Isnin, 13 Februari 2012

Logo Photohop yang baru?

Pertama kali penulis nampak logo ni, penulis terdiam sekejap. Hati kecil penulis berbisik perlahan "Syarikat mana yang still guna icon web 2.0 ni. Sangat tahun 2000..". Untuk menambah lagi elemen kejutan, penulis dapati logo ini adalah logo..

ADOBE PHOTOSHOP 2.0!

Penulis tak pasti samada logo ini logo mockup student praktikal Adobe atau logo dari user Deviantart, tapi yang pastinya efek gel dan aqua ala Mac OS X tu kelihatan sangat ketara. Penulis paling tak tahan dengan lubang kat tengah tu.

Penulis boleh cuba menjadi rasional sejeap. Mungkin logo ini mewakili huruf P yang stylize. Mungkin warna biru aqua tu adalah warna tema baru bagi Photoshop. Mungkin..

Tapi seriuously, makin lama penulis tengok logo ni, makin rasa tak masuk akal. Kenapa perlu berbentuk macam icon iChat? Apakah motif logo tu macam rupa bentuk dialog? Ada fungsi chatting kah?

Bagi penulis, ini bukanlah logo/icon yang penulis nak tengok untuk jangka masa yang lama. Penulis tak boleh bayangkan kalau logo Photoshop ni ada dekat desktop/start menu penulis.

Penulis sambung lain kali pulak. Mata penulis rasa macam nak terbakar bila tengok logo ni lelama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link