Selasa, 9 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 4 (Variables)

Collection icon folder 01
Variables – Folder untuk menyimpan data
Variables – atau singkatannya var – adalah satu kaedah untuk menyimpan maklumat dalam actionScript. Kenapa perlu simpan maklumat dalam actionScript menggunakan Variables?
Bayangkan kita ada sebuah hard disk external yang baru. 1TB saiznya. Kita mahu masukkan semua fail dan data kita dalam hard disk tu. Kita boleh, secara teknikalnya, copy semua file secara terus ke dalam hard disk tu. Akan tetapi ia akan mengundang masalah apabila kita hendak mencari kembali fail tersebut.
Ataupun kita boleh buat folder untuk setiap fail tersebut supaya lebih tersusun dan mudah dicari kembali apabila diperlukan. Misalnya folder berlabel ‘MP3’ mempunyai kandungan fail berformat MP3 sahaja. Atau folder berlabel ‘Documents’ yang mempunyai semua fail Word atau dokumen yang berkaitan.

Begitu juga dengan variables. Variables akan menyimpan data dan maklumat dalam actionScript supaya ia boleh disimpan, disusun dan dipanggil semula apabila diperlukan. Variable myName mengandungi maklumat berkaitan dengan nama, atau variable myPasswordNum mengandungi maklumat berkaitan dengan nombor password. Seperti mana folder, kita boleh rename variables mengikut kehendak hati tapi kalau boleh biarlah senang dibaca dan difahami.

Jika kita hendak buat folder baru dalam hard disk, kita perlu Create New Folder. Tetapi dalam actionScript, untuk hasilkan variables baru, kita perlu declare variables tersebut. Untuk declare satu-satu variables, kita perlu taip script berikut dalam panel Actions (pastikan klik pada frame 1 dan klik pada panel Actions):
var myVariables; //declare myVariables
trace (myVariables); //trace myVariables
*Nota: Dalam actionScript, sebarang script selepas simbol  “ // ” akan diabaikan. Sebarang comment atau notes boleh diletakkan selepas simbol “ // ”.
Tekan ctrl+Enter pada keyboard dan lihat hasilnya.
Tiada apa-apa yang berlaku pun? Kenapa panel Output tulis Undefined?
Dalam contoh di atas, kita sudah declare myVariables tetapi kita belum assign nilai/value kepada myVariables lagi. Untuk assign nilai kepada myVariables, kita akan buat script seperti berikut:
var myVariables; //declare myVariables
myVariables = 20; //assign 20 sebagai value
trace (myVariables); //trace myVariables
Kita baru sahaja memberikan value/nilai kepada myVariables. Tekan ctrl+Enter dan panel Output akan mengeluarkan angka 20. Nice.. Sekarang cuba kita ubah sedikit function trace() seperti berikut:
var myVariables;
myVariables = 20;
trace (myVariables+200);
*Nota: Penulis akan andaikan pengguna tekan ctrl+Enter setiap kali untuk test movie.
Panel Output akan keluarkan nilai 220. Ini kerana myVariables mempunyai nilai 20, dan 20 + 200 = 220.
Kalau kita ubah script kita seperti ini:
var myVariables; //declare myVariables
myVariables = 20; //assign 20 sebagai value
trace (myVariables+”200”); //trace myVariables
Panel Outpun akan memberikan value 20200. Wait, what? Kenapa nilainya 20200? Kan 20 + 200 = 220?

Apabila kita perhatikan dengan lebih teliti, Flash tidak menambah nilai 20 dengan 200, sebaliknya, meletakkan angka 200 selepas angka 20. Ini kerana angka 200 bukannya nombor sebaliknya adalah tulisan/strings.

Perbezaan antara data, maklumat dan bagaimana variables menyimpan maklumat akan dibincangkan dalam post akan datang. Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link