Sabtu, 19 Februari 2011

Progress Anakin Skywalker

A long time ago in a galaxy far far away..

Cewah, macam citer Star Wars plak. Penukis pernah ketagih dengan citer Star Wars masa belajar kat universiti dulu. Tapi sejak akhir-akhir ni dah mula berkurangan (mungkin sebab usia dah makin lanjut). Penulis pernah melukis Anakin Skywalker tapi tak siap-siap dan dah lama terperap dalam folder unfinished. Dah agak lama lukisan ni terbengkalai dalam folder ni. Baru sekarang ni penulis ada keinginan nak menyiapkan lukisan Anakin Skywalker. Pish Posh! (Bunyi nafas Darth Vader).

Anakin01

Cubaan pertama. Bentuk dan figure dah okay tapi pencahayaan nampak pelik semacam.

Anakin02Cubaan seterusnya dah mula menampakkan hasil yang lebih baik dari cubaan pertama. Rsanya nak ubah lagi pencahayaan dan warna tapi buat masa ni, biarlah penulis tumpukan pada lukisan lain pulak.

Anakin03 Close-up lukisan. Klik untuk lihat resolusi tinggi. Nampaknya stroke dan gaya lukisan dah banyak berubah untuk tahun 2011 ni. Semangat! So, apa pendapat korang?

Jumaat, 18 Februari 2011

Real sangat

Pertama kali penulis melihat gambar-gambar ni, penulis anggapkan bahawa gambar-gambar ni adalah fotograf dan diambil menggunakan kamera. Tetapi, ternyata anggapan penulis meleset. Gambar-gambar di bawah ini adalah lukisan di atas kanvas. Lihat la sendiri.

20100710_painting_02_m 

20100710_painting_06_m 

20100710_painting_07_m

Sekali imbas memang nampak macam fotografi. Tapi lihat dengan lebih dekat dan kita boleh nampak bahawa gambar tersebut sebenarnya adalah lukisan. Lagi contoh lukisan realistik:

bernardi_01 

bernardi_02

bernardi_03

bernardi_04 

bernardi_05

"He applies layers of oil paint and varnish to a totally modern image, creating a wholly contemperate, unique kind of image."

Lukisan-lukisan ‘hyper-realistic’ di atas adalah karya Roberto Bernardi, dari Rom. Ada banyak lagi lukisan-lukisan yang beliau hasilkan. Just Google ‘Roberto Bernardi’. Penulis akui bahawa skill Roberto Bernardi memang sangat tinggi dan penulis juga menyimpan azam untuk menjadi pelukis yang handal seperti beliau. Terima kasih Roberto Bernardi kerana menghasilkan karya yang memberi sumber inspirasi kepada penulis.

Rabu, 16 Februari 2011

Galeri maya menggunakan Google Art Project

Google art project? Apa benda tu? Sebenarnya Google art project adalah projek usahasama antara pihak muzium antarabangsa dengan (duh) Google untuk menghasilkan galeri maya bagi pencinta seni. Dengan Google art project, pelawat (atau penonton) boleh melihat hasil karya-karya para masters dari serata muzium dan melihat setiap karya dengan lebih dekat.

La Primavera La Primavera 2 La Primavera 3 La Primavera 4

Ok, tu dah kira cukup dekat tu. Pengunjung juga boleh mengetahui maklumat setiap lukisan seperti nama pelukis, tahun dihasilkan, medium, saiz lukisan termasuklah nama muzium tempat lukisan tersebut dipamerkan. So kepada sesapa yang ambil subjek sejarah seni, memang beruntung sangat. Zaman penulis study di USM dulu, penulis kena bersusah payah mencari setiap gambar dalam internet. Dengan Google art project ni, mudah la sedikit.

Birth Of Venus 01

Setiap lukisan dalam Google art project ni memang sangat sharp dan detail. Rasa seolah-olah kita tengok lukisan tu depan mata. Kita boleh nampak dan ‘rasa’ tekstur pada lukisan tu. Dengan tidak semena-mena penulis rasa kagum dengan pelukis-pelukis zaman dahulu. Tabik la..

Birth Of Venus 02

Jadi kepada sesiapa yang memang minat dengan seni lukisan atau nak belajar sejarah seni, Google art project memang satu website yang sesuai. Nikmati keindahan lukisan zaman klasik dengan keselesaan di rumah (ayat laras iklan). Hopefully Google art project akan memberi inspirasi pelukis-pelukis muda.

Link: Google Art Project

Selasa, 15 Februari 2011

Artwork Lama

Sebagai seorang artis, kadang-kadang penulis mengalami masa-masa sukar dan kadang-kadang mood untuk melukis seolah-olah hilang entah ke mana. Tangan terasa amat berat untuk memegang walaupun sebatang pen. Setiap garisan dan lakaran serba tidak menjadi dan sebarang pembetulan untuk membaiki lukisan memberikan hasil yang tidak memuaskan malah adakalanya amat memualkan.

Kali ni penulis cuba nak memaparkan beberapa detik yang boleh dikira agak memalukan sepanjang kerjaya penulis sebagai seorang pelukis. Dalam tahun 2010 yang lepas, penulis cuba melukis potret perempuan dan entah kenapa, semua cubaan untuk melukis seakan tidak menjadi. Ada sahaja yang tidak kena.

retake01 Selepas itu, penulis cuba untuk melukis semula dengan membuka fail baru dan kali ini hasilnya tidak jauh berbeza daripada hasil cubaan pertama.

retake02 Akhirnya ‘karya’ ni penulis masukkan dalam folder berlabel unfinished (untuk karya-karya yang menunggu masa untuk disiapkan).

Untuk beberapa ketika, penulis hilang mood untuk melukis potret dan penulis cuba mencari kelemahan diri. Pada masa yang sama, penulis mencari ilham dan inspirasi dari artbook dan karya-karya pelukis lain.

Selang beberapa bulan, penulis terjumpa semula karya ni dan penulis tergerak hati untuk menyiapkan potret ni. Selepas 2 jam, inilah hasilnya:

girl01 Pengajaran yang penulis dapat apabila menyiapkan potret ini adalah: Ada karya mengambil masa 2 jam untuk disiapkan. Ada karya yang mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Akan tetapi karya ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Jadi jangan berputus asa jika hasil karya kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Mungkin karya itu memerlukan lebih masa untuk disiapkan (atau diperamkan) seperti biji kopi yang perlu dibru sebelum boleh dinikmati hasilnya.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link