Jumaat, 23 Disember 2011

Blogging dengan Soundcloud

Kadang-kadang penulis rasa lagi senang kalau penulis bercakap dan meluahkan idea dengan kata-kata berbanding dengan menulis di skrin komputer. Bukan penulis tidak suka menulis, tetapi ada sesetengah idea yang lebih mudah diluahkan dengan percakapan. Bercakap dan berkata-kata adalah lebih laju daripada menekan-nekan butang di papan keyboard. Kalau lambat sket, idea dah hilang..

Sekarang penulis tengah cuba bereksperimen dengan SoundCloud dan cuba untuk intergrasikan dengan Blogger untuk pengalaman blogging yang lebih menarik.

Penulis cuba mencari widget dan gadget untuk dimasukkan ke dalam blog penulis. Hopefully penulis dapat habiskan syllabus Seni Visual ni dengan lebih cepat. Boleh la penulis berfalsafah dengan bahasa-bahasa tinggi dan berbunga-bunga pasni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link