Rabu, 30 November 2011

Kompang dipalu..


Penulis akan mengakhiri zaman bujang pada 4hb Disember ini. Maaf jika blog ini tiada update. Penulis akan kembali aktif blogging dalam masa terdekat.

Ahad, 20 November 2011

Elemen seni - Garisan

Definisi Garisan

Garisan adalah pergerakan satu-satu titik di atas satu-satu permukaan. Ia juga boleh dihuraikan sebagai sambungan antara dua titik.

Jenis Garisan

  1. melintang
  2. menegak
  3. condong/senget
  4. lurus
  5. bengkok
  6. bersudut
  7. nipis
  8. tebal/lebar
  9. terputus-putus
  10. kabur/tidak jelas
  11. terkawal
  12. bebas/freehand
  13. selari
  14. lorekan
  15. berpusar/berpintal



Sifat Garisan

  1. lembut
  2. kasar
  3. berserabut
  4. tajam
  5. menggerutu
  6. licin
  7. kesat
  8. lurus
  9. berduri
  10. rapuh
  11. tegas
Setiap jenis garisan mempunyai kesan visual yang berbeza walaupun digunakan untuk melukis subjek yang sama. Rujuk subjek Capsicum di bawah:

Intrepetasi Garisan

Garisan lurus dan menegak memberi impresi keteguhan, kestabilan dan ketegasan.
Garisan lurus dan melintang memberi impresi ketenangan dan kesejahteraan.
Garisan condong memberi impresi dinamik, pergerakan dan perspektif.
Garisan berpintal atau berpusar memberi impresi organik dan pergerakan.

Sabtu, 19 November 2011

Pengenalan kepada seni halus

Pengenalan


Orang selalu berpendapat bahawa seni adalah satu cabang ilmu yang abstrak. Setiap pengkarya dan artisan menghasilkan karya dengan menggunakan daya imaginasi dan kebolehan mereka untuk melukis subjek-subjek yang cantik. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa golongan penggiat seni ini berkerja dengan minda dan idea; tidak banyak menggunakan tenaga dan kerja berat - dari situ munculnya istilah "seni halus" atau "fine arts".

Orang seni selalu dipandang sebagai orang yang selalu bersendiri, berselindung dan cuba mengelak daripada dilihat ditempat awam. Setiap hasil karya mereka adalah amat eksklusif, seolah-olah hasil karya mereka perlu ditutup dan dijaga seperti mana mereka menjaga aurat mereka. Orang seni dikatakan amat sensitif dan mudah terguris hatinya.

Tetapi semua persepsi dan tanggapan ini tidak benar sama sekali. Jika golongan artisan ini merupakan golongan yang pemalu dan sensitif, masakan ada penyanyi dan pelakon yang sering ditayang di kaca televisyen atau dada akhbar. Pernah dengar penyanyi yang malu nak menyanyi atau pelakon yang malu hendak berlakon?

Jika semua golongan artis dan pengkarya seni adalah sensitif dan mudah menangis, itu tidak bermakna mereka ini lembut hati dan mudah terguris perasaan. Jangan samakan golongan karyawan macam makcik yang meleleh air mata bila tengok hero hindustan mati.

Kebanyakan salah faham dan tanggapan negatif biasanya berlaku apabila tiada pemahaman antara kedua belah pihak. Jika ada yang mahu mendalami kehidupan dan jiwa seorang pengkarya seni, atau ada yang mahu menjadi seniman atau karyawan pada satu hari nanti, ada baiknya kita buang segala stereotaip serta prasangka dan mula melangkah ke dunia seni halus.

Elemen seni sebagai bahasa seni halus

Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Macam mana hendak kenal? Kita kenal menggunakan bahasa. Apabila kita cuba memahami dan mentafsirkan seni, kita perlu berbicara dengan bahasa seni. Dalam bahasa seni, kita menggunakan apa yang disebut sebagai elemen seni (elements of arts).

7 elemen seni yang utama adalah:

  1. Garisan
  2. Rupa
  3. Bentuk
  4. Ruang
  5. Warna
  6. Jalinan
  7. Tona/Value
Apa bezanya orang yang berbicara dengan bahasa seni, dengan orang yang buta seni? Kita lihat gambar di bawah:
Orang yang kurang ilmu seni akan terangkan karya di atas seperti ini:
Ada lukisan bulat-bulat dengan warna-warna terang di bahagian atas lukisan.
Pengkritik seni pula akan membuat huraian seperti berikut:
Pelukis menggunakan kombinasi warna kroma tinggi diselang-seli dengan warna gelap untuk menghasilkan kontras dari segi jalinan. Garisan yang menegak di gandingkan dengan bulatan berwarna untuk menghasilkan harmoni. Kombinasi garisan lurus dan bulatan menghasilkan keseimbangan kepada keseluruhan lukisan. Tiada bentuk yang terlalu menonjol dan tiada warna yang terlalu terang.
Secara kasarnya, menilai karya seni bukanlah diukur berdasarkan ketepatan, tetapi lebih kepada kemahiran 'melihat'. Adakah kita melihat seperti mana orang lain melihat, atau kita boleh mentafsirkan maksud yang tersirat disebalik satu-satu lukisan?

Soalan yang sepatutnya disoalkan adalah: Adakah kita melihat awan sebagai gumpalan wap air, atau kita melihat awan dan mampu membuat ramalan cuaca bagi 3 hari akan datang?

Jika ada yang mula sakit otak lepas baca rencana ni, baik hentikan pembacaan. Jika mahu teruskan pembacaan, penulis akan sambung lagi dalam bahagian akan datang.

Jumaat, 11 November 2011

Melukis fabrik dan kain bahagian II

Lakaran untuk kedutan dan lipatan pada baju perempuan. Klik pada gambar untuk full view.

Khamis, 10 November 2011

Melukis fabrik dan kain bahagian I

Untuk post kali ini penulis nak terangkan bagaimana penulis melukis kedutan pada fabrik dan kain. 
Mula-mula sekali penulis akan buat lakaran kasar untuk dapatkan pose dan bentuk keseluruhan subjek. Penulis lukiskan garisan-garisan kasar pada pada kain untuk mewakili garisan kedutan.

Mungkin ada yang bertanya macam mana penulis tahu kat mana nak lukis kawasan yang berkedut dan kawasan mana yang tak perlu berkedut?

Secara teorinya, kedutan dan lipatan akan banyak terkumpul di kawasan sendi seperti di kawasan lutut, bawah lengan, pinggang dan juga siku. Semua garisan kedutan akan menuju/terkumpul di kawasan yang bersendi. Perhatikan rajah di bawah. Kawasan yang bertanda X adalah mewakili sendi dan kawasan di mana semua lipatan berkumpul.

Untuk melukis kain atau kedutan, penulis biasanya akan gunakan satu atau dua stroke sahaja. Ini kerana garisan yang terhasil adalah lebih lembut dan licin. Penulis juga akan menpelbagaikan ketebalan garisan supaya lebih dinamik dan menarik.
Hasil akhir lukisan kain dan fabrik. Pada post akan datang, penulis akan berikan lebih banyak contoh lukisan kain dan fabrik.

Rabu, 9 November 2011

Ilusi warna 1

Cuba lihat gambar di atas. Apakah warna petak di bahagian atas? Adakah ia petak yang berwarna? Adakah ia berwarna merah, atau ia berwarna kelabu?

Walaupun petak di bahagian atas kelihatan seperti warna kelabu, sebenarnya ia adalah kotak yang mempunyai warna. Tak percaya? Kotak kecil bahagian atas kanan adalah berwana hijau gelap manakala kotak kecil bahagian atas kiri adalah berwarna merah gelap.

Copy gambar di atas dan buka dalam Photoshop lepas tu cuba nilai sendiri.

Selasa, 8 November 2011

Sumber inspirasi 2 - Takehiko Inoue

Untuk post kali ni, penulis nak bercerita tentang sensei Takehiko Inoue. Beliau merupakan antara tokoh utama yang banyak memberi pengaruh dan inspirasi pada gaya stail lukisan penulis.

Karya terawal beliau yang penulis baca (dan buat koleksi) adalah Slam Dunk dan Vagabond. Bila tengok lukisan beliau yang hyper-realistik ni, penulis terus jatuh cinta. Penulis sanggup berulang-alik dari Jasin ke kedai Popular kat bandar Melaka semata-mata nak beli komik Slam Dunk setiap bulan.

Kenapa penulis suka komik Slam Dunk:

  • Lukisan stail hyper-realistik untuk manga/komik.
  • Setiap objek dan background dalam setiap panel dilukis dengan teliti. 
  • Perspektif yang sangat tepat. Setiap lukisan gelanggang bola keranjang seolah-olah gambar foto.
  • Kualiti garisan yang sangat kemas. Setiap garisan hatching/lorekan dibuat dengan halus. Ketebalan setiap garisan dikawal baik. 
  • Panel berwarna yang dihasilkan dengan cat air. Muka hadapan komik dilukis dengan akrilik/cat minyak.
  • Walaupun lukisan dengan stail realistik, tetapi jalan ceritanya sangat selamba dan penuh dengan humor. Bahkan ada panel yang dilukis secara 'kasar' tetapi masih mengekalkan kualiti stroke yang baik.
Kalau penulis takder idea atau blur bila melukis, penulis akan belek-belek komik Slam Dunk dan cuba ikut stroke lukisan beliau.

Karya terbaru beliau bertajuk Vagabond masih mengekalkan stail hyper-realisme tetapi dengan pendekatan yang unik; beliau menggabungkan lukisan kaligrafi dan manga. Hasilnya sebuah manga yang sarat dengan sapuan berus ala lukisan cina.

Komik Vagabond pernah dijual di pasaran Malaysia dengan tajuk Jejak Kelana namun hanya bertahan selama 13 keluaran (mungkin sebab terlalu ganas dan kejam). Anyway, kualiti lukisan beliau meningkat ke arah yang jauh lebih tinggi sehingga tidak dapat dikejar oleh penulis.

Selain Slam Dunk dan Vagabond, beliau juga ada hasilkan komik Buzzer Beater dan juga Real. Walaupun komik ini boleh dibaca secara online, tapi penulis lebih suka baca komik atas kertas.

Cara Takehiko Inoue melukis adalah sedikit pelik. Beliau akan mula melukis keseluruhan badan dan selepas itu barulah beliau melukis baju dan peralatan lain. 

Warna-warna yang beliau gunakan juga adalah hampir muted dan kekelabuan. Mungkin beliau cuba untuk tidak mengalihkan perhatian pembaca kepada warna, sebaliknya cuba menonjolkan stroke lukisan.

Ke'detail'an dan ketelitian lukisan Takehiko Inoue hanya boleh dihayati dengan membeli komik asli, bukannya baca secara scanlation. Beli sendiri komik beliau dan cuba hayati setiap garisan yang beliau hasilkan dengan berus asli. Rasa anak menitis air mata bila tengok kualiti garisan dan sapuan berus tahap dewa.

Antara contoh lukisan Takehiko Inoue:



Terima kasih kepada Takehiko Inoue kerana karya dan komik beliau banyak membentuk asas lukisan penulis sekarang. Ada sumber inpirasi dan tokoh idola yang boleh doikongsi bersama? Jangan segan-segan berkongsi di ruangan komen kat bawah ni.

Semua gambar dan lukisan adalah hak milik Takehiko Inoue. Penulis tidak berniat hendak mengaut sebarang keuntungan daripada karya beliau. Penggunaan imej dan lukisan Takehiko Inoue dalam blog ini adalah tertakluk kepada terma fair use.

Isnin, 7 November 2011

Lakaran stail komik

Hari ni pelukis hasilkan satu lagi karya dengan feel komik. Bagi yang tak tahu, penulis mula berkecimpung dengan bidang lukisan dan seni sebab tertarik dengan komik Doraemon. Penulis sedaya-upaya cuba tiru lukisan Fujio•F•Fujiko sebab bagi pelukis, lukisan dalam komik Doraemon tu cool sangat.

Bila pelukis lihat kembali lukisan-lukisan lama yang penulis hasilkan, penulis bolah nampak proses transformasi artwork penulis daripada stail komik Doraemon kepada stail semi-realist sekarang ni.

Apa kaitan dengan lukisan kat atas tu? Lukisan tu merupakan satu usaha penulis untuk kembali ke 'akar' penulis. Penulis cuba mendapatkan kembali semangat dan keazaman ketika belajar melukis dan mengenang kembali pahit manis menempuhi jalan seorang anak seni.

Penulis gunakan MyPaint untuk lakaran kasar, Sai untuk inking dan Photoshop untuk teks dan halftone.

Bonus: Lakaran kasar sebelum inking guna Sai.

Info tambahan: Lakaran ini berada dalam folder 'Unfinished' selama 3 bulan.

Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 6 November 2011 (10 Zulhijjah 1432) dan Salam Maal Hijrah 1433H. Jika ada sebarang silap dan salah, penulis minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Terima kasih atas sokongan semua pembaca setia blog Hikayat Seorang Pereka Grafik Picisan.

Sabtu, 5 November 2011

Digital storyboard - Agent 65

"Agent 65" merupakan antara eksperimentasi pertama untuk menghasilkan storyboard secara digital. Sebelum ini penulis hasilkan storyboard dengan menggunakan lukisan tangan atau Flash. Dengan menggunakan bantuan perisian seperti Toon Boom Storyboard, proses penghasilan storyboard menjadi lebih mudah dan cepat. Berikut adalah beberapa panel storyboard 'Agent 65" yang penulis hasilkan dengan menggunakan perisian Toon Boom Storyboard.



Jika ada kesempatan dan keluangan, mungkin penulis akan kembangkan lagi cerita ini atau develop menjadi animasi penuh.

Penghasilan storyboard secara digital benar-benar membuka dimensi baru dalam penghasilan storyboard. Setiap shot dapat dilukis dengan cepat dan setiap panel boleh disimpan atau digunakan berulang kali. Storyboard yang telah siap boleh dijadikan animatics untuk review.

Ada pandangan atau komen? Jangan segan untuk dikongsi bersama.

Gambar potret hasil cantuman 500 keping foto


Terkedu sekejap bila tengok ada orang yang sanggup mencantumkan 500 keping gambar untuk dijadikan sekeping potret. *menangis*

Sumber: Gizmodo

Khamis, 3 November 2011

Thunderhawk M.A.S.K - Step by step progress

Pada 29/10/2011 penulis join contest Pergh Character Redesign Battle dan tema battle kali ini adalah kenderaan daripada animasi M.A.S.K. Penulis sendiri ingat-ingat lupa siri animasi ni tapi penulis still ingat lagi kereta warna merah yang boleh terbuka pintu ke atas dan boleh jadi jet. So, kali ini penulis nak terangkan progress penghasilan ilustrasi Thunderhawk.

Sebelum mula melukis, penulis buat research dulu dan dapatkan gambaran kasar tentang Thunderhawk. Lepas buat kajian, penulis albil keputusan untuk combine design Thunderhawk dengan model De Lorean.
Mula-mula penulis buat modeling dalam Sketchup. Penulis letakkan warna-warna asas dan export jadi fail 3DS. Dalam 3DStudio Max, penulis import model tu dan apply material 'Ink & Paint' dan test render guna Mental Ray.

Untuk cahaya lampu, penulis gunakan material Blinn dengan setting Self Illumination. Dengan ini material tu akan jadi bersinar dan bercahaya. Material yang sama juga penulis letakkan di bawah model untuk efek lampu neon.

Penulis setkan warna hitam sebagai environment dan letakkan 2 omni light di depan model. Penulis naikkan kualiti renderer dan render dengan saiz 1024x768 pixel dan save sebagai fail PNG untuk kekalkan transparency.
Penulis buka fail PNG dalam Photoshop dan buat effect atas layer baru. Penulis gunakan stail anamorphic lens flare seperti dalam filem Transformers dan Super 8. Penulis tak gunakan lens flare dalam Photoshop sebab lens flare Photoshop tu suck tak sesuai digunakan.


Gambar di atas menunjukkan jika imej dirender dengan filter lens flare. Penulis nakkan kesan cahaya yang lebih kuat dan bertenaga. Jadi filter lens flare tidak digunakan. Oleh sebab itu penulis gunakan/lukis anamorphic lens flare. Anamorphic lens flare merupakan kesan cahaya yang terhasil apabila menggunakan lensa panavision. Gambar di bawah merupakan antara sumber inspirasi dan rujukan untuk anamorphic lens flare.


Untuk effect anamorphic lens flare, penulis gunakan gradient dan setkan blending mode kepada Color Dodge (Add). Penulis duplicate layer lens flare dan apply Gaussian Blur supaya lebih lembut. Sebagai sentuhan terakhir, penulis tulis nama dan jadikan watermark. Siap!
Keseluruhan proses mengambil masa 4 jam dan jika ada masa lebih, mungkin penulis akan buat model kenderaan lain pulak. Ada komen dan cadangan? Jangan segan-segan untuk dikongsi bersama.

Rabu, 2 November 2011

Temubual bersama AmirArowana

Berikut merupakan temubual eksklusif penulis bersama dengan seorang artis yang berbakat besar, Amir bin Zulkifli tetapi lebih dikenali sebagai AmirArowana. Kenapa Arowana, penulis tak mahu komen.

Amir merupakan seorang pereka grafik/animator/freelancer dan sekarang menetap di Kuala Terengganu.

Berikut merupakan temubual penulis dengan AmirArowana secara online. Penulis tidak edit sebarang tulisan beliau supaya lebih 'raw' dan ikhlas.

Syukri Grafik: en amirSyukri Grafik: ada masa x? 
Syukri Grafik: nak interview pastu letak dalam blog  
Amir Arowana: interview..??
Amir Arowana: interview ape ek..??
Syukri Grafik: nak interview pasal kerja dan pengalaman melukis
Amir Arowana: bknnya bnyk pn pngalaman mlukis ni.. msih merangkak lagi.. skit2 pn blh la.. hehehe
Syukri Grafik: ala, tak kisah la 
Syukri Grafik: nak dikongsi dengan pembaca lain je 
Syukri Grafik: ok soalan pertama 
Amir Arowana: yup 
Syukri Grafik: macam mana boleh minat melukis? 
Amir Arowana: minat melukis sejak kecik.. ingat2 mmg dh boleh dan minat melukis.. tpi masa kecik2 tu lukisan budak2 la 
Syukri Grafik: pengaruh paling besar bila melukis? 
Amir Arowana: x pham.. mksudnya 
Syukri Grafik: Pengaruh tu influence. maybe ada komik atau mangaka yang menaikkan minat amir untuk jadi pelukis? 
Amir Arowana: owh.. dh tentulah mangaka terkenal.. akira toriyama.. 
Syukri Grafik: aik, satu tu je? pengaruh yang lain? 
Amir Arowana: ada lagi.. pelukis komik hong kong tony wong..
Syukri Grafik: ooo 
Syukri Grafik: macam tu rupanya 
Syukri Grafik: subjek matter bila melukis 
Syukri Grafik: suka draw apa? 
Amir Arowana: karekter orang... superhero, makhluk khayalan mcm duyung, makhluk asing.. paling best lukis awek 
Syukri Grafik: sudah semestinya 
Syukri Grafik: kalau tak de idea, apa amir buat? 
Amir Arowana: kalau x de idea duk ngadap game je la.. kadang2 tgh main game tu idea blh datang.. x pun conteng2 kat kertas.. 
Syukri Grafik: macam tu rupanya 
Syukri Grafik: software pilihan amir? 
Amir Arowana: guna bnyak software.. yg utama photoshop cs3.. tp sekarang kerap guna paint tool SAI 
Syukri Grafik: naper suka guna SAI? 
Amir Arowana: lebih kepada mcm mewarna dan melukis kat kertas... x de filter.. x de effect.. sume tu kena buat sdiri.. kalau mcm tu lebih bagus kalau nk meningkatkan prestasi dalam lukiasan 
Syukri Grafik: macam tu rupanya 
Syukri Grafik: leh explain macam mana stail dan gaya lukisan amir? 
Amir Arowana: lebih kepada manga... terutamanya pada mata dan rambut.. sedang berusaha membuang tabiat melukis stail manga pada lukisan pd waktu skrg 
Syukri Grafik: ok, apa matlamat amir dalam 5 tahun akan datang? 
Amir Arowana: nk menjadi pelukis digital profesional... bkn setakat hobi, tp sbg satu kerjaya.. dan membuat org sedar bahwa segala hasil seni saya mmpunyai nilai yg berharga.. bukan setakat sekadar contengan semata2.. dan membaiki segala kekurangan pada lukisan sy pada waktu skrg kpd lebih baik terutama pada lukisan latar belakang.. 
Syukri Grafik: so apa cara untuk amir mencapai tahap tu? 
Amir Arowana: berlatih bnyak2.. bertanya pada semua yg lebih mahir.. kalau boleh akan mengikuti mana2 kelas lukisan yg dirasakan perlu...S 
yukri Grafik: nice. gud luck pada amir 
Amir Arowana: thanks

AmirArowana boleh dihubungi melalui DeviantArt dan Facebook. Err.. Bila AmirArowana ni nak ada blog sendiri?

Selasa, 1 November 2011

Foto klasik ketika kerja di kedai printing

Rasa macam lama sangat penulis tinggalkan dunia printing. Kedai printing ini la yang banyak mengajar penulis erti sabar dan respect kepada klien. Jadi sebagai tanda kenangan, penulis abadikan imej penulis ketika bekerja di kedai printing di blog ini. Enjoy..

Takkan baca je? Komen sikit..

Link