Kenapa perlu belajar menggunakan actionScript?
Tanpa actionScript, apa yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Flash adalah animasi. actionScript adalah bahasa pengantaraan bagi perisian Flash dan ia lebih kurang sama seperti javaScript. Jika difikirkan, sebarang bentuk interaktiviti perlu dilakukan dengan menggunakan actionScript. Tak kira lah samada untuk play movieclip, atau berhentikan movieclip supaya dia tak looping, actionScript adalah satu keperluan dalam (hampir) semua projek Flash. actionScript dapat meningkat kepenggunaan (function) dan interaktiviti satu-satu projek. Dengan mempelajari actionScript, kita mempunyai lebih kawalan pada movieclip dan berpotensi untuk menghasilkan aplikasi yang dinamik dan menarik.
Dengan mempelajari actionScript, kita boleh:
- memberikan pengalaman unik kepada pengguna.
- Lebih kawalan pada movieclip dan potensi-potensinya.
- Mengawal movieclip secara program; tanpa menggunakan keyframe dan timeline.
- Mengumpul dan mempersembahkan data dalam bentuk visual, carta, senarai dan sebagainya.
- Projek yang dinamik dan boleh digunakan tidak kira masa.
- Mengawal elemen seperti video dan klip bunyi.
Ramai pengguna Flash yang frust apabila mula-mula belajar actionScript, sehingga rasa macam nak pecah kepala sebab tak faham syntax dalam actionScript tu. Belajar actionScript ni macam belajar bahasa asing juga. actionScript merupakan bahasa pengaturcaraan yang memerlukan pengguna untuk memahami beberapa konsep asas dalam pengaturcaraan. Apabila konsep asas dan syntax dalam actionScript berjaya dikuasai, tiada yang mustahil dengan actionScript.
Biasanya, kita akan menggunakan 80% daripada masa ketika development/production untuk debug, troubleshoot dan juga menambahbaik code dalam actionScript. Pembangunan perisian dalam Flash bukan sahaja melibatkan penulisan kod, bahkan juga melibatkan cubaan dan membaiki kod. Penulis sendiri pernah mengalami keadaan yang sama. Pada hari pertama, kod yang penulis adalah sepanjang 200 baris. Selepas buat penambahbaikan dan cubaan, kod tu tinggal dalam 110 baris sahaja.
Sebelum debug kod. Panjang actionScript adalah 198 baris.
Lepas debug kod, tinggal 110 baris kod sahaja.
Pada post akan datang, kita akan berbincang tentang asas actionScript dan juga Behavior.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan