Ahad, 20 November 2011

Elemen seni - Garisan

Definisi Garisan

Garisan adalah pergerakan satu-satu titik di atas satu-satu permukaan. Ia juga boleh dihuraikan sebagai sambungan antara dua titik.

Jenis Garisan

  1. melintang
  2. menegak
  3. condong/senget
  4. lurus
  5. bengkok
  6. bersudut
  7. nipis
  8. tebal/lebar
  9. terputus-putus
  10. kabur/tidak jelas
  11. terkawal
  12. bebas/freehand
  13. selari
  14. lorekan
  15. berpusar/berpintal



Sifat Garisan

  1. lembut
  2. kasar
  3. berserabut
  4. tajam
  5. menggerutu
  6. licin
  7. kesat
  8. lurus
  9. berduri
  10. rapuh
  11. tegas
Setiap jenis garisan mempunyai kesan visual yang berbeza walaupun digunakan untuk melukis subjek yang sama. Rujuk subjek Capsicum di bawah:

Intrepetasi Garisan

Garisan lurus dan menegak memberi impresi keteguhan, kestabilan dan ketegasan.
Garisan lurus dan melintang memberi impresi ketenangan dan kesejahteraan.
Garisan condong memberi impresi dinamik, pergerakan dan perspektif.
Garisan berpintal atau berpusar memberi impresi organik dan pergerakan.

2 ulasan:

  1. mcm mane garisan licin ? boleh tak tunjuk contoh ?

    sy sgt minatkan seni ! hehe

    BalasPadam
  2. Garisan licin akan saya berikan contohnya dalam seketika nanti. Thanx kerana membaca blog saya..

    BalasPadam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link