Selasa, 2 Ogos 2011

Concept art untuk mobile game

Hari ini penulis dapat tugasan baru: Hasilkan concept art untuk mobile games (atau apps/game dalam handphone). Game ni berkaitan tentang sebuah robot yang perlu menyelamatkan bandar Kota Langit Kuala Lumpur daripada musuh dan pemain akan mengawal robot untuk melepasi rintangan dan cabaran sebelum menentang musuh. (Promosi game tamat di sini).

So penulis diberi tanggungjawab untuk menghasilkan lakaran konsep berkaitan dengan game ini. Di bawah ni disertakan beberapa lakaran yang penulis telah hasilkan. Motifnya adalah untuk mencari idea dan cuba mencari elemen atau ‘ramuan’ yang akan dimasukkan dalam game tu nanti.

sketch01

sketch02 sketch03 sketch04

Satu perkara yang penulis sedar apabila hasilkan lakaran-lakaran ini adalah penulis sebenarnya belum cukup gambaran visual tentang bandarata Kuala Lumpur. Penulis tahu di Kuala Lumpur ada KLCC, menara Kuala Lumpur, LRT, Monorel, RapidKL dan sebagainya tetapi somehow penulis belum ‘nampak’ macam mana hendak menggabungkan semua elemen-elemen ini.

Mungkin penulis kena turun KLCC dengan lebih kerap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link