Jumaat, 13 Januari 2012

Hatching, cross-hatching dan shading

Apabila penulis mula sketching permandangan atau objek. penulis tanpa sedar akan mula buat shading dan hatching. Seorang pensyarah masa penulis belajar dulu pernah berpesan supaya 'jangan shading dulu sebelum siapkan lukisan'. Tapi atas kesedaran itu juga penulis still shading dan hatching walaupun masa sketching.

Kenapa penulis shading dulu? Penulis bukan shading semata-mata hendak draw bayang-bayang, tapi lebih kepada nak capture form atau bentuk subjek. Rujuk gambar perut di bawah. AMARAN: JIKA ADA PEMBACA YANG RASA NAK MUNTAH TAK TAHAN BILA TENGOK ORGAN DALAMAN MANUSIA, SILA SKIP DAN SCROLL KE BAWAH.
Tak nampak? mari kita zoom sket:
Penulis gunakan teknik hatching untuk tonjolkan bentuk perut yang berselirat macam tali kasut tu. Urat dan efek air tu untuk kesan tambahan.

Penulis gunakan teknik shading untuk tonjolkan sifat permukaan yang smooth. Teknik shading ni payah sket untuk dipelajari, tapi ia memberi satu kelainan pada karya yang dihasilkan.
Beberapa tips untuk shading dan hatching:

  • Shading apabila gunakan media lembut seperti pensil atau arang. Jangan shading guna pen atau dakwat.
  • Hatching berpada-pada. Fokus pada shape, bukan bayang-bayang.
  • Jangan campurkan teknik shading dengan hatching sekaligus.
  • Shading untuk permukaan lembut, hatching untuk tonjolkan sifat dan tekstur permukaan.
  • Gunakan shading untuk lukisan tanpa artline. Teknik hatching sesuai untuk lineart, komik atau ilustrasi.
  • Fokus pada pencahayaan dan objek ketika shading. Pencahayan yang baik akan membantu menaikkan bentuk objek yang dilukis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link