Ahad, 14 Ogos 2011

Captcha Fail-Kat mana saya nak dapatkan simbol tu?

diam

Captha ni makin menjadi-jadi plak. Kadang-kadang keluar simbol yang pelik-pelik sampai tak tahu macam mana nak key-in. Macam mana saya nak dapatkan simbol OHM (Ω) tu yer? Confuse..

Pernah ada pengalaman yang sama? Beritahu la dalam komen di bawah.

Jumaat, 12 Ogos 2011

3XpeR1MeNt–L33+ 5p34K (Leet Speak)

$3k4R4n9 P3NulI5 +3Ng@h 83rl4TIh MEN99uN4KaN l3ET 5P3@K. mUN9K1N p3Nul15 r@5@K4n 84H@wA 84H@54 1N1 5E5u4I deNG4N jIW4 P3nUlIs Y@n9 MUL4 8eRUb4H MeNJ4di 53OR4n9 PR0gR4mM3R TEGar. mun9K1N jug4 p3nuLIS 5eK@D4r MAHu meNJ4Di H1p$+Er Y@n9 CUr1Ou5 M4hU M3NCU8a b3ND4 8aru $Em3n+4r@ Ia belUM dIK3TaHU1 R@m@1.

p3NULIs MuNGk1n 4k@n CUB@ GUNAK@N 'B4H454' 1n 15el4M4 5eBuL@n. j1k@ P3nUL15 R4$4K4N 84H@W4 '84H4$4' INI $35U4I DEnG@N 8Lo9 IN1, M@Y83 pENUL1$ 4k@n +eRU5 GuN4k@N uNTUk pO$t y4n9 53TERu5NY@. SiAP@ t@hu K4n?

JIk4 4D4 p3M84C4 yANG sUk@R HenD@K meM84C@ TULi$aN PO$+ 1N1, cUB@ B4C4 D4rI J@uh. HAr4P 1@ m3mB4nTu.

Sekarang penulis tengah berlatih menggunakan leet speak. Mungkin penulis rasakan bahawa bahasa ini sesuai dengan jiwa penulis yang mula berubah menjadi seorang programmer tegar. Mungkin juga penulis sekadar mahu menjadi hipster yang curious mahu mencuba benda baru sementara ia belum diketahui ramai.

Penulis mungkin akan cuba gunakan 'bahasa' in iselama sebulan. Jika penulis rasakan bahawa 'bahasa' ini sesuai dengan blog ini, maybe penulis akan terus gunakan untuk post yang seterusnya. Siapa tahu kan?

Jika ada pembaca yang sukar hendak membaca tulisan post ini, cuba baca dari jauh. Harap ia membantu.

Siap gak akhirnya–Kiosk Galeri Perfileman FINAS

galeriFinas

Projek kiosk untuk Galeri Perfileman FINAS yang penulis usahakan selama sebulan akhirnya siap jugak. Sekarang sudah masuk fasa akhir, cuma ada beberapa part programming yang belum selesai. Apa pun design dan beberapa basic function sudah dapat dijalankan.

Flash + XML + CSS. Pembaca boleh lihat kiosk yang dah siap di sini.

Macam mana pula dengan projek terbaru? Penulis akan design Portal untuk Destinasi FINAS. Baru siap layout kasar. Samada projek ni approve atau tidak, belum dapat diketahui lagi. Anyway, ini adalah sample design. Top secret!

Template Destinasi Finas v1

Jika ada sebarang perkembangan terbaru, penulis akan update lagik.

Selasa, 9 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 4 (Variables)

Collection icon folder 01
Variables – Folder untuk menyimpan data
Variables – atau singkatannya var – adalah satu kaedah untuk menyimpan maklumat dalam actionScript. Kenapa perlu simpan maklumat dalam actionScript menggunakan Variables?

Isnin, 8 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 3 (Trace)

Function trace() adalah fungsi untuk mendapatkan maklumat dalam actionScript dan maklumat tersebut akan dipaparkan pada panel Output. Untuk memahami fungsi trace() dengan lebih dekat, apa kata kita cuba sendiri fungsi trace dalam panel Actions.
Buka panel Actions (F9) dan taip script berikut:
trace (5+6);
Tekan ctrl+Enter. Panel Output akan muncul dengan tulisan:
"11"
Dalam function di atas, kita menyuruh Flash untuk memberikan jawapan/nilai kepada 5+6. Jadi jawapan yang Flash berikan adalah 11. Tanda “ + “ adalah simbol operation bagi penambahan, begitu juga dengan tanda “ – ”, “ * ”, dan juga “ / ”.
Jadi kalau ada sesiapa yang ada banyak homework matematik tu, boleh la gunakan actionScript untuk buat kerja kira-kira. Nice huh?

Ahad, 7 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 2 (Setup & Layout)

Ini adalah sambungan kepada post sebelum ini iaitu asas actionScript. Jika ada yang terlepas, boleh baca di sini.

Ok, buka perisian Adobe Flash. Tak kira la version berapa pun. Penulis gunakan Flash CS4 dan gunakan actionScript 2.0 . Bila dah buka Flash, klik File>New.. dan pilih Flash File (ActionScript 2.0). Rujuk kepada gambar di bawah.

as00

Pastikan panel Action dibuka. Klik pada Windows>Action atau tekan F9.

as02

Khamis, 4 Ogos 2011

ActionScript 101 - Bahagian 1 (Pengenalan)

Kenapa perlu belajar menggunakan actionScript?

Tanpa actionScript, apa yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Flash adalah animasi. actionScript adalah bahasa pengantaraan bagi perisian Flash dan ia lebih kurang sama seperti javaScript. Jika difikirkan, sebarang bentuk interaktiviti perlu dilakukan dengan menggunakan actionScript. Tak kira lah samada untuk play movieclip, atau berhentikan movieclip supaya dia tak looping, actionScript adalah satu keperluan dalam (hampir) semua projek Flash. actionScript dapat meningkat kepenggunaan (function) dan interaktiviti satu-satu projek. Dengan mempelajari actionScript, kita mempunyai lebih kawalan pada movieclip dan berpotensi untuk menghasilkan aplikasi yang dinamik dan menarik.

Blogging dengan ScribeFire

Wow.. Penulis baru aje install extension ScribeFire untuk Google Chrome. Sekarang penulis boleh update blog sambil browse Internet. Wheeeeeeeee!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Captcha fail…

captcha

Captcha fail WIN! Mujurlah bukan prostat.. Opss…

Concept art untuk mobile game

Hari ini penulis dapat tugasan baru: Hasilkan concept art untuk mobile games (atau apps/game dalam handphone). Game ni berkaitan tentang sebuah robot yang perlu menyelamatkan bandar Kota Langit Kuala Lumpur daripada musuh dan pemain akan mengawal robot untuk melepasi rintangan dan cabaran sebelum menentang musuh. (Promosi game tamat di sini).

So penulis diberi tanggungjawab untuk menghasilkan lakaran konsep berkaitan dengan game ini. Di bawah ni disertakan beberapa lakaran yang penulis telah hasilkan. Motifnya adalah untuk mencari idea dan cuba mencari elemen atau ‘ramuan’ yang akan dimasukkan dalam game tu nanti.

sketch01

Takkan baca je? Komen sikit..

Link