Selasa, 8 November 2011

Sumber inspirasi 2 - Takehiko Inoue

Untuk post kali ni, penulis nak bercerita tentang sensei Takehiko Inoue. Beliau merupakan antara tokoh utama yang banyak memberi pengaruh dan inspirasi pada gaya stail lukisan penulis.

Karya terawal beliau yang penulis baca (dan buat koleksi) adalah Slam Dunk dan Vagabond. Bila tengok lukisan beliau yang hyper-realistik ni, penulis terus jatuh cinta. Penulis sanggup berulang-alik dari Jasin ke kedai Popular kat bandar Melaka semata-mata nak beli komik Slam Dunk setiap bulan.

Kenapa penulis suka komik Slam Dunk:

  • Lukisan stail hyper-realistik untuk manga/komik.
  • Setiap objek dan background dalam setiap panel dilukis dengan teliti. 
  • Perspektif yang sangat tepat. Setiap lukisan gelanggang bola keranjang seolah-olah gambar foto.
  • Kualiti garisan yang sangat kemas. Setiap garisan hatching/lorekan dibuat dengan halus. Ketebalan setiap garisan dikawal baik. 
  • Panel berwarna yang dihasilkan dengan cat air. Muka hadapan komik dilukis dengan akrilik/cat minyak.
  • Walaupun lukisan dengan stail realistik, tetapi jalan ceritanya sangat selamba dan penuh dengan humor. Bahkan ada panel yang dilukis secara 'kasar' tetapi masih mengekalkan kualiti stroke yang baik.
Kalau penulis takder idea atau blur bila melukis, penulis akan belek-belek komik Slam Dunk dan cuba ikut stroke lukisan beliau.

Karya terbaru beliau bertajuk Vagabond masih mengekalkan stail hyper-realisme tetapi dengan pendekatan yang unik; beliau menggabungkan lukisan kaligrafi dan manga. Hasilnya sebuah manga yang sarat dengan sapuan berus ala lukisan cina.

Komik Vagabond pernah dijual di pasaran Malaysia dengan tajuk Jejak Kelana namun hanya bertahan selama 13 keluaran (mungkin sebab terlalu ganas dan kejam). Anyway, kualiti lukisan beliau meningkat ke arah yang jauh lebih tinggi sehingga tidak dapat dikejar oleh penulis.

Selain Slam Dunk dan Vagabond, beliau juga ada hasilkan komik Buzzer Beater dan juga Real. Walaupun komik ini boleh dibaca secara online, tapi penulis lebih suka baca komik atas kertas.

Cara Takehiko Inoue melukis adalah sedikit pelik. Beliau akan mula melukis keseluruhan badan dan selepas itu barulah beliau melukis baju dan peralatan lain. 

Warna-warna yang beliau gunakan juga adalah hampir muted dan kekelabuan. Mungkin beliau cuba untuk tidak mengalihkan perhatian pembaca kepada warna, sebaliknya cuba menonjolkan stroke lukisan.

Ke'detail'an dan ketelitian lukisan Takehiko Inoue hanya boleh dihayati dengan membeli komik asli, bukannya baca secara scanlation. Beli sendiri komik beliau dan cuba hayati setiap garisan yang beliau hasilkan dengan berus asli. Rasa anak menitis air mata bila tengok kualiti garisan dan sapuan berus tahap dewa.

Antara contoh lukisan Takehiko Inoue:



Terima kasih kepada Takehiko Inoue kerana karya dan komik beliau banyak membentuk asas lukisan penulis sekarang. Ada sumber inpirasi dan tokoh idola yang boleh doikongsi bersama? Jangan segan-segan berkongsi di ruangan komen kat bawah ni.

Semua gambar dan lukisan adalah hak milik Takehiko Inoue. Penulis tidak berniat hendak mengaut sebarang keuntungan daripada karya beliau. Penggunaan imej dan lukisan Takehiko Inoue dalam blog ini adalah tertakluk kepada terma fair use.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link