wang.

Edit edit: Penulis sedang aktif dalam aktiviti scambaiting. Untuk lebih info tentang skim 419 dan scambait, klik sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link