Isnin, 8 Ogos 2011

ActionScript 101–Bahagian 3 (Trace)

Function trace() adalah fungsi untuk mendapatkan maklumat dalam actionScript dan maklumat tersebut akan dipaparkan pada panel Output. Untuk memahami fungsi trace() dengan lebih dekat, apa kata kita cuba sendiri fungsi trace dalam panel Actions.
Buka panel Actions (F9) dan taip script berikut:
trace (5+6);
Tekan ctrl+Enter. Panel Output akan muncul dengan tulisan:
"11"
Dalam function di atas, kita menyuruh Flash untuk memberikan jawapan/nilai kepada 5+6. Jadi jawapan yang Flash berikan adalah 11. Tanda “ + “ adalah simbol operation bagi penambahan, begitu juga dengan tanda “ – ”, “ * ”, dan juga “ / ”.
Jadi kalau ada sesiapa yang ada banyak homework matematik tu, boleh la gunakan actionScript untuk buat kerja kira-kira. Nice huh?
Cuba yang ini pula. kosongkan panel Actions dan taip script ni:
trace (6*18/65+69);
tekan ctrl+Enter. Hasilnya?
70.6615384615385
Apa kata kita mula dengan function yang lebih advance. Padam scrip sebelum ni dan taip script ini dalam panel Actions:
trace (“Apa khabar?”);
tekan ctrl+Enter. Kita akan dapat Output
Apa khabar?
Dengan kata lain, kita menyuruh Flash memberikan jawapan/nilai dalam bracket () iaitu nilai “Apa khabar?”. Maka Flash akan mengeluarkan nilai/jawapan “Apa khabar?” pada panel Output.
Ok, contoh yang lain pula.
as06
Apabila kita ctrl+Enter untuk test movie, kita akan dapati panel Output akan muncul dengan paparan berikut:
as07
Jap. Jap. Jap. Apa yang berlaku?
Dalam contoh di atas, kita sebenarnya menyuruh Flash untuk memberikan jawapan/nilai “actionScript memang power” dengan menggunakan function showMessage. Apabila function ShowMessage dilaksanakan, Flash akan menjalankan arahan trace() dan memberikan nilai “actionScript memang power” di panel Output.
Masih keliru?
Fungsi trace() boleh digunakan untuk mendapatkan nilai/jawapan kepada objek-objek atau parameter yang lain. Berikut adalah function yang biasa digunakan dengan fungsi trace() :
trace (Stage.height); //Dapatkan ketinggian saiz Stage
trace (Stage.weight); //Dapatkan kelebaran saiz Stage
trace (Stage.color); //Dapatkan ketinggian saiz Stage
trace (this.box._height); //dapatkan ketinggian bagi objek berlabel “box”
trace (this.box._width);//dapatkan kelebaran bagi objek berlabel “box”
Pada post akan datang, kita akan berbincang tentang penggunaan trace() dan juga variables. Stay tune.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link